20.9.09

Sesuci Ros puteh

Saya suka dengan bunga Ros puteh ni...Ia melambangkan kesucian dan keikhlasan ..berseh tapi masih dapat menawan satiap insan yang melihatnya... Puteh Hijau warana kegmaran ku..begitu juga dengan mu wahai ros puteh.. hati ni agak tersentuh di pagi raya yang shyadu..redup dan tiada angin bertiup begitulah yang terjadi di tempat tu dipagi raya..Apakah tandanya..namum aku rasakan raya tahun ini disambuat dengan kesederhanaan olih satiap insan namum masih terasa kemeriahannya...mungkin kerana kaedaan ekonomi negara yang kurang menentu ketika ini..Tapi walauapa pun bagi ku kesederhaaan adalah yang terbaik walau dalam apapun yang kita lakukan.

18.9.09

Selamat Hari Raya Maaf Lahir dan Batin

Lama tak berkunjung kelaman blog ni...tak sempat agak sibuk dan kurang sihat semasa bulan Ramadan ni.... sayang tahun ini saya tak dapat nak memenuhi satiap malam dengan ibadat kena sering keletehan...Aku bermohon kepada tuhan agar dapat meberi keampunan kepada ku...dan aku berdoa agar aku dapat berjumpa Ramadan tahun depan.... Dikesempatan ini aku memohon keampunan kepada semua insan insan yang mengenali diri ini dan aku mengucapkan Selamat Hari Raya semoga tuhan sentiasa memberkati kehidupan anda semua.

5.9.09

Kerusi yang setia memantiku untuk berbuka

Kerusi inilah yang sentiasa setia menanti dan menjadi teman diri ini sewaktu berbuka puasa saorang diri...Aku kerap berbuka puasa saorang diri tapi aku dah lali...adakalanya berbuka sendiri itu lebeh memberi ketenagan pada diriku..kerana my hubby sering me3mbiarkan aku berbuka sendirian... dah nasib badan nak buat macamana... kasian aku..hmmm.

Membahagi - bahagikan bubur lambuk

Dah siap masak bubur lambuk tiba masa untuk dibahagi bahagikan kepada semua penghuni berek Polis IPD h/Perak yang berhajat...Penat tapi seronok dan terasa kepuasan.

Majlis berbuka puasa Bahagian Pengurusan IPD Hilir Perak

Semangat bersatu Bahg Pengurusan IPD H/Perak sentiasa berkerja bersama sama untuk menjayakan majlis berbuka puasa..gotongroyong buat bubur lambok..hmm sedappp tapi tawar..hahahaaa..

Gotong Royong untuk kenduri menyambuat puasa dipejabat

Satu hari nanti semua ini akan menjadi kenangan dalam hidup ku...Gotong royong sembelih lembu dan kambing untuk menyambut puasa tahun 2009 di pekarangan rumah boss di IPD Hilir Perak..bila aku bersara nanti ianya akan menjadi satu kenangan indah.

21.8.09

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK

Selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak semoga ramadan tahun ini adalah yang terbaik dan semoga allah panjangkan umur untuk ramadan yg akan datang.Penuhilah ramadan dengan amal,solat terawih, bersedekah, membaca alquran dan memohon keampunan serta tidak lupa untuk kedua ibu bapa kita...itulah azamku pada Ramadan tahun ini...Tanpa ku sedari tahun berlalu begitu laju..dan masa amat bermakna buat kita semua kerana esok belum tentu dapat menjanjikan apa apa kepada kita..... nampaknya tahun ini aku tertinggal lagi untuk sama sama berpuasa di Mekah Mukaromah..kerana my hubby pergi berumrah serta berpuasa di Mekah dan Madinan tanpa membawa ku bersama... sayang sekali ......Jarang sekali aku di ajak serta ditaja sepenuhnya olih my hubby untuk pergi kemana mana olihnya...Kalau aku nak pergi bolih....tapi sendiri mau keluar duitlahhh......"APAKAH KEHADZIRANKU SELAMA 33 TH TIDAK MEMBERI APA APA MAKNA BUATNYA?..... Sedeh juga....biarpun aku redha apapun yang ku lalui.."Lupakanlah dan Selamat berpuasa buat semua...dari saya....

14.8.09

INGIN MENCARI KETENANGAN

Sejak akhir akhir ini bermacam macam kejadian melanda negara..H1N1 begitu membimbangkan semua insan dibumi Malaysia ni..termasuklah aku..kadang kadang aku terfikir mungkin bala menimpa kita semua kerana kita kurang bersyukur dan sujud kepada allah yang maha esa...Kehilangan insan insan yang kita kenali dengan begitu mendadak juga membantutkan fikiran..Yasmin Ahmad...Ustat Asri ...dan juga Param..membuat aku berfikir mungkinkah aku akan kehilangan insan insan yang aku sayangi dengan begitu medadak atau aku sendiri akan hilang dengan cara mendadak...entahlah hanya tuhan yang lebeh mengerti....walauapapun aku tetap berdoa agar tuhan memberi aku umur yang panjang dan dapat aku menafaatkan usia ku dengan kebaikan dunia dan mencari bekalan diakhirat...hidupni perjuanagan sesaolah kita menerajui pelayaran dilauatan dan ada kalanya dipukul gelombang....itulah yang terselet dihati kecilku.....

12.8.09

MENCARI HIBURAN HATI DISAAT KESUNYIAN


P - anda saorang yang mudah berkawan serta mudah memahami org lain
A - Ada masanya anda bolih menjadi saorg yang terlalu pendiam jika ada sesuatu dalam fikiran anda
W -ada kalanya anda suka menyendiri
I - anda mudahsenyum dan bolih membuat org lain tersenyum
T - anda mempunyai fikitan terbuka dan bersikap canggih....
haahaahaaa itulah tafsiran makna disetiap huruf yang aku baca di intenet..saja seronok seronok adakalanya menepati juga keperibadian sesaorang tuu..walauapapun kita kena berfikiran positif semua ini hanya sebagai garis panduan aja.......SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA.... dan ingatlah gunakan bulan ramadan ini untuk kita menyejar seberapa banyak amalan ibadat yang bolih kita lakukan dan kita tidak pasti masih adakah kita ujud dibumi ini pada ramadan akan datang......sedeh huahuahua......
JIKA MASA BOLIH KU PUTAR KEMBALI..... teringat bulan puasa semasa aku remeja bersama kedua orang tua dan adik beradik ku...seronok sekali walaupun pada masa itu kami belum lagi diperkenalkan dengan berbagai kemudahan kehidupan saperti yang ada sekarang....

11.8.09

ERTI KASEH SAYANG

Lama tameluahkan isihati diblog ni...walaubagaimanapun aku hari hari sentiasa mengikuti kisah kisah orang lain diblog ni..Hari ini aku ingin berkongsi rasa tentang satu cerita dari saorang rakan tentang makna kaseh Sayang..Rakan tu bertanya saya perlukan kaseh sayang itu diucapkan terutama kaseh sayang dari saorang suami kepada isterinya.? soalan cepumas ni susah nak jawap kataku...Tapi bagi pendapat ku...adakalanya ianya perlu diluahkan dengan kata kata dan selebehnya diluahkan dengan perbuatan...Hmmm rakan ku menjawap..lepas tu dia berkata dengan mata yang agak berkaca kaca...tapi sejak aku kahwin suami aku tak pernah nak ucap kata kata keramat tu..sedeh tau perubatan pun tidak menyakinkan yang dia tu sayang kat aku..katanya lagi.. kau tau..... dia menyambong lagi cerita lagi "bila aku tanya katanya dia tak pandai nak tunjukan rasa kaseh sayang tu pada aku..tapi sebetulnya dia sayang aku"..boleh percaya ke?..sambil mengelengkan gelengkan kepalanya dia meneruskan ceritanya lagi.".kalau dengan anak cucu atau dengan keluarganya yang dia sayang bolihpun dia melahirkan rasa sayangnya walaupun tak dengan kata kata tapi perbuatanya pun pun orang bolih menbalai yang dia sayangkan mereka..aku ni tak pernah dia tanya ada duitke ?..tak sihat ke?laparke ?..dia macam tak kisah ...dan dia macam meanggap aku ni bolih mengurus diri sendiri satiap masa tanpa dia...."kadang kadang tu aku cakap dengan dia aku tabolih buat...tapi dia kata kalau hendak beribu daya..jadi terpaksalah aku buat sesautu tu sampai bolih? ..aku ni takut dan geli sangat dengan tikus tapi bolih dia buat deee aja bila aku melompat sekuat hati bila ternampak tikus...siap dia kata aku mengada gada..."aku biarkan saja rakan ku tu meluahkan emosinya...hanya diam mendengar...tapi lama lama dia meraung menangis sambil berkata"aku nak tanya kauni apa ertinya kaseh sayang sabenarnya dalam hidup ni hah?"agaknya sampai akhir hayat aku tidak akan mendapat dakapan kaseh sayang yang sebanr dari suamiku.." terkedu aku mendengar pertanyaan nya..dan tanpa ku sedari aku juga turut mengalirkan air mata sambil mendakap rakan ku tu..namun tiada jawapan yang keluar dari mutu ku..entahlah sukar untuk aku sendiri memberi jawapan kepadanya sebab aku sendiri pun tak tahu apa ertinya kaseh sayang sebenar dari saorang suami yang kedekut untuk mempamerkan rasa kaseh sayang samada dari ungkapan kata kata maupun dari perbuatannya...." entahlah itulah jwapanku padanya...kesiankan rakanku ku itu dan aku juga kesian dengan diriku..

24.7.09

Hajat dihati kereta macamni tapi dapatni Mywiii

Ada kalanya kita ni tak mahu mengukur baju dibadan sendiri..begitu juga aku ada kalanya angananku melebehi kemampuan ku..itu yang susah tu Hajat hati aku ingin sekali memliliki kereta sport saperti ini tapi apakan daya kemampuanku hanya kereta Mywii..hehehe..Namum aku tetap bersyukur dengan apa yang ada padaku sekarang...Seribu kerahmatan ku kepada yang maha esa ..Tuhan sentiasa mendengar permintaan umatnya jika sekiranya umatnya sentiasa berdoa meminta kepadanya terutama satiap selepas solat 5 waktu ..itulah yang ku dengar dan yang ku hayati bila ada taskirah dari ustat..

21.7.09

KEHIDUPANKU

Hari hari aku melalui kehidupan ini dengan berbagai bagai cerita..cerita suka..duka..lucu..cemas..geram..marah dan berbagai bagai lagi..namum aku tetap belajar untuk sabar dan tabah dalam melalui gelombang kehidupan ini.Mungkin juga kerana aku bernaung dalam bintang Capricon bermakna Kambing Jantan yang adakalanya aku bolih menjadi saorang yang pendiam bila ada sesuatu yang tidak kena difikiranku..aku juga bolih menjadi diam sediamnya bila terlalu marah ..tapi pada masa yang sama aku juga mudah senyum dan bolih membuat orang senyum serta terhibur dengan apa yang aku buat..biarpun hanya aku saja yang tahu apa dihatiku..Pada luarnya aku ini saperti saorang yang sombong dan kerek tapi hakikat sebenarnya aku ni mudah menjadi kawan serta mudah dan cepat memahami perasaan orang lain.biarpun orang tidak pernah mahu memahami perasaanku.Aku sentiasa cuba berfikiran positif dalam apa juga kaedaan. Tapi jika sekiranya hatiku terluka aku akan menyendiri kerana cara itulah sahaja aku dapat mencari ketenangan.Entah mengapa hari ini emosiku bercampur aduk...Tapi aku masih cuba untuk menjadi Caring,Hamble, Positive,Productivity,komitmen,Creative,Displin dan berinisiatif..Insaallah.

14.7.09

MENCABAR KESABARANKU......

Heeeeiiii...Aku geram betullah dengan komputer aku ni.....bila aku tengah seronok baca blog yang aku suka tiba tiba dia jemm atau terus mati..geram betul rasa nak ku hempok aja komputer nii..tapi bila aku baca blog yang tak berapa berkenan elok pula dia...mengapalahhh ianya mencabar kesabaran ku...bukan komputer aja tapi apa apa pun bila aku suka mesti jadi sesautu yang bolih membuat aku kecawa..adakalanya tu bila aku nak beli sesautu yang aku suka ..masa tulahh benda tu tada contohnya bila aku nak beli baju...baju yang aku berkenan tu tiba tiba saiz tadalah..dan macam macam lagilah...hee mengapalah nasib aku selalu jadi macam tu.... aku pun tak tahu...sampai adakalanya tu memang mencabar kesabaran ku betul...sedehnyalah aku....selalunya blog yang aku baca tiba tiba hilang komputer aku ni padam adalah blog "Dari hati kecil" dan "Tinta hati".... kenapa ya.....?entahlah kelohan yang tak bermakna...

28.6.09

DOA SELAMAT

Satelah tepak bersilih tangan maka termenterilah ikatan pertunagan dua remaja yang telah lama bercinta(agaknya laahh) sbb satahuku antara Paku dan Syasya berkawan semenjak dibangku sekolah menengah semasa di MRSM. KULIM lagi...bila merek berdua ni bercinta tapulak ku tahu...tapi setelah mereka sama sama masuk ke Univesity barulah terbongkar rahsia antara mereka berdua ni...itupun sbb bila Paku balek aja bercuti mulalah bergayot Telepun....hai orang muda adatlahh....Semoga mereka berjaya menghadapai segala dugaan dalam kehidupan...itulah doa saorang ibu...

GUBAHAN DARIPADA PIHAK PEREMPUAN

Sudah menjadi kebiasaan pihak perempuan pula akan membalas barang hantaran kepada pihak lelaki....Inilah dia balasan darai pihak Syasya ke Paku.....

24.6.09

NASI BERLAUK GEMBROT

Inilah nasi berlauk gembrot kegemaranku....gembrot jawa yang diperbuat daripada tempe dan daun sekentut....Jawa punya makan itulah rahsia awet muda...hahaha....gurau aja...best tau lauk niii

TENGOKLAH TU BILA MENGHADAP HIDANGAN SOTO..

SOTO JAWA

Kawan kawanku kata kalau aku masak soto memang sedap..entah ya enatah tidak tapi suami dan anak keduaku kalau menghadap soto jawa yang aku buat memang sampai berpeluh peluh dan berulangkali selagi tak habis kuahnya...namun nak mengharap suamiku memuji masakan ku tu .......jangan haraplahhh.....nanti kalau ditakdirkan aku yang mati dulu ...masa tulah baru dia terkenang bertapa sedapnya soto airtangan aku tuuu..hahaaa

WAJAH WAJAH ANAK MENANTU

Inilah wajah wajah anak anak perempuanku walaupun dia hanya anak menantuku..Kehadzirannya menyerikan hidupku kerana aku tidak punya anak perempuan...hanya menumpang kasih kepada mereka.....itupun jika mereka mahu menerimaku sebagai ibunya....biarpun hanya ibu mertua..

KU PERCAYA SATU MASA SANG SURIA MENYINAR JUA

Wajah wajah riang semua keluargaku terkumpu ldihari pertunangan anak ku PAKU...Sesungguhnya aku tak menyangka semua ini bolih ujud dalam kehidupan ku.. Mungkin ini semua berkar kesabaran ku dimana aku pasti satu hari nanti sang suria akan menyinar jua dalam kehidupanku..hanya itulah doaku semasa aku hampir lemas dalam kemelut rumahtangga serta kehidupan dulu. Aku sentiasa bersyukur padamu wahai tuhanku....

23.6.09

MENGHAFAL SKRIP SEBELUM BERCAKAP..HAHAHA

Banyakjuga perstiwa yang lucu terjadi semasa majlis pertunagan anak kedua ku Paku diKuala Trengganu tempaoh hari - 12/6/2009...Semasa majlis tersebut suami ku buat pertama kali bercakap sendiri dalam majlis pertunagan tersebut...kami semua hairan mengapa tiba tiba dia bercakap dan terus bercakap tanpa berhenti hingga akhirnya pihak perempuan terpaksa memotong kata tentang wang hantaran yang terus disebut olih suamiku...suamiku kata wang hantaran akan dibawa semasa upacara akat nikah sebanyak RM:10,000.00....Kata pihak perempuan tidak ke itu terlalu banyak dan membebankan pihak lelaki...suamiku menjawap "Tidak..sb kamisekeluarga telah sepakat untuk memberikan sajumlah itu kepada pihak perempuan..dan selepas itu suami terdiam bila pihak perempuan bertanya sesautu kepadanya sahinggalah adik iparku mencuitnya dan berkata sesautu barulah suamiku bercakap lagi..... rupa rupanya dia gabrah sb semua ayat tadi dihafalnya.sejak pagi lagi berulang ulang kali ..kata adik perempuanku...bila kami tahu kami semua tergelak besar..hahaha..itulah pengorbanan saorang bapa

SELAMAT BERTUNANG PAKU & SYASYA

Kalau padi katakan padi...
Tidak saya tertampi tampi...
Kalau sudi katakan sudi...
Tidak saya ternanti nanti......Ternyata semuanya tidak lagi menjadi penantian..setelah risikan dan pertunagan diterima olih pihak perempuan...Begitulah adatnya satelah anak dewasa dan bersedia untuk berumahtangga maka ibu dan bapa tetap merestuinya..Selamat Bertunang Paku & Syasya...Ibu berdoa semoga kalian dapat mengekakalan ikatan sahingga terdirinya sabuah rumahtangga yang rukundamai kekal keahkirhayat...Kami tetap merestuinya.

16.6.09

SELAMAT HARI BAYA

9/6/2009 - SELAMAT HARI BAPA ....Mungkin agak terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa bapa yang ada di bumi Malaysia ini amnya dan kepada BAPAKKU HJ ISNEN JAIS.....Khasnya...entah mengapa tiba tiba kesedehan melanda hati ini sahingga titisan air mata menuruni pipi chengkongku hari ini bila teringatkan sabuah wajah saorang bapa yang telah banyak berkorban demi kebahagian dan kehidupan yang berjaya buat anak anaknya....begitu juga suamiku yang sentiasa berusaha memberi kebahagian dan keselesaan kehidupan buat anak dan cucucnya saperti Shah Jehan yang menyayangi muntahnya.....itulah kata kata yang diluahkan kepada ku. Semoga semua bapa bapa akan dipanjangkan umur dan sentiasa dirahmati kehidupannya didunia dan diakhirat....amin....

13.6.09

PERCUTIAN KEKUALA TRENGGANU

Akan ku paparkan kisah suka duka perjalanan ku ke Kual Trengganu pada 10/6/2009 sahinggalah balik daripada Kuala Trengganu tapi tungguuuu ya sb anak nak guna komputer...ok

5.6.09

PELUPA....SIKAP YANG PALING AKU BENCI.TAPI APA NAK BUAT

PELUPA ..Itulah sikap paling aku benci yang ada pada diriku...Nak tahu apa terjadi hari ni... Hari ni aku malas nak kepekan dan malas nak pergi kesemua jemputan kahwin yang aku terima yang ada tu...lepas tu aku terasa pulak nak buka blog ni ..sampailah terleka .....tiba tiba bau hangit menyusok kehidong...apa lagi aku pun berlari kedapor...dan sop yang ku hangatkan tadi jadi rentong sebab aku terlupa.....tengah masak sop....aduhhhhhh.....makan ayam hangit lah aku hari ni...sop pun dan tak ada... itulah kalau dah pelupa....selalu sangat ...sampai knci kereta pun hilang entah kemana aku letak....ada kalanya sampai nak menangis bila mencari barang barang yang aku lupa letak....lebeh lebeh lagi salepas berkemas...aduhhhhh hai.... apalah nasibku....bengang betul laaa.Macammana ya nak ubat penyakit pelupa ni...agaknya sebeb dah tua kuttt."bertapa malang nasib ku......Pelupa... itulah aku...

MUSIM PANAS YANG HANGAT SEGALANYA

Sekarang ni musim panas yang menyebabkan segala segalanya menjadi hangat..tidak selesa dengan cuaca yang panas meleket leket seluroh badan..kaedaan ini membuat aku jadi lesu..leteh dan hilang semangat untuk nak buat apapun...kalau bolih aku nak duduk dalam aja dalam air..bayangkanlah kalau bumi Malaysia ni ada 4 musim macam di negara barat..dah tentu masa ni dikira musim luroh sb panas semua daun akan jadi kering macam kat belanda ni...gambar ni diambil ketika Fakrul(anak)ku berada diBelanda bulan lepas....tapi kan diMalaysia ni pelek sikit bila musim panas bunga kertas kat rumahku tu sentiasa berbunga dengan meriahnya...hoooo...cantik dan menarik ..walaupun tanpa berbau wangi...dan tidak ada sesiapa yang ingin memetiknya....sejak akhir akhir ini aku bengang aja.....kadang kadang dengan komputer pun aku jadi bengang rasa nak hempuk aja..bila tiba tiba dia padam dengan sendiri...kadang kadang tu nak buka intenet pun tak dapat....nyampak betullll laaaa....wowooooo boringgggg betulahhhh......

26.5.09

TAK BOLEH TIDUR..ENTAH MENGAPA?

Entah mengapa satelah terjaga drp tidurku jam 3.00am aku tak boleh tidur lagi...agaknya aku belum solat isyak..lalu aku buat...ya.allah ampunkan kelalianku....Satiap kali aku solat aku tetap berdoa agar dibukakan pintu hatiku kearah kebaikkan dan ditetapkan iman..tapi ada kalanya aku lalai juga..entahlah sebagai insan aku banyak kelemahan.

20.5.09

CURI MASA SIAPKAN KERJA

Masih sempat juga bakal menantu ku ni curi masa siapkan kerja semasa kami menunggu flat yang terlewat satu jam darimasa yang sapatutnya terbag balik keKuala lumpur...Semoga mereka akan bahagia dan berjaya didunia dan diakhirat...itulah doa saorang ibu buat anak anak tersayang...

MENYAMPAIKAN HAJAT ANAK TERUNA

Jam 3.00ptg 11/5/2009 aku dan suami sampai dilapangan terbang Kuala Trengganu untuk kerumah En Tajuddin untuk menyampaikan hajat anak teruna ku yang ingin menyunting bunga dikalangan jambangan pasunya.....sudah pastilah aku dan suami ni datang untuk meresik anak daranya buat anak teruna kedua ku yang kini berada diSabah.....Alhamdullah...semuanya telah berjalan dengan lancar dan tanpa banyak bicara kiriskan ku diterima dengan senang hati....Walaupun pada hari itu kami masih truma dengan kehadziran pencuri yang masuk menceroboh dalam bilik tidor kami namum kerana anak kami gagahkan juga..itulah kasih kedua ibubapa buat mu wahai anak anak ku.....Semoga kebahagiaan akan berkekalan dikalangan keluaraga ku...amin....

16.5.09

MALAM TRAJIDI - TRUMA RUMAH MASOK PENCURI

11/5/2009 - Jm 230 pagi ....Hingga kemasa ini aku masih mengalami truma kerana kejadian pencuri masuk kerumah dan kebilik tidurku...rasanya malam tu baru aja lelap selepas membaca novel RAHSIA HATI SOFEA....kira kira jam 2.00pagi tiba tiba aku terkejut bila suami ku bangun dan terus berlari keluar rumah melalaui pintu belakang yang setentang dengan pintu bilik tidur ku sambil menjerit jerit...aku pun terus melompat katil dan menyejar suami ku..sahingga kejalan besar yang ada lampu jalan.....sambil tangannya menunjukkan orang yang dikejar....barulah aku tahu rupanya suamiku menyejar pencuri yang masuk kebilik dan mengambil sebahagian barang barang berharga kami...aku fikir suamiku mengigau dan tersampok dalam tidur....aduh penatnya dan bertapa sakit kakiku selepas tu...sahingga sekarang aku masih truma dan ngeri bila terkenangkan kejadian itu..kalaulah ketika suami ku terjadi pencuri yang sedang berbongkok dilaci alamari ku itu membawa senjata....macamanalah agaknya.....kami nampak pencuri tu tapi tak larat nak kejar lagi.....aku pasti itu adalah budak dadah.....mereka lebeh senang mencuri dari membuat kerja kerja yang berfaedah.......aduhai remaja Malaysia.....mengapa sanggup jadi begitu.......?

8.5.09

SELAMAT HARI IBU

Hari ini perasaan ku begitu sayu dan sedeh bila mendengar rancangan radio sinar yang menyiarkan program mengenai Hari Ibu dengan menyiarkan luahan rasa dan perasaan mengenai IBU... macam macam ku dengar luahan dan rintahan yang disampaikan olih para pendengar mengenai ibu.......entah mengapa emosiku amat tersentuh sekali sahingga mengalirkan air mata semasa memandu untuk ketempat kerja.........Bagi ku IBU KU ADALAH RATU HATIKU.....dan Selamat Hari Ibu buat semua ibu ibu diMalaysia.

2.5.09

PESTA BUKU DIPWTC 17-26/4/2009

Rasa kecawa dan larat masih berbuku dihati ku ini kerana takdapat nak pergi kepesat buku hari tu...masa yang menghalang aku untuk pergi..sayang sekali..impian ku untuk memborong novel novel baru yang ku impikan musnah begitu aja...apa nak buat.....lumrah...bukan semua yang kita harapkan didunia ini akan dapat kita capai .....sayang seribu kali sayanggggg.

1.5.09

PERLU KETENANGAN

Lama tak jengok blog ni...masa ni agak sibuk nantilah lain kali aku akan memulakan segala luahan rasa dan idea idea yang dah sarat kat otak ni..jumpa lagi..

31.3.09

PENYU MENANGIS SIAPA TAHU

Penyu menangis siapa tahu....begitu juga aku siapa tahu dihati ini sering berlagu sendu...sering mengharapkan sabuah pengertian...penghargaan dari orang orang yang disayang...tapi mereka sering tidak tahu atau memang buat buat tidak tahu....entahlah..dalam sikap happy go lucy dan sikap brutel ku nun jauh disudut hati aku punya emosi yang sensitif..lembut..penyayang dan ada kalanya terlalu lurus sebab itu aku mudah terlalu percaya orang lain ...dan sering menganggap semua orang baik dan jujur dengan apa yang dilakukannya.......rupanya itulah kelemahan dan kesilapan besar yang ujud dalam diriku...tapi apa kan daya amat sukar untuk di kikis ..kerana aku adalah aku dan hanya aku saja yang tahu apa dihatiku ini....

KELOHAN YANG TIDAK BERMAKNA

Hmm......entahlah kelohan ku...sejak akhir akhir ini rasa tidak puas hati ujud dalam fikiran ku..banyak benda yang aku hendak buat tapi malangnya tidak menjadi..aku bencilah setuasi yang begini...ada kalanya aku hendak menghempok aja apa yang ada terutama komputer ini.....
Inilah benda benda yang tidak memuaskan hatiku....
Nak buat rekabentuk blog yang cantik mengikut kemahuanku...tapi aku tak pandai dan tak menjadi....Nak menulis tapibila menghadap komputer otak jadi blank.....Rasa nak duduk bersendirian dirumah..rehat rehat pun tak bolih...semua rancagan jadi musnah...mood kerja pun hilang..apa nak jadi pun aku tak tahu.....oh tuhan kembalikan semangat dan usaha ku.

26.3.09

PAKU SEMASA DIROYAL DUTCH AIRLINE LONDON

Tak sangka anak ku ini tugasnya sampai dapat menjejakkan kaki ke seberang laut....Ketika dia menyalami tangan ku ketika hendak pergi bertugas keseberang laut ..selain pesanan pesanan rohaniah aku minta dia agar mengambil gambar pemandangan yang indah indah semasa disana..dan hasilnya adalah gambar gambar yang ku sebahagiannya ku paparkan...tak sangka saorang yang berwajah selamba dan agak pendiam ini dapat mencapai apa yang dicita citakan selama ini untuk kehidupannya.

21.3.09

KERETA IDAMAN FAMILI KU

Inilah salah satu kereta idaman anak anak ku dan juga aku sendiri...entah bilalah aku dapat merasa memandu serta memiliki kereta sport saperti ini...mungkin satu hari nanti kami dapat merasai apa yang kami hajati..hanya tuhan yang tahu segala segalanya.....kita sebagai insan hanya merancang namun tuhan yang akan menentukan.... walauapapun aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dan segala segalanya ini berkat doa ..kesabaran dan juga usaha..Amin...semoga tuhan juga memanjangkan usia ku dan semoga aku dapat mengunakan usia yang diberikan olih tuhan dengan amalan yang baik-baik..insaallah....

20.3.09

BOSS BARU

Boss baru mula lapurdiri pada 16/3/2004... Pertama kali datang aku lihat orang serius..tegas dan punya identiti tersendiri semua barang dan peralatan pejabat dibawa khas dari tempat lama dan kepunyaan sendiri terpaksalah aku berhempas pulas mengkosongkan bilik tu sebelum dia sampai untuk memasukkan barang barangnya...wooaaa..semua barang perlatan perabutnya berjenama..patutlah dia bawak...mungkin orangnya berharta....bagi ku siapa pun boss dan macamana orangnya aku sentiasa bolih berkerja dengan mereka..prinsip ku senang aja kerja ikut arus dan bacalah keperibadian boss anda agar anda senang berkominikasi dan berkerja sebumbung dengannya...namapaknya dah saminggu aku bertugas dengannya..alhamdullah nampaknya semua berjalan lancar walaupun dia saorang yang agak teliti ,tegas,cerewet dalam hal hal kebersehan dan memerlukan penghasilan tugas yang agak unggul.

15.3.09

TANYA PADA HATI

SEMALAM ADALAH SEJARAH. Hari ini adalah realiti dan esok adalah misteri....dan kisah semalam ada kalanya menjadikan hidup ini terlalu suram...ada kalanya membuat hati bahagia dan bercahaya.Semalam juga menjadi kayu ukur untuk kita meneruskan kehidupan hari ini dan semalam itu kadang kala dibiarkan berlalu tanpa secalitpun kekasalan...cukup dengan kisah yang berlaku dengan harapan kisah silam itu tidak akan berulang lagi.
HARI INI menjadi detik detik untuk dilalui..detik yg mampu dicorakan mengikut apa yang diinginkan. mencipta bahagia..detik yg menjadi realiti kehidupan.
ESOK pula terlalu sukar untuk diramalkan..entahkan bahagia..entahkan tidak Tiada sesiapa pun yang mampu mentafsirkan esok apa terjadi pada kehidupan..Segala segala hanya IMPIAN DAN HARAPAN.
NAMUN ..hari ini mampu menjadi tangga usaha agar esok segalanya menjadi realiti ..bahagia yang diinginkan berdasarkan usaha..harapan dan doa agar segala segala esok menjadi realiti kebahagian. Itulah antara sedutan dalam novel ini.....aku tetap mengerti....

14.3.09

GAMBAR GAMAR YANG PALING AKU MINAT

INI MERUPAKAN SALAH SATU PEMANDANGAN DAN GAMBAR YG AKU MINAT...ITULAH SEBABNYA AKU PESAN SANGAT DENGAN PAKU AGAR AMBIL GAMABR KEKINCIR AIR INI SEMASA DIA BERTUGAS DIBELANDA.... TAI SAYANG HANYA INI AJA YANG DIA AMBIL KATANYA SUSAH EMAK SB AMBIL GAMAR INI DARI KERETA API SEMASA DALAM PERJALANAN.....TAKPALAH DAPAT JUGA..... MENGAPA DAN KENAPA AKU MEMINATI GAMBAR KEKUNCI SAPERTI INI ....PUN AKU SENDIRI TAK TAHU TAPI BILA AJA TENGOK KEKUNCI SP INI AKU SAOLAH OLAH PERNAH BERADA DIZAMAN ZAMAN DULU KALA DAN SEOLAH OLAH PERNAH MELALUI ZAMAN INI...... MUNGKIN HANYA ANGAN KU SAJA KUTT...... TAPI TAK SALAH KAN? HAK KEPERIBADIAN MASING -MASING

INI LAGI KENANAGAN PAKU DILUAR NEGARA

WAJAH SELAMBANYA......

KENANGAN MANIS PAKU SEMASA BERTUGAS DIBELANDA/LONDON PADA 28/209-8/3/09

INILAH WAJAH DAN KENANAGAN PAKU ANAKKEDUA KU SEMASA BERTUGAS DILUAR NEGARA. AKU SENTIASA MENGUCAPKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH YANG SENTIASA MENDENGAR DOAKU UNTUK ANAK ANAK AGAR BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DAN AKU JUGA BERHARAP KEPADA ALLAH AGAR DIA MENDENGAR SERTA MEMPERKENANKAN DOAKU AGAR KETIGA TIGA ANAK LELAKI KU SENTIASA MENJADI INSAN YANG BERIMAN,BERTAKWA DAN MENJADI ANAK ANAK YANG SOLEH KERANA HANYA ITULAH YANG AKAN BERKEKALAN UNTUK KU BILA SAMPAI MASA AKU MENINGGALKAN DUNIA INI..... SEDEHLAH PULA HATI INI....AKU NI CEPAT SANGAT SEDEHLAAA......

17.2.09

ERTI SABUAH PERSAHABATAN

BORINGG

Entah mengapa ya sejak akhir akhir ini hati dan fikiran ku kurang ceria...jiwa dan otak leteh.....kesibukan masa membuat aku kurang menghadap blog dan buat sementara aku ingin merehatkan segala fikiran....tapi bolihke?.....Kadang aku rasa sedeh dan hiba kerana orang orang disekeliling ku sentiasa mahukan aku menjadi insan yang sempurna dan dapat memuaskan hati mereka...tapi tahukan mereka yang aku tidak dapat memuaskan hati semua orang... bahkan aku sendiri tidak dapat memuaskan hati dan diri sendiri..... corak lukisan itu mengambarkan bertapa fikiran ku yang kusut dan berbagai warna untuk dihuraikan.Tuhan... kau kuatkan hati ini untuk menghadapi segala dugaan hidup..kerana tanpa dugaan hidup ini tidak bererti.......huahuahuahua......mungkin tangisan akan meredakan segalanya.

6.2.09

HUJAN LAGI - 6/2/2009

IPOH - 5/6/2/2009 HUJAN LAGI....
Pada 5/6/2/2009 aku ditugaskan untuk menghadziri program penyediaan ABM 2010-2011 di Ipoh....aku dengan timah bermalam di City Ipoh Hotel Tgk 8, belakang The store Ipoh... sampai pada 4/2/2009 jam 8.00 mlm...malam tu aku tak bolih tidor...hingga jam 4.00pagi...dan telanjur tak bolih tidor aku membuat suasautu untuk mendekatkan diri kepada yang maha esa serta memohon agar seluroh keluargaku dilindungi olihnya dan meminta agar Affan Qeyem cepat semboh dan segera keluar daripada hospital...Amin.... esoknyanya aku hadzir keprogram tu tapi alam sekitar saolah olah sempati kepada penghuni Ipoh .....suasana sentiasa mendong dan hujan renyai...petang tu bila aku balik drp tempat tugas kehotel hujan turun agak lebah dan Jln menghala ke BangarPusat Ipoh sesak kerana adanya tunjuk perasaan tentang pertabalan MB yang baru.....hee aku cukup benci dengan situasi yang bengini...mengapa lah tak habis habis kisah Politik di Malaysia ni.... Tolongggglah wahai Pemimpin pemimpin yang diatas sana janganlah asik berkelumut dengan kisah kisah yang tak habis habis lebeh kepada mementingkan diri...cubalah ubah dan berfikirlah untuk menjana kearah ekonomi yang lebeh kukuh lagi...

30.1.09

SAMA SAMA KITA FIKIRKAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN....ENTAH KEBERAPA YE...TAK INGAT BUAT ADIK KU SUMIYAH.... SEMOGA BAHAGIA HINGGA KEAHKIR HAYAT......YANG TUDUNG PUTEH TULAH ADIK KEDUA KU.....TAPI SELALU ORANG TEGUR AKU ADIK KEPADANYA...MARAH PADAM MUKANYA...TULAH LAIN KALI JAGA BADAN TUUUU..... HAAAA
KENANAGAN DIPAGI RAYA KORBAN TAHUN 2008 BERSAMA KELUARGAKU JAWA JERMAN DIKG JLN KENANAGA TG KARANG SELANGOR...........SEMOGA RAYA TAHUN 2009 KITA AKAN BERKUMPUL SEKALI LAGI......

ITULAH WAJAH 54TH 1.1.2009

Itulah wajah diumur 54th pada 1.1.2009 yang lalu dah sebulan aku simpan kat destop komputer aku ni..baru sekarang ada masa dan mood untuk nak keluarkan...wajah itu sebenarnya bercampur aduk gembira...riang..sedeh...kesal...bahagia...dan macam macam adaaa.... buat teman teman yang setia terimamkaseh diatas ingatan anda buat insan yang serba kekurangan ini..........terima kaseh ....terima kasehhhhh.......I love you all..........

KENANGAN ABADI MENYAMBUT AMBAG 2009 HARI JADI KE54TH


24.1.09

KELETEHAN

Entah mengapa sejak akhir akhir ini akumengalamai gangguan kesihatan yang kurang menyenangkan...sering mengalami pedeh perut yang agak kuat...akusebenarnya takutttt...kerana dalam keluargaku memang ada yang menghidap sakit dalam perut hingga membawa kematiannya...entahlah dan ianya menyebabkan aku tidak mood untuk membuat apa apa pun dalam kehidupan seharian..kerja semua tak menjadi .....tapi tasangka pula aku bolih berucap agak bernas dan padat walaupun rengkas pada perjumpaan antara staf di pejabat pada 22/1/12009 lalu...nantilah aku sambung balik cerita ni...sakit lagi perut ku..... tuhan cepatkanlah aku sembuh...

9.1.09

TERKENANG NOSTALGIA BERSAMA AYAH SEMASA KECIL

Tiba tiba aku terkenang kehidupan semasa kecil..dikampung dengan keluargaku...menyebabkan aku menghayati lagipenderitaan mereka dibumi Palasten.....wajah ayah yang telah tua dan wajah itulah yang banyak menanggung derita fikiran mengenangkan kehidupan anak anaknya..lebeh lebeh lagi jika dia telah tiada nanati..... Ayah aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mu....

SANGGUPKAH ANDA MELIHATNYA..MEREKA BUKAN MANUSIA

Mungkin inilah tangisan saorang ibu meratapi anak yang telah pergi buat selama-lamanya kerana kekejaman ..mungkin juga tangisan dan ratapan isteri yang kehilangan suami dan tempat bergantung sekali gus tempat berlindung...Tuhan kasihanilah mereka..itulah doaku untuk kalian...begitu menyayat hatiku...............

KESEDEHAN DAN KELUKAAN JIWA INI

Sejak awal tahun 2009 aku tidak dapat menahan kesedehan dan kelukaan jiwa ini bila mengenangkan bertapa kejamnya mereka terhadap anak anak dibumi palasten...satiap kali melihat kekejamannya aku merasakan kepedehannya...tuhan...selamatkanlah mereka...

1.1.09

HARI LAHIR KE 54 TAHUN

1.1.2009 BERSAMAAN 4MUHARAM 1403 Genaplah 54 tahun aku dilahirkan kedunia ini...dan selama itulah berbagai bagai suka duka telah ku alami sahinggalah aku dapat menekmati apa yang ada pada ku......tapi sayangnya aku adakalanya masih lalai dan lupa pada yang maha esa...adakalanya sering meninggalkan amalan - amalan yang disuruhnya ...sering lalai dengan apa yang telah diberikan padaku...Tuhan ampunilah aku....aku sedr jika sekiranya ia mengambil nyawaku diusia 60 tahun ...aku hanya ada masa 6 tahun sahaja untuk mengumpulkan segala amalan bagi bekalan diahirat nanti...mampukah aku membuatnya?..sedangkan dosa yang ku lakukan mungkin tidak tertebus hanya dengan amalan ku selama 6 tahun itu.... mengapa aku masih lalai?..mengapa?...Semalam ketua dijabatan ku ada memberi taskirah...mengingatan agar kami semua tidak melupakan untuk mendirikan sembayang......melakukan sembayang taubat...sembayang sunat tahjut...sembayang sunah tasbih dan diakhiri dengan sunat witir.....kerana itulah yang akan membantu kita nanati dialam akhirat...Aku sedeh kerana ada kalanya aku sendiri tidak mampu untuk menunaikan kesemuanya...Tuhan berilah akau petunjuk ditahun 2009 ini agar akau lebeh sehat...dan berupaya melakukan semua amalan amalan .......serta suruhan mu yan tuhan ku.......ini dah masa sembayang magrip....nanati ku sambung.....lagi

27.12.08

MENCARI UBAT FATBENER

Hari ini Sabtu 27.12.2008 aku dan suami pergi kekenduri kahwin kawannya di Bagan Serai. Telanjur tu suami terus meluncur laju ke Bukit Mertajam untuk mencari ubat fatbener untuk diri ku...puas pusing pusing dah 2 jam tapi tak jumpa ...lastnya cari Pejabat Pos minta tunjuk arah daripada Posman....Dapat jumpa Taman Perindustrian Usahajaya Lorong binajaya no 11A...tapi malangnya dah tidak beroperasi.....Punyalah kami tadi berpusing pusing dari lorong kelorong tiba jumpa tempatnya dan tutup...aku betul betul kecawalah.....nasibku ada penyakit yang sampai berminggu minggu tak boleh buang air besar,,,, hanya ubat ini yang rasi..tapi malangnya kini telah tiada dipasaran...balik tu pusing pusing Taiping tapi tak ada.....nak buat camneee.....tanggunglahhh.

23.12.08

RENUNGAN DIAKHIR TAHUN 2008

Renungilah bertapa indah dan tenangnya puncak gunung Kinabalu...begitulah yang ku harapkan kehidupan ku ditahun tahun yang mendatang.....Pagi itu aku dan PAKU berkejar ke temapat kerjanya untuk menrakam keindahan puncak gunong kinabalu Sabah...tapi sayang agak terlambat...Hanya ini saja yang dapat dirakam...adakalanya ku rasakan puncak kinabalu mengamit hati ku dikala rindu bak puisi ini....
Dikala rinduku kepadamu....
ku sebut namamu dalam doaku.....
kugambarkan keagonganmu diotakku..
kusatukan hajat dihatiku........
Agar kau melimpahkan kurniamu....
kepadaku.............oh tuhan ku.....
restuilah kehidupanku...........

KENANGILAH HARI INI UNTUK HARI ESOK


Telah dua hari aku takada mood untuk berkerja otakku gelap untuk memikirkan apapun tugas...bergitu juga lah gelapnya hati untuk menerima mereka merek ayang sentiasa mencari dimana salahnya aku...Aku kena menjaga hati mereka tapi sedarkah mereka apa yang diaorang buat melukakan aku...adakalanya aku ini tidak diumpakan....sebagai ketua mereka....tapi segalanya aku simpan kemas nun jauh disudut hati... aku percaya satu hari nanati mereka juga akan merasa apa yang aku rasa cuma masa saja yang menentukan...HARI INI TETAP KU KENANG UNTUK MENGHADAPAI KEHIDUPAN HARI ESOK... Walaupun HARI ESOK BELUM DAPAT MENJAMINKAN APA APA BUAT AKU...

18.12.08

FAMILY AZIL (Anak Sulong ku)


Inilah wajah kelauarga bahagia Along dan menantuku..Semoga mereka akan terus bahagia disamping anak anak yang soleh..berjaya dunia dan akhirat....Sayangggg semua....Sayanggg ibuuu juga......Teringat aku iklan diradio sinar ......emakkkk kakak ambil( entah tak ingat pulak )...

Entah apa yang difikirkan ...Dausss Dausss

Enatah apalah yang difikirkan olehnya....Hari hari menghadap komputer dengan berbagai bagai aksi..begini...itulah Dausss anak bungsuku...Semoga segala cita cita mu dalam bidang animasi tercapai sayangg..tapi biarlah pelajaran mu dulu diutamakan...Hmmm entah macamana anakku ini belajar diunitan dalam bidang kejuruteran Makenekal bolih minat dalam animasi...Emak sering teringatkan mu bila emak kesunyian..

WAJAH IBU KESAYANAGAN

Inilah wajah Ibu kesayangan ku...Orang yang melahirkan aku kedunia sahingga aku dapat melalui asam garam dan liku liku hidup maupun pahit atau manis....Dimana kan ku cari ganti satelah kau tiada nanti ibu....dan wajah inilah yang banyak menyimpan segala dukalara akibat kerinah anak anaknya....Aku sentiasa berdoa agar ibu dipanjangkan umur serta dapat melihat kejayaan ku dan juga anak anakku.....Ibuuu engkaulah ratu hatiku... terkenang nanyian alahyarham Dato P.Ramle

BANGGA DAN TERHARU DENGAN KEJAYAANMU

Bersuykur kerana allah masih sayang dan menerima doaku untuk anak anak ku...Hari yang dinantikan buat PAKU menerima sagulung isziazah BACHELOR OF ELECTRICAL POWER ENGINEERING ( HONS ) dari UNITAN pada 21/4/2007... Ibu mana yang tidak terharu sayang.Terasa semua pengorbanan ku selama ini telah pun beroleh kejayaan...dan ku harap pergilah derita semoga kebahagian menjelma...Ibu tetap mendoakan agar dikau sentiasa diberi rahmat oleh allah...seringkali kerinduan ku pendam ketika kau diperantau dibumi Puteri Setubong dan dibumi bawah bayu sabah.

15.12.08

JAUH DISUDUT HATI

nun Jauh disudut hati hari ini aku benar benar terkilan dengan sikap orang orang disekeliling ku yang benar benar mencabar kesabaran ku dan aku sendiri tidak menyangka selama ini rupanya memang mereka ini tidak pernah mahu menerima teguran yang membina ....mungkin dia menanggap aku bukan saorang ketua yang berwibawa..kesal atas tuduhannya...membunuh....bengongkan orang lain...tanpa berfikir...tidak menerima pendapat...dendem...dan membuat keroni berpuak puak...siapa yang menujudkan ini semua mereka atau aku...salahkah jika aku memberi sedikit pandangan dan teguran yang ikhlas jika semuanya untuk kebaikkan... salah ke ?

11.12.08

TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA


kenangan Manis sewaktu diIstana untuk menerima Anugerah PPN olih Agong. Tapi tahukah anda bukan mudah untuk ketahap penghidupan yang aku ada sekarang..berbagai bagai dugaan/peristawa yang dilalaui dan ada kalanya kita kejam demi kejayaan orang lain.Hidup ini saperti Pelangi petang walaupun tidak berchachaya namun tetap dapat menyenari hidup ini.

8.12.08

Terkenang wajah Paku diperantauan diPagi Raya Korban

HARI RAYA KORBAN 2008

Bila aku terdengar sahaja takbir raya bergema hati ku mula gundah..sedeh dan satiap kali gema takbir raya berkumandang hati ku akan berkata "Mungkinkah Raya tahun ini merupakan raya yang terakhir untuk aku bersama kalian"....dan aku sentoasa berdoa agar ianya tidak berakhir buat ku kerana banyak lagi perjuangan yang belum selesai...Walau apapun Raya korban tahun ini aku merasai keseronakan kerana semua adik beradik dan anak anak saudaraku berkumpul di kampong bersama ibu dan bapak....Keseronokkan itu dapat dapat ku gambarkan kerana sejak akhir akhir ini kami jarang berkumpul dengan kesemua adik beradik..hanya yang tidak ada anak keduaku Paku yang kini berada diKucing Serawak....Semoga tahun depan kami dapat berkumpul seperti itu...Insaalaah..

6.12.08

ANAK BUNGSUKU

Sejuta kenanagan manis ku simpan dalam dairy kehidupan ku bersama sama anak anak ku...sejuta resahan juga ku sisihkan untuk mu wahai anak anak ku...apakah esok masih ada diriku untuk bersama sama menjalani kehidupan bersama kalian?...Doaku agar akau dapat melihat kejayaan kesemua anak anak ku termasuk mu daus sebelum emak menutup mata.

2.12.08

kENANGAN pERCUTIAN DIkARAMABUNAI

MENEKMATI PERCUTI DISABAH

HATI YANG GUNDAH

Hari ini entah mengapa hati ini agak gundah dan sahdu...leteh tapi masih berhajat untuk meneruskan perjuang yang belum selesai dalam kehidupan..Petang ini juga aku marah kepada diriku sendiri yang mempunyai sifat pelupa sahingga aku tidak membawa balik novel yang belum habis dari pejabat...geramlah dengan sifat lupa ini..Aku juga masih teringatkan senyuman bulan diupuk langit petang semalam..Enta pa yang tersirat dan tersurat disebalik kejadian semalam..Walau apapun aku tetap menanti lembayung senja dan sering menghayati keindahan suasana senja satiap hari kerana ada rahsia disebalik senja .