26.5.09
TAK BOLEH TIDUR..ENTAH MENGAPA?
Entah mengapa satelah terjaga drp tidurku jam 3.00am aku tak boleh tidur lagi...agaknya aku belum solat isyak..lalu aku buat...ya.allah ampunkan kelalianku....Satiap kali aku solat aku tetap berdoa agar dibukakan pintu hatiku kearah kebaikkan dan ditetapkan iman..tapi ada kalanya aku lalai juga..entahlah sebagai insan aku banyak kelemahan.
20.5.09
CURI MASA SIAPKAN KERJA
MENYAMPAIKAN HAJAT ANAK TERUNA
Jam 3.00ptg 11/5/2009 aku dan suami sampai dilapangan terbang Kuala Trengganu untuk kerumah En Tajuddin untuk menyampaikan hajat anak teruna ku yang ingin menyunting bunga dikalangan jambangan pasunya.....sudah pastilah aku dan suami ni datang untuk meresik anak daranya buat anak teruna kedua ku yang kini berada diSabah.....Alhamdullah...semuanya telah berjalan dengan lancar dan tanpa banyak bicara kiriskan ku diterima dengan senang hati....Walaupun pada hari itu kami masih truma dengan kehadziran pencuri yang masuk menceroboh dalam bilik tidor kami namum kerana anak kami gagahkan juga..itulah kasih kedua ibubapa buat mu wahai anak anak ku.....Semoga kebahagiaan akan berkekalan dikalangan keluaraga ku...amin....
16.5.09
MALAM TRAJIDI - TRUMA RUMAH MASOK PENCURI
11/5/2009 - Jm 230 pagi ....Hingga kemasa ini aku masih mengalami truma kerana kejadian pencuri masuk kerumah dan kebilik tidurku...rasanya malam tu baru aja lelap selepas membaca novel RAHSIA HATI SOFEA....kira kira jam 2.00pagi tiba tiba aku terkejut bila suami ku bangun dan terus berlari keluar rumah melalaui pintu belakang yang setentang dengan pintu bilik tidur ku sambil menjerit jerit...aku pun terus melompat katil dan menyejar suami ku..sahingga kejalan besar yang ada lampu jalan.....sambil tangannya menunjukkan orang yang dikejar....barulah aku tahu rupanya suamiku menyejar pencuri yang masuk kebilik dan mengambil sebahagian barang barang berharga kami...aku fikir suamiku mengigau dan tersampok dalam tidur....aduh penatnya dan bertapa sakit kakiku selepas tu...sahingga sekarang aku masih truma dan ngeri bila terkenangkan kejadian itu..kalaulah ketika suami ku terjadi pencuri yang sedang berbongkok dilaci alamari ku itu membawa senjata....macamanalah agaknya.....kami nampak pencuri tu tapi tak larat nak kejar lagi.....aku pasti itu adalah budak dadah.....mereka lebeh senang mencuri dari membuat kerja kerja yang berfaedah.......aduhai remaja Malaysia.....mengapa sanggup jadi begitu.......?
8.5.09
SELAMAT HARI IBU
Hari ini perasaan ku begitu sayu dan sedeh bila mendengar rancangan radio sinar yang menyiarkan program mengenai Hari Ibu dengan menyiarkan luahan rasa dan perasaan mengenai IBU... macam macam ku dengar luahan dan rintahan yang disampaikan olih para pendengar mengenai ibu.......entah mengapa emosiku amat tersentuh sekali sahingga mengalirkan air mata semasa memandu untuk ketempat kerja.........Bagi ku IBU KU ADALAH RATU HATIKU.....dan Selamat Hari Ibu buat semua ibu ibu diMalaysia.
2.5.09
PESTA BUKU DIPWTC 17-26/4/2009
Rasa kecawa dan larat masih berbuku dihati ku ini kerana takdapat nak pergi kepesat buku hari tu...masa yang menghalang aku untuk pergi..sayang sekali..impian ku untuk memborong novel novel baru yang ku impikan musnah begitu aja...apa nak buat.....lumrah...bukan semua yang kita harapkan didunia ini akan dapat kita capai .....sayang seribu kali sayanggggg.
1.5.09
PERLU KETENANGAN
Lama tak jengok blog ni...masa ni agak sibuk nantilah lain kali aku akan memulakan segala luahan rasa dan idea idea yang dah sarat kat otak ni..jumpa lagi..
31.3.09
PENYU MENANGIS SIAPA TAHU
Penyu menangis siapa tahu....begitu juga aku siapa tahu dihati ini sering berlagu sendu...sering mengharapkan sabuah pengertian...penghargaan dari orang orang yang disayang...tapi mereka sering tidak tahu atau memang buat buat tidak tahu....entahlah..dalam sikap happy go lucy dan sikap brutel ku nun jauh disudut hati aku punya emosi yang sensitif..lembut..penyayang dan ada kalanya terlalu lurus sebab itu aku mudah terlalu percaya orang lain ...dan sering menganggap semua orang baik dan jujur dengan apa yang dilakukannya.......rupanya itulah kelemahan dan kesilapan besar yang ujud dalam diriku...tapi apa kan daya amat sukar untuk di kikis ..kerana aku adalah aku dan hanya aku saja yang tahu apa dihatiku ini....
KELOHAN YANG TIDAK BERMAKNA
Hmm......entahlah kelohan ku...sejak akhir akhir ini rasa tidak puas hati ujud dalam fikiran ku..banyak benda yang aku hendak buat tapi malangnya tidak menjadi..aku bencilah setuasi yang begini...ada kalanya aku hendak menghempok aja apa yang ada terutama komputer ini.....
Inilah benda benda yang tidak memuaskan hatiku....
Nak buat rekabentuk blog yang cantik mengikut kemahuanku...tapi aku tak pandai dan tak menjadi....Nak menulis tapibila menghadap komputer otak jadi blank.....Rasa nak duduk bersendirian dirumah..rehat rehat pun tak bolih...semua rancagan jadi musnah...mood kerja pun hilang..apa nak jadi pun aku tak tahu.....oh tuhan kembalikan semangat dan usaha ku.
Inilah benda benda yang tidak memuaskan hatiku....
Nak buat rekabentuk blog yang cantik mengikut kemahuanku...tapi aku tak pandai dan tak menjadi....Nak menulis tapibila menghadap komputer otak jadi blank.....Rasa nak duduk bersendirian dirumah..rehat rehat pun tak bolih...semua rancagan jadi musnah...mood kerja pun hilang..apa nak jadi pun aku tak tahu.....oh tuhan kembalikan semangat dan usaha ku.
26.3.09
PAKU SEMASA DIROYAL DUTCH AIRLINE LONDON
21.3.09
KERETA IDAMAN FAMILI KU
20.3.09
BOSS BARU
Boss baru mula lapurdiri pada 16/3/2004... Pertama kali datang aku lihat orang serius..tegas dan punya identiti tersendiri semua barang dan peralatan pejabat dibawa khas dari tempat lama dan kepunyaan sendiri terpaksalah aku berhempas pulas mengkosongkan bilik tu sebelum dia sampai untuk memasukkan barang barangnya...wooaaa..semua barang perlatan perabutnya berjenama..patutlah dia bawak...mungkin orangnya berharta....bagi ku siapa pun boss dan macamana orangnya aku sentiasa bolih berkerja dengan mereka..prinsip ku senang aja kerja ikut arus dan bacalah keperibadian boss anda agar anda senang berkominikasi dan berkerja sebumbung dengannya...namapaknya dah saminggu aku bertugas dengannya..alhamdullah nampaknya semua berjalan lancar walaupun dia saorang yang agak teliti ,tegas,cerewet dalam hal hal kebersehan dan memerlukan penghasilan tugas yang agak unggul.
15.3.09
TANYA PADA HATI
SEMALAM ADALAH SEJARAH. Hari ini adalah realiti dan esok adalah misteri....dan kisah semalam ada kalanya menjadikan hidup ini terlalu suram...ada kalanya membuat hati bahagia dan bercahaya.Semalam juga menjadi kayu ukur untuk kita meneruskan kehidupan hari ini dan semalam itu kadang kala dibiarkan berlalu tanpa secalitpun kekasalan...cukup dengan kisah yang berlaku dengan harapan kisah silam itu tidak akan berulang lagi. HARI INI menjadi detik detik untuk dilalui..detik yg mampu dicorakan mengikut apa yang diinginkan. mencipta bahagia..detik yg menjadi realiti kehidupan.
ESOK pula terlalu sukar untuk diramalkan..entahkan bahagia..entahkan tidak Tiada sesiapa pun yang mampu mentafsirkan esok apa terjadi pada kehidupan..Segala segala hanya IMPIAN DAN HARAPAN.
NAMUN ..hari ini mampu menjadi tangga usaha agar esok segalanya menjadi realiti ..bahagia yang diinginkan berdasarkan usaha..harapan dan doa agar segala segala esok menjadi realiti kebahagian. Itulah antara sedutan dalam novel ini.....aku tetap mengerti....
14.3.09
GAMBAR GAMAR YANG PALING AKU MINAT
KENANGAN MANIS PAKU SEMASA BERTUGAS DIBELANDA/LONDON PADA 28/209-8/3/09
17.2.09
BORINGG
Entah mengapa ya sejak akhir akhir ini hati dan fikiran ku kurang ceria...jiwa dan otak leteh.....kesibukan masa membuat aku kurang menghadap blog dan buat sementara aku ingin merehatkan segala fikiran....tapi bolihke?.....Kadang aku rasa sedeh dan hiba kerana orang orang disekeliling ku sentiasa mahukan aku menjadi insan yang sempurna dan dapat memuaskan hati mereka...tapi tahukan mereka yang aku tidak dapat memuaskan hati semua orang... bahkan aku sendiri tidak dapat memuaskan hati dan diri sendiri..... corak lukisan itu mengambarkan bertapa fikiran ku yang kusut dan berbagai warna untuk dihuraikan.Tuhan... kau kuatkan hati ini untuk menghadapi segala dugaan hidup..kerana tanpa dugaan hidup ini tidak bererti.......huahuahuahua......mungkin tangisan akan meredakan segalanya.
6.2.09
HUJAN LAGI - 6/2/2009
IPOH - 5/6/2/2009 HUJAN LAGI....Pada 5/6/2/2009 aku ditugaskan untuk menghadziri program penyediaan ABM 2010-2011 di Ipoh....aku dengan timah bermalam di City Ipoh Hotel Tgk 8, belakang The store Ipoh... sampai pada 4/2/2009 jam 8.00 mlm...malam tu aku tak bolih tidor...hingga jam 4.00pagi...dan telanjur tak bolih tidor aku membuat suasautu untuk mendekatkan diri kepada yang maha esa serta memohon agar seluroh keluargaku dilindungi olihnya dan meminta agar Affan Qeyem cepat semboh dan segera keluar daripada hospital...Amin.... esoknyanya aku hadzir keprogram tu tapi alam sekitar saolah olah sempati kepada penghuni Ipoh .....suasana sentiasa mendong dan hujan renyai...petang tu bila aku balik drp tempat tugas kehotel hujan turun agak lebah dan Jln menghala ke BangarPusat Ipoh sesak kerana adanya tunjuk perasaan tentang pertabalan MB yang baru.....hee aku cukup benci dengan situasi yang bengini...mengapa lah tak habis habis kisah Politik di Malaysia ni.... Tolongggglah wahai Pemimpin pemimpin yang diatas sana janganlah asik berkelumut dengan kisah kisah yang tak habis habis lebeh kepada mementingkan diri...cubalah ubah dan berfikirlah untuk menjana kearah ekonomi yang lebeh kukuh lagi...
30.1.09
Langgan:
Catatan (Atom)

