24.7.09

Hajat dihati kereta macamni tapi dapatni Mywiii

Ada kalanya kita ni tak mahu mengukur baju dibadan sendiri..begitu juga aku ada kalanya angananku melebehi kemampuan ku..itu yang susah tu Hajat hati aku ingin sekali memliliki kereta sport saperti ini tapi apakan daya kemampuanku hanya kereta Mywii..hehehe..Namum aku tetap bersyukur dengan apa yang ada padaku sekarang...Seribu kerahmatan ku kepada yang maha esa ..Tuhan sentiasa mendengar permintaan umatnya jika sekiranya umatnya sentiasa berdoa meminta kepadanya terutama satiap selepas solat 5 waktu ..itulah yang ku dengar dan yang ku hayati bila ada taskirah dari ustat..

21.7.09

KEHIDUPANKU

Hari hari aku melalui kehidupan ini dengan berbagai bagai cerita..cerita suka..duka..lucu..cemas..geram..marah dan berbagai bagai lagi..namum aku tetap belajar untuk sabar dan tabah dalam melalui gelombang kehidupan ini.Mungkin juga kerana aku bernaung dalam bintang Capricon bermakna Kambing Jantan yang adakalanya aku bolih menjadi saorang yang pendiam bila ada sesuatu yang tidak kena difikiranku..aku juga bolih menjadi diam sediamnya bila terlalu marah ..tapi pada masa yang sama aku juga mudah senyum dan bolih membuat orang senyum serta terhibur dengan apa yang aku buat..biarpun hanya aku saja yang tahu apa dihatiku..Pada luarnya aku ini saperti saorang yang sombong dan kerek tapi hakikat sebenarnya aku ni mudah menjadi kawan serta mudah dan cepat memahami perasaan orang lain.biarpun orang tidak pernah mahu memahami perasaanku.Aku sentiasa cuba berfikiran positif dalam apa juga kaedaan. Tapi jika sekiranya hatiku terluka aku akan menyendiri kerana cara itulah sahaja aku dapat mencari ketenangan.Entah mengapa hari ini emosiku bercampur aduk...Tapi aku masih cuba untuk menjadi Caring,Hamble, Positive,Productivity,komitmen,Creative,Displin dan berinisiatif..Insaallah.

14.7.09

MENCABAR KESABARANKU......

Heeeeiiii...Aku geram betullah dengan komputer aku ni.....bila aku tengah seronok baca blog yang aku suka tiba tiba dia jemm atau terus mati..geram betul rasa nak ku hempok aja komputer nii..tapi bila aku baca blog yang tak berapa berkenan elok pula dia...mengapalahhh ianya mencabar kesabaran ku...bukan komputer aja tapi apa apa pun bila aku suka mesti jadi sesautu yang bolih membuat aku kecawa..adakalanya tu bila aku nak beli sesautu yang aku suka ..masa tulahh benda tu tada contohnya bila aku nak beli baju...baju yang aku berkenan tu tiba tiba saiz tadalah..dan macam macam lagilah...hee mengapalah nasib aku selalu jadi macam tu.... aku pun tak tahu...sampai adakalanya tu memang mencabar kesabaran ku betul...sedehnyalah aku....selalunya blog yang aku baca tiba tiba hilang komputer aku ni padam adalah blog "Dari hati kecil" dan "Tinta hati".... kenapa ya.....?entahlah kelohan yang tak bermakna...

28.6.09

DOA SELAMAT

Satelah tepak bersilih tangan maka termenterilah ikatan pertunagan dua remaja yang telah lama bercinta(agaknya laahh) sbb satahuku antara Paku dan Syasya berkawan semenjak dibangku sekolah menengah semasa di MRSM. KULIM lagi...bila merek berdua ni bercinta tapulak ku tahu...tapi setelah mereka sama sama masuk ke Univesity barulah terbongkar rahsia antara mereka berdua ni...itupun sbb bila Paku balek aja bercuti mulalah bergayot Telepun....hai orang muda adatlahh....Semoga mereka berjaya menghadapai segala dugaan dalam kehidupan...itulah doa saorang ibu...

GUBAHAN DARIPADA PIHAK PEREMPUAN

Sudah menjadi kebiasaan pihak perempuan pula akan membalas barang hantaran kepada pihak lelaki....Inilah dia balasan darai pihak Syasya ke Paku.....

24.6.09

NASI BERLAUK GEMBROT

Inilah nasi berlauk gembrot kegemaranku....gembrot jawa yang diperbuat daripada tempe dan daun sekentut....Jawa punya makan itulah rahsia awet muda...hahaha....gurau aja...best tau lauk niii

TENGOKLAH TU BILA MENGHADAP HIDANGAN SOTO..

SOTO JAWA

Kawan kawanku kata kalau aku masak soto memang sedap..entah ya enatah tidak tapi suami dan anak keduaku kalau menghadap soto jawa yang aku buat memang sampai berpeluh peluh dan berulangkali selagi tak habis kuahnya...namun nak mengharap suamiku memuji masakan ku tu .......jangan haraplahhh.....nanti kalau ditakdirkan aku yang mati dulu ...masa tulah baru dia terkenang bertapa sedapnya soto airtangan aku tuuu..hahaaa

WAJAH WAJAH ANAK MENANTU

Inilah wajah wajah anak anak perempuanku walaupun dia hanya anak menantuku..Kehadzirannya menyerikan hidupku kerana aku tidak punya anak perempuan...hanya menumpang kasih kepada mereka.....itupun jika mereka mahu menerimaku sebagai ibunya....biarpun hanya ibu mertua..

KU PERCAYA SATU MASA SANG SURIA MENYINAR JUA

Wajah wajah riang semua keluargaku terkumpu ldihari pertunangan anak ku PAKU...Sesungguhnya aku tak menyangka semua ini bolih ujud dalam kehidupan ku.. Mungkin ini semua berkar kesabaran ku dimana aku pasti satu hari nanti sang suria akan menyinar jua dalam kehidupanku..hanya itulah doaku semasa aku hampir lemas dalam kemelut rumahtangga serta kehidupan dulu. Aku sentiasa bersyukur padamu wahai tuhanku....

23.6.09

MENGHAFAL SKRIP SEBELUM BERCAKAP..HAHAHA

Banyakjuga perstiwa yang lucu terjadi semasa majlis pertunagan anak kedua ku Paku diKuala Trengganu tempaoh hari - 12/6/2009...Semasa majlis tersebut suami ku buat pertama kali bercakap sendiri dalam majlis pertunagan tersebut...kami semua hairan mengapa tiba tiba dia bercakap dan terus bercakap tanpa berhenti hingga akhirnya pihak perempuan terpaksa memotong kata tentang wang hantaran yang terus disebut olih suamiku...suamiku kata wang hantaran akan dibawa semasa upacara akat nikah sebanyak RM:10,000.00....Kata pihak perempuan tidak ke itu terlalu banyak dan membebankan pihak lelaki...suamiku menjawap "Tidak..sb kamisekeluarga telah sepakat untuk memberikan sajumlah itu kepada pihak perempuan..dan selepas itu suami terdiam bila pihak perempuan bertanya sesautu kepadanya sahinggalah adik iparku mencuitnya dan berkata sesautu barulah suamiku bercakap lagi..... rupa rupanya dia gabrah sb semua ayat tadi dihafalnya.sejak pagi lagi berulang ulang kali ..kata adik perempuanku...bila kami tahu kami semua tergelak besar..hahaha..itulah pengorbanan saorang bapa

SELAMAT BERTUNANG PAKU & SYASYA

Kalau padi katakan padi...
Tidak saya tertampi tampi...
Kalau sudi katakan sudi...
Tidak saya ternanti nanti......Ternyata semuanya tidak lagi menjadi penantian..setelah risikan dan pertunagan diterima olih pihak perempuan...Begitulah adatnya satelah anak dewasa dan bersedia untuk berumahtangga maka ibu dan bapa tetap merestuinya..Selamat Bertunang Paku & Syasya...Ibu berdoa semoga kalian dapat mengekakalan ikatan sahingga terdirinya sabuah rumahtangga yang rukundamai kekal keahkirhayat...Kami tetap merestuinya.

16.6.09

SELAMAT HARI BAYA

9/6/2009 - SELAMAT HARI BAPA ....Mungkin agak terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa bapa yang ada di bumi Malaysia ini amnya dan kepada BAPAKKU HJ ISNEN JAIS.....Khasnya...entah mengapa tiba tiba kesedehan melanda hati ini sahingga titisan air mata menuruni pipi chengkongku hari ini bila teringatkan sabuah wajah saorang bapa yang telah banyak berkorban demi kebahagian dan kehidupan yang berjaya buat anak anaknya....begitu juga suamiku yang sentiasa berusaha memberi kebahagian dan keselesaan kehidupan buat anak dan cucucnya saperti Shah Jehan yang menyayangi muntahnya.....itulah kata kata yang diluahkan kepada ku. Semoga semua bapa bapa akan dipanjangkan umur dan sentiasa dirahmati kehidupannya didunia dan diakhirat....amin....

13.6.09

PERCUTIAN KEKUALA TRENGGANU

Akan ku paparkan kisah suka duka perjalanan ku ke Kual Trengganu pada 10/6/2009 sahinggalah balik daripada Kuala Trengganu tapi tungguuuu ya sb anak nak guna komputer...ok

5.6.09

PELUPA....SIKAP YANG PALING AKU BENCI.TAPI APA NAK BUAT

PELUPA ..Itulah sikap paling aku benci yang ada pada diriku...Nak tahu apa terjadi hari ni... Hari ni aku malas nak kepekan dan malas nak pergi kesemua jemputan kahwin yang aku terima yang ada tu...lepas tu aku terasa pulak nak buka blog ni ..sampailah terleka .....tiba tiba bau hangit menyusok kehidong...apa lagi aku pun berlari kedapor...dan sop yang ku hangatkan tadi jadi rentong sebab aku terlupa.....tengah masak sop....aduhhhhhh.....makan ayam hangit lah aku hari ni...sop pun dan tak ada... itulah kalau dah pelupa....selalu sangat ...sampai knci kereta pun hilang entah kemana aku letak....ada kalanya sampai nak menangis bila mencari barang barang yang aku lupa letak....lebeh lebeh lagi salepas berkemas...aduhhhhh hai.... apalah nasibku....bengang betul laaa.Macammana ya nak ubat penyakit pelupa ni...agaknya sebeb dah tua kuttt."bertapa malang nasib ku......Pelupa... itulah aku...

MUSIM PANAS YANG HANGAT SEGALANYA

Sekarang ni musim panas yang menyebabkan segala segalanya menjadi hangat..tidak selesa dengan cuaca yang panas meleket leket seluroh badan..kaedaan ini membuat aku jadi lesu..leteh dan hilang semangat untuk nak buat apapun...kalau bolih aku nak duduk dalam aja dalam air..bayangkanlah kalau bumi Malaysia ni ada 4 musim macam di negara barat..dah tentu masa ni dikira musim luroh sb panas semua daun akan jadi kering macam kat belanda ni...gambar ni diambil ketika Fakrul(anak)ku berada diBelanda bulan lepas....tapi kan diMalaysia ni pelek sikit bila musim panas bunga kertas kat rumahku tu sentiasa berbunga dengan meriahnya...hoooo...cantik dan menarik ..walaupun tanpa berbau wangi...dan tidak ada sesiapa yang ingin memetiknya....sejak akhir akhir ini aku bengang aja.....kadang kadang dengan komputer pun aku jadi bengang rasa nak hempuk aja..bila tiba tiba dia padam dengan sendiri...kadang kadang tu nak buka intenet pun tak dapat....nyampak betullll laaaa....wowooooo boringgggg betulahhhh......

26.5.09

TAK BOLEH TIDUR..ENTAH MENGAPA?

Entah mengapa satelah terjaga drp tidurku jam 3.00am aku tak boleh tidur lagi...agaknya aku belum solat isyak..lalu aku buat...ya.allah ampunkan kelalianku....Satiap kali aku solat aku tetap berdoa agar dibukakan pintu hatiku kearah kebaikkan dan ditetapkan iman..tapi ada kalanya aku lalai juga..entahlah sebagai insan aku banyak kelemahan.

20.5.09

CURI MASA SIAPKAN KERJA

Masih sempat juga bakal menantu ku ni curi masa siapkan kerja semasa kami menunggu flat yang terlewat satu jam darimasa yang sapatutnya terbag balik keKuala lumpur...Semoga mereka akan bahagia dan berjaya didunia dan diakhirat...itulah doa saorang ibu buat anak anak tersayang...

MENYAMPAIKAN HAJAT ANAK TERUNA

Jam 3.00ptg 11/5/2009 aku dan suami sampai dilapangan terbang Kuala Trengganu untuk kerumah En Tajuddin untuk menyampaikan hajat anak teruna ku yang ingin menyunting bunga dikalangan jambangan pasunya.....sudah pastilah aku dan suami ni datang untuk meresik anak daranya buat anak teruna kedua ku yang kini berada diSabah.....Alhamdullah...semuanya telah berjalan dengan lancar dan tanpa banyak bicara kiriskan ku diterima dengan senang hati....Walaupun pada hari itu kami masih truma dengan kehadziran pencuri yang masuk menceroboh dalam bilik tidor kami namum kerana anak kami gagahkan juga..itulah kasih kedua ibubapa buat mu wahai anak anak ku.....Semoga kebahagiaan akan berkekalan dikalangan keluaraga ku...amin....

16.5.09

MALAM TRAJIDI - TRUMA RUMAH MASOK PENCURI

11/5/2009 - Jm 230 pagi ....Hingga kemasa ini aku masih mengalami truma kerana kejadian pencuri masuk kerumah dan kebilik tidurku...rasanya malam tu baru aja lelap selepas membaca novel RAHSIA HATI SOFEA....kira kira jam 2.00pagi tiba tiba aku terkejut bila suami ku bangun dan terus berlari keluar rumah melalaui pintu belakang yang setentang dengan pintu bilik tidur ku sambil menjerit jerit...aku pun terus melompat katil dan menyejar suami ku..sahingga kejalan besar yang ada lampu jalan.....sambil tangannya menunjukkan orang yang dikejar....barulah aku tahu rupanya suamiku menyejar pencuri yang masuk kebilik dan mengambil sebahagian barang barang berharga kami...aku fikir suamiku mengigau dan tersampok dalam tidur....aduh penatnya dan bertapa sakit kakiku selepas tu...sahingga sekarang aku masih truma dan ngeri bila terkenangkan kejadian itu..kalaulah ketika suami ku terjadi pencuri yang sedang berbongkok dilaci alamari ku itu membawa senjata....macamanalah agaknya.....kami nampak pencuri tu tapi tak larat nak kejar lagi.....aku pasti itu adalah budak dadah.....mereka lebeh senang mencuri dari membuat kerja kerja yang berfaedah.......aduhai remaja Malaysia.....mengapa sanggup jadi begitu.......?