21.8.09
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK
Selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak semoga ramadan tahun ini adalah yang terbaik dan semoga allah panjangkan umur untuk ramadan yg akan datang.Penuhilah ramadan dengan amal,solat terawih, bersedekah, membaca alquran dan memohon keampunan serta tidak lupa untuk kedua ibu bapa kita...itulah azamku pada Ramadan tahun ini...Tanpa ku sedari tahun berlalu begitu laju..dan masa amat bermakna buat kita semua kerana esok belum tentu dapat menjanjikan apa apa kepada kita..... nampaknya tahun ini aku tertinggal lagi untuk sama sama berpuasa di Mekah Mukaromah..kerana my hubby pergi berumrah serta berpuasa di Mekah dan Madinan tanpa membawa ku bersama... sayang sekali ......Jarang sekali aku di ajak serta ditaja sepenuhnya olih my hubby untuk pergi kemana mana olihnya...Kalau aku nak pergi bolih....tapi sendiri mau keluar duitlahhh......"APAKAH KEHADZIRANKU SELAMA 33 TH TIDAK MEMBERI APA APA MAKNA BUATNYA?..... Sedeh juga....biarpun aku redha apapun yang ku lalui.."Lupakanlah dan Selamat berpuasa buat semua...dari saya....
14.8.09
INGIN MENCARI KETENANGAN
Sejak akhir akhir ini bermacam macam kejadian melanda negara..H1N1 begitu membimbangkan semua insan dibumi Malaysia ni..termasuklah aku..kadang kadang aku terfikir mungkin bala menimpa kita semua kerana kita kurang bersyukur dan sujud kepada allah yang maha esa...Kehilangan insan insan yang kita kenali dengan begitu mendadak juga membantutkan fikiran..Yasmin Ahmad...Ustat Asri ...dan juga Param..membuat aku berfikir mungkinkah aku akan kehilangan insan insan yang aku sayangi dengan begitu medadak atau aku sendiri akan hilang dengan cara mendadak...entahlah hanya tuhan yang lebeh mengerti....walauapapun aku tetap berdoa agar tuhan memberi aku umur yang panjang dan dapat aku menafaatkan usia ku dengan kebaikan dunia dan mencari bekalan diakhirat...hidupni perjuanagan sesaolah kita menerajui pelayaran dilauatan dan ada kalanya dipukul gelombang....itulah yang terselet dihati kecilku.....
12.8.09
MENCARI HIBURAN HATI DISAAT KESUNYIAN

P - anda saorang yang mudah berkawan serta mudah memahami org lain
A - Ada masanya anda bolih menjadi saorg yang terlalu pendiam jika ada sesuatu dalam fikiran anda
W -ada kalanya anda suka menyendiri
I - anda mudahsenyum dan bolih membuat org lain tersenyum
T - anda mempunyai fikitan terbuka dan bersikap canggih....
haahaahaaa itulah tafsiran makna disetiap huruf yang aku baca di intenet..saja seronok seronok adakalanya menepati juga keperibadian sesaorang tuu..walauapapun kita kena berfikiran positif semua ini hanya sebagai garis panduan aja.......SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA.... dan ingatlah gunakan bulan ramadan ini untuk kita menyejar seberapa banyak amalan ibadat yang bolih kita lakukan dan kita tidak pasti masih adakah kita ujud dibumi ini pada ramadan akan datang......sedeh huahuahua......
JIKA MASA BOLIH KU PUTAR KEMBALI..... teringat bulan puasa semasa aku remeja bersama kedua orang tua dan adik beradik ku...seronok sekali walaupun pada masa itu kami belum lagi diperkenalkan dengan berbagai kemudahan kehidupan saperti yang ada sekarang....
11.8.09
ERTI KASEH SAYANG
Lama tameluahkan isihati diblog ni...walaubagaimanapun aku hari hari sentiasa mengikuti kisah kisah orang lain diblog ni..Hari ini aku ingin berkongsi rasa tentang satu cerita dari saorang rakan tentang makna kaseh Sayang..Rakan tu bertanya saya perlukan kaseh sayang itu diucapkan terutama kaseh sayang dari saorang suami kepada isterinya.? soalan cepumas ni susah nak jawap kataku...Tapi bagi pendapat ku...adakalanya ianya perlu diluahkan dengan kata kata dan selebehnya diluahkan dengan perbuatan...Hmmm rakan ku menjawap..lepas tu dia berkata dengan mata yang agak berkaca kaca...tapi sejak aku kahwin suami aku tak pernah nak ucap kata kata keramat tu..sedeh tau perubatan pun tidak menyakinkan yang dia tu sayang kat aku..katanya lagi.. kau tau..... dia menyambong lagi cerita lagi "bila aku tanya katanya dia tak pandai nak tunjukan rasa kaseh sayang tu pada aku..tapi sebetulnya dia sayang aku"..boleh percaya ke?..sambil mengelengkan gelengkan kepalanya dia meneruskan ceritanya lagi.".kalau dengan anak cucu atau dengan keluarganya yang dia sayang bolihpun dia melahirkan rasa sayangnya walaupun tak dengan kata kata tapi perbuatanya pun pun orang bolih menbalai yang dia sayangkan mereka..aku ni tak pernah dia tanya ada duitke ?..tak sihat ke?laparke ?..dia macam tak kisah ...dan dia macam meanggap aku ni bolih mengurus diri sendiri satiap masa tanpa dia...."kadang kadang tu aku cakap dengan dia aku tabolih buat...tapi dia kata kalau hendak beribu daya..jadi terpaksalah aku buat sesautu tu sampai bolih? ..aku ni takut dan geli sangat dengan tikus tapi bolih dia buat deee aja bila aku melompat sekuat hati bila ternampak tikus...siap dia kata aku mengada gada..."aku biarkan saja rakan ku tu meluahkan emosinya...hanya diam mendengar...tapi lama lama dia meraung menangis sambil berkata"aku nak tanya kauni apa ertinya kaseh sayang sabenarnya dalam hidup ni hah?"agaknya sampai akhir hayat aku tidak akan mendapat dakapan kaseh sayang yang sebanr dari suamiku.." terkedu aku mendengar pertanyaan nya..dan tanpa ku sedari aku juga turut mengalirkan air mata sambil mendakap rakan ku tu..namun tiada jawapan yang keluar dari mutu ku..entahlah sukar untuk aku sendiri memberi jawapan kepadanya sebab aku sendiri pun tak tahu apa ertinya kaseh sayang sebenar dari saorang suami yang kedekut untuk mempamerkan rasa kaseh sayang samada dari ungkapan kata kata maupun dari perbuatannya...." entahlah itulah jwapanku padanya...kesiankan rakanku ku itu dan aku juga kesian dengan diriku..
24.7.09
Hajat dihati kereta macamni tapi dapatni Mywiii
21.7.09
KEHIDUPANKU
Hari hari aku melalui kehidupan ini dengan berbagai bagai cerita..cerita suka..duka..lucu..cemas..geram..marah dan berbagai bagai lagi..namum aku tetap belajar untuk sabar dan tabah dalam melalui gelombang kehidupan ini.Mungkin juga kerana aku bernaung dalam bintang Capricon bermakna Kambing Jantan yang adakalanya aku bolih menjadi saorang yang pendiam bila ada sesuatu yang tidak kena difikiranku..aku juga bolih menjadi diam sediamnya bila terlalu marah ..tapi pada masa yang sama aku juga mudah senyum dan bolih membuat orang senyum serta terhibur dengan apa yang aku buat..biarpun hanya aku saja yang tahu apa dihatiku..Pada luarnya aku ini saperti saorang yang sombong dan kerek tapi hakikat sebenarnya aku ni mudah menjadi kawan serta mudah dan cepat memahami perasaan orang lain.biarpun orang tidak pernah mahu memahami perasaanku.Aku sentiasa cuba berfikiran positif dalam apa juga kaedaan. Tapi jika sekiranya hatiku terluka aku akan menyendiri kerana cara itulah sahaja aku dapat mencari ketenangan.Entah mengapa hari ini emosiku bercampur aduk...Tapi aku masih cuba untuk menjadi Caring,Hamble, Positive,Productivity,komitmen,Creative,Displin dan berinisiatif..Insaallah.
14.7.09
MENCABAR KESABARANKU......
Heeeeiiii...Aku geram betullah dengan komputer aku ni.....bila aku tengah seronok baca blog yang aku suka tiba tiba dia jemm atau terus mati..geram betul rasa nak ku hempok aja komputer nii..tapi bila aku baca blog yang tak berapa berkenan elok pula dia...mengapalahhh ianya mencabar kesabaran ku...bukan komputer aja tapi apa apa pun bila aku suka mesti jadi sesautu yang bolih membuat aku kecawa..adakalanya tu bila aku nak beli sesautu yang aku suka ..masa tulahh benda tu tada contohnya bila aku nak beli baju...baju yang aku berkenan tu tiba tiba saiz tadalah..dan macam macam lagilah...hee mengapalah nasib aku selalu jadi macam tu.... aku pun tak tahu...sampai adakalanya tu memang mencabar kesabaran ku betul...sedehnyalah aku....selalunya blog yang aku baca tiba tiba hilang komputer aku ni padam adalah blog "Dari hati kecil" dan "Tinta hati".... kenapa ya.....?entahlah kelohan yang tak bermakna...
28.6.09
DOA SELAMAT
GUBAHAN DARIPADA PIHAK PEREMPUAN
24.6.09
NASI BERLAUK GEMBROT
SOTO JAWA
Kawan kawanku kata kalau aku masak soto memang sedap..entah ya enatah tidak tapi suami dan anak keduaku kalau menghadap soto jawa yang aku buat memang sampai berpeluh peluh dan berulangkali selagi tak habis kuahnya...namun nak mengharap suamiku memuji masakan ku tu .......jangan haraplahhh.....nanti kalau ditakdirkan aku yang mati dulu ...masa tulah baru dia terkenang bertapa sedapnya soto airtangan aku tuuu..hahaaa
WAJAH WAJAH ANAK MENANTU
KU PERCAYA SATU MASA SANG SURIA MENYINAR JUA
23.6.09
MENGHAFAL SKRIP SEBELUM BERCAKAP..HAHAHA
Banyakjuga perstiwa yang lucu terjadi semasa majlis pertunagan anak kedua ku Paku diKuala Trengganu tempaoh hari - 12/6/2009...Semasa majlis tersebut suami ku buat pertama kali bercakap sendiri dalam majlis pertunagan tersebut...kami semua hairan mengapa tiba tiba dia bercakap dan terus bercakap tanpa berhenti hingga akhirnya pihak perempuan terpaksa memotong kata tentang wang hantaran yang terus disebut olih suamiku...suamiku kata wang hantaran akan dibawa semasa upacara akat nikah sebanyak RM:10,000.00....Kata pihak perempuan tidak ke itu terlalu banyak dan membebankan pihak lelaki...suamiku menjawap "Tidak..sb kamisekeluarga telah sepakat untuk memberikan sajumlah itu kepada pihak perempuan..dan selepas itu suami terdiam bila pihak perempuan bertanya sesautu kepadanya sahinggalah adik iparku mencuitnya dan berkata sesautu barulah suamiku bercakap lagi..... rupa rupanya dia gabrah sb semua ayat tadi dihafalnya.sejak pagi lagi berulang ulang kali ..kata adik perempuanku...bila kami tahu kami semua tergelak besar..hahaha..itulah pengorbanan saorang bapa
SELAMAT BERTUNANG PAKU & SYASYA
Kalau padi katakan padi...Tidak saya tertampi tampi...
Kalau sudi katakan sudi...
Tidak saya ternanti nanti......Ternyata semuanya tidak lagi menjadi penantian..setelah risikan dan pertunagan diterima olih pihak perempuan...Begitulah adatnya satelah anak dewasa dan bersedia untuk berumahtangga maka ibu dan bapa tetap merestuinya..Selamat Bertunang Paku & Syasya...Ibu berdoa semoga kalian dapat mengekakalan ikatan sahingga terdirinya sabuah rumahtangga yang rukundamai kekal keahkirhayat...Kami tetap merestuinya.
16.6.09
SELAMAT HARI BAYA
9/6/2009 - SELAMAT HARI BAPA ....Mungkin agak terlewat untuk aku mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa bapa yang ada di bumi Malaysia ini amnya dan kepada BAPAKKU HJ ISNEN JAIS.....Khasnya...entah mengapa tiba tiba kesedehan melanda hati ini sahingga titisan air mata menuruni pipi chengkongku hari ini bila teringatkan sabuah wajah saorang bapa yang telah banyak berkorban demi kebahagian dan kehidupan yang berjaya buat anak anaknya....begitu juga suamiku yang sentiasa berusaha memberi kebahagian dan keselesaan kehidupan buat anak dan cucucnya saperti Shah Jehan yang menyayangi muntahnya.....itulah kata kata yang diluahkan kepada ku. Semoga semua bapa bapa akan dipanjangkan umur dan sentiasa dirahmati kehidupannya didunia dan diakhirat....amin....
13.6.09
PERCUTIAN KEKUALA TRENGGANU
Akan ku paparkan kisah suka duka perjalanan ku ke Kual Trengganu pada 10/6/2009 sahinggalah balik daripada Kuala Trengganu tapi tungguuuu ya sb anak nak guna komputer...ok
5.6.09
PELUPA....SIKAP YANG PALING AKU BENCI.TAPI APA NAK BUAT
PELUPA ..Itulah sikap paling aku benci yang ada pada diriku...Nak tahu apa terjadi hari ni... Hari ni aku malas nak kepekan dan malas nak pergi kesemua jemputan kahwin yang aku terima yang ada tu...lepas tu aku terasa pulak nak buka blog ni ..sampailah terleka .....tiba tiba bau hangit menyusok kehidong...apa lagi aku pun berlari kedapor...dan sop yang ku hangatkan tadi jadi rentong sebab aku terlupa.....tengah masak sop....aduhhhhhh.....makan ayam hangit lah aku hari ni...sop pun dan tak ada... itulah kalau dah pelupa....selalu sangat ...sampai knci kereta pun hilang entah kemana aku letak....ada kalanya sampai nak menangis bila mencari barang barang yang aku lupa letak....lebeh lebeh lagi salepas berkemas...aduhhhhh hai.... apalah nasibku....bengang betul laaa.Macammana ya nak ubat penyakit pelupa ni...agaknya sebeb dah tua kuttt."bertapa malang nasib ku......Pelupa... itulah aku...
MUSIM PANAS YANG HANGAT SEGALANYA
Langgan:
Catatan (Atom)

