17.12.09

RAUP WAJAH YG HAMPIR SERUPA - SERASI JADI ANAK ANAKKU

Wajah yang hampir serupa..macam adik beradik..serasi jadi anak anak
perempuanku....teringat ketika kami bertiga membeli kueh raya
penjual kueh tu kata kami anak beranak....haa ...seronok kalau ada anak
perempuan ..agaknya.....

KENANGAN DIKUALA TRENGGANU - PERSANDINGAN PAKU & SYASYA

Terasa macam kita pulak yang bersanding..heheee..
kata mu hubby..yelah kami dulu tak merasa macam ni hebatnya.....
tuah anak anak zaman sekarang

BERSAMA RAKAN RAKAN KU DARI TELUK INTAN

Rakan rakan sekerjaku yang datang dari Teluk Intan ke Kuala Trengganu dipersandingan Paku & Syasya...Terima kaseh dan jasa anda semua akan kekal dalam ingatanku..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJJRAH 1431


Setelah tenggalamnya Matahari pada petang ini 17/12/2009 maka berlalulah tahun 2009 bersamaan 1430 hijjrah dan apabila terbitnya matahari pada esokhari 18/12/2009 maka bermulalah 1Muharam 1431 tahun baru yang bakal kita semua tempohi..Semalam yang berlalu tinggal kenanagan dan esok yang mendatang adalah harapan yang belum dapat menjanjikan apa apa buat kita.. kita berdoa semoga biarlah esok membawa seribu sinar kejayaan..kebahagian...serta keceriaan..Penghijrahan dari yang tak baik kepada baik dari yang baik kepada yang lebeh baik dari sedeh kepada gembira serta diiringi dengan kesyukuran kepada allah diatas kurniaannya..semoga kita semua akan diberkati didunia dan diakhirat....Aminn....Semoga ada sinar yang membanggakan..(seronok juga tengok Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam pertandingan bola)..

KATA HATI DIMALAM MAAL HIJJRAH 1431

Hati berdetik dan berjanji kepada diri sendiri dimalam awal Muharam ini agak menjadi orang yang baik baik..menebalkan iman didada dan berdoa agar dipanjangkan umur dan menggunakan umur yang dianugerahkan allah itu dipergunakan dengan sebaikbaiknya dipermudahkan untuk mencari rezeki yang halal..tabah serta dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadat...dan seterusnya dapat pula menjejakkan kaki sekali lagi dibumi Mekah dan Madinah..merasai sejuta ketenangan didepan Raudhah dan menginsafi diri yang kerdil dihadapan makam Nabi.....itulah kata hati ini semoga tuhan merestuinya...aminn.

LEKA MENDENGAR UCAPAN BOSS

Leka mendengar ucapan Boss ketika Perhimpunan Bulanan Des 2009.....Rasa rasanya bolih tak menghayati kata kata boss tuuu...?

PERHIMPUNAN BULANAN DESEMBER 2009

Hari ini ada Perhimpunan bulanan yang terakhir untuk tahun 2009 dan saperti selalu Ketua Jabatan ku akan memberi ucapan diperhimpunan ini...Hari ini aku agak tersentoh dengan kata kata ucapan yang disampaikan olih Ketua jabatanku iaitu Tuan Goh Kok Liang saorang yang berbangsa cina yang memberi ucapan "agar semua pekerja datap melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas kerana kerja itu juga satu ibadah..jangan lah membuat kerja saperti melepaskan batuk ditangga dan berkerjalah dengan sesungguhnya semasa anda semua masih diperlukan agar tidak menyesal bila kita telah bersara nanti kerana teringat ketia kita masih berkerja kita tidak melakukan dengan keikhlasan serta kesempunaan.....tabik spreng aku terhadapnya walaupun beliau berbangsa asing namum elemen elemen keagamaan sering dimuatkan dalam satiap ucapannya...terasa malu pun ada...tapi berrapa ramai yang mengambil pot tentang ucapan sinir yang dilemparkan kepada anakbuahnya yang mojiritinya berbangsa Melayu serta berugama Islam.....renong..renongkanlah...aku sendiri masih merenongkan kata katanya dan muasabah diri.

16.12.09

BERSATUNYA DUA HATI ...SEMOGA KEKAL ABADI

Alhamdulillah..satelah lebah kurang 12 tahun mereka berkawan akhirnya kedua dua sejoli ini disatukan dengan ikatan suami isteri....buat anak anak ku ibumu ini tetap mendoakan agar ikatan perkahwinan ini kekal abadi buat selama lamanya....selesailah sudah upacara akadnikah dan persandingan anak lelaki ku dirumah pengantin perempuan pada 4hb dan 5hb.des 2009 yang lalu diKuala Trengganu....hmm...10 jam aku sekeluaraga meredah hujan untuk sampai keKuala trengganu melalui jalan Kuala Lumpur kuantan..kegambang dan diKemaman kami terkandas selama dua jam kerana jalan rosak tidak dapat dilalui....begitulah cubaaanya..olih itu wahai anak anakku hargailah kebahagian serta keharmonian alam rumah tangga yang baru dibina agar kekal sahingga akhir hayat..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..kesabaran..tololensi..kesefahamanan dan hormat menghormati anatara satu sama lain amat penting untuk mengekakalkan sabuah keutuhan dalam alam perkahwinan..Kini aku tengah sibuk untuk mengurusakan persandingan dirumahku pulan pada 17/1/2010 ni....

13.12.09

RINDU SERINDUUUUU NYA....

Terasa lama aku tak buka blog ni...sibuk pasal uruskan pernikahan anak lelaki ku yang kedua dan sejak akhir akhir ni ramai pula jiran jiranku yang membuat kenduri kahwin anak anak mereka bolih dikatakan tiap tiap minggu aku pergi gejubus kenduri..maklumlah adat berjiran sudah menjadi lumrahnya...dan yang paling membuat aku stress line intenet aku ni mengalami problem selalu tak dapat ......kalau dapat pula suami ku yang mengahadap komputer ni mengalahkan saorang programer...bila tengok intenet....terasa rindu...serinduuunya....nantilah bila ada masa lapang aku akan muatkan beberapa kenangan manis sapanjang bulan november dan desember 2009 ini....dan terasa aku semakin tua kerana tahun 2009 akan menghilang dan 2010 akan menjelma bermakna umur ku akan meningkat lagi......semoga tuhan akan memanjangkan umur ku agar aku dapat mengabadikan diri dan menambah segala amalan yang tertunggal dimasa yang lalu....amin...

27.11.09

KERINAH BUDAK BUDAK

Sayang qayum kat umi dia...suap kek pada umi.hmmm potong kek ye qayummm..........
Kesiannn adam sampai tertidur nak tungguu abang potong kek hari jadi..abang pulak nak tunggu nenek balik kerja baru potong kek..kalau ku tahu aku balik awal hari tuu..

Selamat Hari raya Aidil Adha..27/11/2009

Selamat hari raya Aidil Adha buat semua terutama kepada mereka yang sudi menjengah ke blog saya...agak lama saya tak sentuh blog ni...sibuk dengan tugas dan hal hal peribadi...Semoga semua pengorbanan yang kita lakukan sama ada untuk kerjaya..bangsa..ugama..dan keluaraga akan diberkati olih allah..dan semoga apa yang kita lalui selama ini dapat memberi penyajaran kepada kita untuk lebeh tabah lagi dimasa masa akan datang....dan tidak lupa buat Qayyum...selamat hari lahir ke empat tahun pada 24/11/2009 yang lalu..semoga satu hari nanti anda akan menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara..nenek berharap serta sentiasa berdoa agar nenek dipanjangkan umur dan dapat melihat qayum membesar. Aminnn

6.11.09

Emosi yang bercampur adok

Entah mengapa hari ini emosi aku bercampur aduk tanpa menentu...Rasa tidak puas hati dengan situsi sekeliling begitu membuak buak....Sekarang ni nak tengok TV pun malas ..warta berita pun sekarang ni aku malas nak tengok ...begitu juga dengan surat khabar..jarang nak selak... entah mengapa jadi begitu padahal aku tahu sepatutnya aku mengikuti semua media media ini bagi menambahkan pengetahwanku ...bosan tau tak? dengan berita berita yang tak habis habis pasal pertelingkahan politik dinegara ni...tak habis kondem mengkondem antara satu sama lain.... walaupun aku ni bukan ahli politik dan tidak berminat untuk bergiat dalam politik namum aku sentiasa mengikuti perkembangan politik dari zaman Dr mahadhir sahinggalah sekarang....tapi sekarang ni lebeh kepada menuding jari kesalahan kepada orang lain..sapatutnya walaupun fahaman kita berbeza namum apa salahnya ada kalanya kita duduk bersama berbincang secara kekeluaragaan untuk menambahbaikkan lagi sistem sistem tertentu terutama mengenai masyarakat Melayu Islam...Kita juga sapatutnya berbangasa dengan adanya pembangkang dinegara ini...kerana dengan bangkangannyalah kerajaan dapat meneliti dan mengubah sesautu sesytem yang kurang berkesan kepada lebeh berkesan...pembangkang juga harus berbangga ...Tapi jangan semua perkara yang kerajaan buat tu salah sepatutnya kalau yang dibuat tu betul...kita harus akur ..dan bangkakanglah mana yang tak betul sahingga ada perubahan pembetulan dibuat...membangkang secara sehat lebeh memberi menafaat....bagi saya semua politik dizaman sekaran ni kurang membanggakan.....itu pasal politik
Emosi ditempat kerja pula......rasa tidak puas hati tetap terselit dihati ini dengan cara pentadbiran yang ada ditempat aku bertugas entah dimana silapnya pun aku tak tahu..aku rasakan antara orang orang diatas sendiri kurang bersefahaman antara satu sama lain dan yang menjadi mangsa orang orang dibawah sp aku ni....arahan tak tegas....orang yang suka mengampu dan berpura pura lebah dipercayai daripada orang yang benar benar membuat kerja.....lebeh banyak pegawai yang lepas tangan dan tolak kerja...pembahagian kerja yang tak betul....yang tak kaki lawan banyak sangat kerja...yang pandai hipokrit tak ada kerja tapi depan bos macamlah dia saorang yang sampai tertiarap dihempap tugasan....menyampah aku..... Lagi satu orang yang suka sangat mempertakaikan "itu bukan kerja or tugas saya". Padahal masa didalam semua senarai tugas mereka tu..perkataan yang terakhir berbunyi" Anda dikehendaki menjalankan tugas yang diarah olih pegawai yang lebeh atas daripada anda"......faham ke tidak dia orang ni?...heeee gerammmm betulahhh.....Dia orang tu pun harus ingat takkanlah bos tu nak beri kerja yang diluar kemampuan diaotang atau tugas yang tidak masuk akal.... Wahai rakan rakan ku...berkerja itu pun satu ibadah....Jika anda ikhlas melaksanakan nya aku percaya tuhan akan memberi balasan yang setimpal dengan apa yang kamu buat.....walaupun balasan itu tanpa anda sedari.....percayalahhhh.... tapi mengapa mereka tidak mahu menghayati falasafah yang telah tuhan dah janjikan tuuu..... Kadang kala rasa nak ku goncang aja bangunan pejabat tempat aku bertugas tu..tapi siapalah saya? dan apakan dayaku......
Aku rasa bila pentadbiran tak betul semua akan jadi tidak seimbang...dimana pun samada di sabuah organisasi maupun dalam rumah tangga.....itulah lumrahnya....aku tahu mana ada manusia yang betul betul sempurna....tapi jika kita sama sama menerima kelemahan orang lain dan kita sama sama menerima pendapatan dari semua golongan demi kebaikkan kepentingan perkhidmatan .....aku rasa ianya bolih melahirkan perjalanan pentadbiran yang bagus serta cermelang walaupun ianya tidak dapat memuaskan semua pihak..."itu memang lumah alam"..kita tidak bolih nak puaskan semua orang dan kita juga tidak dapat nak puaskan hati sendiri."...tapi apakan dayaku....harapan ku untuk kearah pentadbiran yang profesional hanya tinggal harapan...hua..huaaa huaaa......sedehhhhhh betulllllll lahhhhh.......

3.11.09

Aksi cucu sulong atok


./.
Cucu sulong atuk tiba aja dalam kapalterbang terus tidur..hmm lena sekali dia.....masa nak naik tak sabar sabar..
hooo bergaya sungguh cucuk atuk yeee....tuah badan kecik kecil lagi dah bawak melancong kesana kesini naik kapal terbang..nenek ni dah kutai ni baru nak rasa naik kapal terbang tauuuuu.....tuah anak sekarang.

23.10.09

Wajah wajah anakbuah yang dikasihi

Inilah sebahagian kakitangan awam yang bertugas dibahagian Pengurusan dan Pentadbiran diOrganisasi tempatku bertugas.....kawan...hari ini kita berkumpul bersama...dan ketika nanti kita akan berpisah...berjumpa dan berpisah adat dunia..namum bagiku kenangan pahit manis bersama kalian amat sukar untuk dilupakan.......Aku berharap anda juga begitu....

Majlis Pesaraan rakan sekerja diWana Cafe

Inilah rakan rakanku yang baru sahaja bersara tahun ini...Baru minggu lepas 20/10/2009 kami sempat untuk membuat sadikit jamuan buat mereka mereka ini......Apalah projek lepas bersara yang mereka akan buat ye agaknya.....
Amboi sedapnya makan sampai tak toleh langsung....seronok jugak sesekali kita buat makan makan macam ni yeee.....makanan yang dihidangkan memang sedap dan menyelerakan.Semoga ianya menjadi satu kenanagan indah buat mereka yang bersara dan mereka yang tinggal....

22.10.09

Panggilan Kakak

Atukkkkkk....guntinglah rambut Qayum...qayum takmahu orang panggil qayum kakak....marah qayum...tukkkk !!! esok gunting rambut ye tukk...adang nak juga gunting tukkk....gunting adang ye tukkkk...begitulah kerenah cucu cucuku minta atuknya gunting rambutnya yang telah panjang ..abang tak mahu orang panggil dia kakak sebab rambutnya panjang dan mukanya ada perempuan..maklumklah aku nii tak ada anak perempuan cucu pulak semua lelaki....nak buat macam mana...adiknya kalau bercakap agak pelat sedikit namanya Adam tapi dia pangil dianya "Adang"..macam lidah trengganu pulak..maklumkan Pak Ngahnya nak kahwin dengan orang Trengganu.....Kadang kadang aku rinduu juga kalau tak jumpa mereka bertiga(sebenarnya cucuku ni tiga orang semua lelaki)...seronok dengan budak budak besar ni tapi mak..datuk penat dibuatnya...berdua aja dah macam kapal pechah dibuatnya

14.10.09

Pesan Rasulullah Tentang Jihat

Rasulullah berpesan..."biar ada sebahagian kamu pergi berjihat..biarlah sebahagian lagii tinggal menuntut ilmu dan menguruskan Muslim..Yang berjihat itu serahkan kepada kami..kami anak anak Baitulmuqaddis..kami yang disebut didalam hadis"akan terus ada golongan daripada umat ku yang terus terang diatas kebenaran menentang musoh mereka sahingga datang ketentuan allah sedang mereka dalam kaedaan demikian...dimanakaah mereka ya rasulullah?..baginga menjawap....di Baitulmuqaddis dan disekeliling Baitulmuqadis..itu tugas mereka....daan tugas kamu masih banyak lagi diluar sana.."itulah sebahagian cebisan tulisan "Saidatul Saffaa" dalam Kemilau Mutiara Raudhah....banyak lagi yang ku pelajari hasil embacaan ku dalam Novel beliau...bestttt... Membaca novel bukan setakat untuk khayalan...atau satakat hobi dan jiwang sahaja..tapi untuk penghayatan...penyajaran...tauladan...menambah pengetahwan dan juga keinsafan....itu bagiku...hanya aku yang tahu......dihatiku......

Genarasi Muda harapan Bangsa,Negara dan Ugama





Pemuda harapan bangsa..Pemudi tiang Ugama....semasa aku sekolah rendah dulu aku pernah mendengar kata kata ini...tapi taktahulah..setakat mana kebenaranya....Kadang kadang aku selalumendengar rintahan ibubapa ..aku terbaca diakhbar..majallah dan sebagainya macamana genarasi muda zaman sekarang yang malas belajar walaupun berbagai kemudahan telah diadakan olih pihak kerajaan..mereka lebeh suka melepak lepak tak tentu pasal..mencari ketengan jiwa dikelab kelab malam dan pub...membuat maksiat tanpa menolek kekiri kanan dan enatah apa apa lagi...tapi tahukah mereka bahawa tegaknya sesabuah tamadun itu kerana kehebatan pemuda dan pemudinya...mengapa mereka tidak mengambil iktibar diatas semangat pemudapemudi diPelastin yang tetap meneruskan aktiviti untuk menuntut ilmu biarkan disekat olih tentera tenteraYahudi...Apa akan terjadi kepada genarasi muda di malaysia jika takbiat diatas berterusan..kita semua perlukan perubahan dari segi sikap..pemikiran...untuk menuju kearah kejayaan didunia dan diakhirat...Inilah genarasi muda yang harus berjuang kearah itu..sedar dan bangkitlah wahai anak anak ku...

Kemersaan semasa Jamuan hari Raya Pengurusan

Hai...ta habis habis lagi bincang lagi ke?

Kemesraan bersama sama..takira pangkat dan jawatan ..satu pasukan....itulah penomena dalam satu organisasi ketika menyambut sesautu perayaan.......Sambutan Hari Raya yang dianjurkan olih pihak Pengurusan untuk warga kerja IPD Hilir Perak pada 9/10/2009 yang lalu...