Inilah kek untuk dipotong dihari persandingan fakrul & Syasya.....bertuah anak anak zaman sekarang semasa emaknya dulu tak mampu buat kek setinggi ini....
21.1.10
KEK DIHARI PERSANDINGAN FAKRUL & SYASYA
Inilah kek untuk dipotong dihari persandingan fakrul & Syasya.....bertuah anak anak zaman sekarang semasa emaknya dulu tak mampu buat kek setinggi ini....
SEMOGA BERBAHAGIA KEKAL ABADI SAHINGGA AKHIR HAYAT
Majlis Persandingan anak lelaki keduaku Mohd Fakrul Radzi bin Ahmad Nawi dengan Sayafina bte Tajiddin pada 17/1/2101 di S26,Jln Kayu Manis, Taman Bedena, Sg Besar Selangor. Semoga kekal abadi sahingga akhir hayat...itulah doa ibu buat kalian berdua dan semoga hubongan kalian dirahmati allah dunia dan akhirat...
IMPIAN SAORANG IBU BUAT ANAKNYA
Inilah impian saorang ibu buat anaknya...ingin melihat anaknya diarak dengan menggunakan kereta mini kesayangan suaminya dihari perkahwinannya...impian ku selama ini telah tertunai dengan perarakan perkahwinan anak lelaki keduaku dengan menggunakan kenderaan mini kesayangan my hubby pada 17/01/2101 (Ahad)....terharu..bila melihatnya...tanpa ku sangka semuanya bolih menjadi kenyataan..bersyukur aku kepada tuhan....segala kepenatan terubat sudah dan satelah sekian lama ruangan blog ini menyepi kerana tuan punya diri sibok untuk menguruskan majlis perkahwinan anaknya...kini segalanya telah pun selesai....
4.1.10
HATI HENDAK DAYA TIADA
Lama tak buka blog ni...sekarang ni tengah sibok menyediakan persiapan terakhir untuk majlis persandingan anak lelaki keduaku..Mohd fakru Radzi...semua hendak dibuat tapi adakalanya aku tak terdaya kerana fakta umur yang makin meningkat tua....leteh sangat..semoga majlis tu nanti berjalan lancar dan sejak akhir akhirnya sakit gesterik ku kerap menyerang....ada masanya rasa tak larat sangat..apa kan daya..nanti bila ada kesempetan aku akan sambong..selamat tahun baru dan terima kaseh diatas semua ingatan ikhlas yang mengucapkan selamat hari lahir ku pada 1.12010 ini.
17.12.09
RAUP WAJAH YG HAMPIR SERUPA - SERASI JADI ANAK ANAKKU
KENANGAN DIKUALA TRENGGANU - PERSANDINGAN PAKU & SYASYA
BERSAMA RAKAN RAKAN KU DARI TELUK INTAN
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJJRAH 1431

Setelah tenggalamnya Matahari pada petang ini 17/12/2009 maka berlalulah tahun 2009 bersamaan 1430 hijjrah dan apabila terbitnya matahari pada esokhari 18/12/2009 maka bermulalah 1Muharam 1431 tahun baru yang bakal kita semua tempohi..Semalam yang berlalu tinggal kenanagan dan esok yang mendatang adalah harapan yang belum dapat menjanjikan apa apa buat kita.. kita berdoa semoga biarlah esok membawa seribu sinar kejayaan..kebahagian...serta keceriaan..Penghijrahan dari yang tak baik kepada baik dari yang baik kepada yang lebeh baik dari sedeh kepada gembira serta diiringi dengan kesyukuran kepada allah diatas kurniaannya..semoga kita semua akan diberkati didunia dan diakhirat....Aminn....Semoga ada sinar yang membanggakan..(seronok juga tengok Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam pertandingan bola)..KATA HATI DIMALAM MAAL HIJJRAH 1431
Hati berdetik dan berjanji kepada diri sendiri dimalam awal Muharam ini agak menjadi orang yang baik baik..menebalkan iman didada dan berdoa agar dipanjangkan umur dan menggunakan umur yang dianugerahkan allah itu dipergunakan dengan sebaikbaiknya dipermudahkan untuk mencari rezeki yang halal..tabah serta dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadat...dan seterusnya dapat pula menjejakkan kaki sekali lagi dibumi Mekah dan Madinah..merasai sejuta ketenangan didepan Raudhah dan menginsafi diri yang kerdil dihadapan makam Nabi.....itulah kata hati ini semoga tuhan merestuinya...aminn.
LEKA MENDENGAR UCAPAN BOSS
PERHIMPUNAN BULANAN DESEMBER 2009
16.12.09
BERSATUNYA DUA HATI ...SEMOGA KEKAL ABADI
Alhamdulillah..satelah lebah kurang 12 tahun mereka berkawan akhirnya kedua dua sejoli ini disatukan dengan ikatan suami isteri....buat anak anak ku ibumu ini tetap mendoakan agar ikatan perkahwinan ini kekal abadi buat selama lamanya....selesailah sudah upacara akadnikah dan persandingan anak lelaki ku dirumah pengantin perempuan pada 4hb dan 5hb.des 2009 yang lalu diKuala Trengganu....hmm...10 jam aku sekeluaraga meredah hujan untuk sampai keKuala trengganu melalui jalan Kuala Lumpur kuantan..kegambang dan diKemaman kami terkandas selama dua jam kerana jalan rosak tidak dapat dilalui....begitulah cubaaanya..olih itu wahai anak anakku hargailah kebahagian serta keharmonian alam rumah tangga yang baru dibina agar kekal sahingga akhir hayat..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..kesabaran..tololensi..kesefahamanan dan hormat menghormati anatara satu sama lain amat penting untuk mengekakalkan sabuah keutuhan dalam alam perkahwinan..Kini aku tengah sibuk untuk mengurusakan persandingan dirumahku pulan pada 17/1/2010 ni....
13.12.09
RINDU SERINDUUUUU NYA....
Terasa lama aku tak buka blog ni...sibuk pasal uruskan pernikahan anak lelaki ku yang kedua dan sejak akhir akhir ni ramai pula jiran jiranku yang membuat kenduri kahwin anak anak mereka bolih dikatakan tiap tiap minggu aku pergi gejubus kenduri..maklumlah adat berjiran sudah menjadi lumrahnya...dan yang paling membuat aku stress line intenet aku ni mengalami problem selalu tak dapat ......kalau dapat pula suami ku yang mengahadap komputer ni mengalahkan saorang programer...bila tengok intenet....terasa rindu...serinduuunya....nantilah bila ada masa lapang aku akan muatkan beberapa kenangan manis sapanjang bulan november dan desember 2009 ini....dan terasa aku semakin tua kerana tahun 2009 akan menghilang dan 2010 akan menjelma bermakna umur ku akan meningkat lagi......semoga tuhan akan memanjangkan umur ku agar aku dapat mengabadikan diri dan menambah segala amalan yang tertunggal dimasa yang lalu....amin...
27.11.09
KERINAH BUDAK BUDAK
Selamat Hari raya Aidil Adha..27/11/2009
Selamat hari raya Aidil Adha buat semua terutama kepada mereka yang sudi menjengah ke blog saya...agak lama saya tak sentuh blog ni...sibuk dengan tugas dan hal hal peribadi...Semoga semua pengorbanan yang kita lakukan sama ada untuk kerjaya..bangsa..ugama..dan keluaraga akan diberkati olih allah..dan semoga apa yang kita lalui selama ini dapat memberi penyajaran kepada kita untuk lebeh tabah lagi dimasa masa akan datang....dan tidak lupa buat Qayyum...selamat hari lahir ke empat tahun pada 24/11/2009 yang lalu..semoga satu hari nanti anda akan menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara..nenek berharap serta sentiasa berdoa agar nenek dipanjangkan umur dan dapat melihat qayum membesar. Aminnn
25.11.09
6.11.09
Emosi yang bercampur adok
Entah mengapa hari ini emosi aku bercampur aduk tanpa menentu...Rasa tidak puas hati dengan situsi sekeliling begitu membuak buak....Sekarang ni nak tengok TV pun malas ..warta berita pun sekarang ni aku malas nak tengok ...begitu juga dengan surat khabar..jarang nak selak... entah mengapa jadi begitu padahal aku tahu sepatutnya aku mengikuti semua media media ini bagi menambahkan pengetahwanku ...bosan tau tak? dengan berita berita yang tak habis habis pasal pertelingkahan politik dinegara ni...tak habis kondem mengkondem antara satu sama lain.... walaupun aku ni bukan ahli politik dan tidak berminat untuk bergiat dalam politik namum aku sentiasa mengikuti perkembangan politik dari zaman Dr mahadhir sahinggalah sekarang....tapi sekarang ni lebeh kepada menuding jari kesalahan kepada orang lain..sapatutnya walaupun fahaman kita berbeza namum apa salahnya ada kalanya kita duduk bersama berbincang secara kekeluaragaan untuk menambahbaikkan lagi sistem sistem tertentu terutama mengenai masyarakat Melayu Islam...Kita juga sapatutnya berbangasa dengan adanya pembangkang dinegara ini...kerana dengan bangkangannyalah kerajaan dapat meneliti dan mengubah sesautu sesytem yang kurang berkesan kepada lebeh berkesan...pembangkang juga harus berbangga ...Tapi jangan semua perkara yang kerajaan buat tu salah sepatutnya kalau yang dibuat tu betul...kita harus akur ..dan bangkakanglah mana yang tak betul sahingga ada perubahan pembetulan dibuat...membangkang secara sehat lebeh memberi menafaat....bagi saya semua politik dizaman sekaran ni kurang membanggakan.....itu pasal politikEmosi ditempat kerja pula......rasa tidak puas hati tetap terselit dihati ini dengan cara pentadbiran yang ada ditempat aku bertugas entah dimana silapnya pun aku tak tahu..aku rasakan antara orang orang diatas sendiri kurang bersefahaman antara satu sama lain dan yang menjadi mangsa orang orang dibawah sp aku ni....arahan tak tegas....orang yang suka mengampu dan berpura pura lebah dipercayai daripada orang yang benar benar membuat kerja.....lebeh banyak pegawai yang lepas tangan dan tolak kerja...pembahagian kerja yang tak betul....yang tak kaki lawan banyak sangat kerja...yang pandai hipokrit tak ada kerja tapi depan bos macamlah dia saorang yang sampai tertiarap dihempap tugasan....menyampah aku..... Lagi satu orang yang suka sangat mempertakaikan "itu bukan kerja or tugas saya". Padahal masa didalam semua senarai tugas mereka tu..perkataan yang terakhir berbunyi" Anda dikehendaki menjalankan tugas yang diarah olih pegawai yang lebeh atas daripada anda"......faham ke tidak dia orang ni?...heeee gerammmm betulahhh.....Dia orang tu pun harus ingat takkanlah bos tu nak beri kerja yang diluar kemampuan diaotang atau tugas yang tidak masuk akal.... Wahai rakan rakan ku...berkerja itu pun satu ibadah....Jika anda ikhlas melaksanakan nya aku percaya tuhan akan memberi balasan yang setimpal dengan apa yang kamu buat.....walaupun balasan itu tanpa anda sedari.....percayalahhhh.... tapi mengapa mereka tidak mahu menghayati falasafah yang telah tuhan dah janjikan tuuu..... Kadang kala rasa nak ku goncang aja bangunan pejabat tempat aku bertugas tu..tapi siapalah saya? dan apakan dayaku......
Aku rasa bila pentadbiran tak betul semua akan jadi tidak seimbang...dimana pun samada di sabuah organisasi maupun dalam rumah tangga.....itulah lumrahnya....aku tahu mana ada manusia yang betul betul sempurna....tapi jika kita sama sama menerima kelemahan orang lain dan kita sama sama menerima pendapatan dari semua golongan demi kebaikkan kepentingan perkhidmatan .....aku rasa ianya bolih melahirkan perjalanan pentadbiran yang bagus serta cermelang walaupun ianya tidak dapat memuaskan semua pihak..."itu memang lumah alam"..kita tidak bolih nak puaskan semua orang dan kita juga tidak dapat nak puaskan hati sendiri."...tapi apakan dayaku....harapan ku untuk kearah pentadbiran yang profesional hanya tinggal harapan...hua..huaaa huaaa......sedehhhhhh betulllllll lahhhhh.......
3.11.09
Aksi cucu sulong atok
23.10.09
Wajah wajah anakbuah yang dikasihi
Majlis Pesaraan rakan sekerja diWana Cafe
Langgan:
Catatan (Atom)



