19.4.10

LELAKI INI

Lelaki ini yang tidak mahu mengerti...atau senyaja tidak mahu mengerti..
lelaki ini yang tidak pernah menghargai....atau senyaja tidak mahu meanghargai....
Lelaki ini yang sering menyalahkan tanpa mahu disalahkan...
Lelaki ini yang tidak pernah mahu mendengar rintihan..kelohan...dan permasalaahan......
lelaki ini yang hanya mahu menerima tanpa mahu meberi.....
Lelaki ini yang terlalu ego.....
Lelaki ini juga yang tidak pernah mencintai.....mungkin....
lelaki ini yang tidak pernah berkorban......
lelaki ini yang tidak mahu mengalah.....
Semuanya kerana LELAKI INI..........

3.4.10

UJIAN OH UJIAN

Berbagai ujian dalam kehidupan telah ku lalui ada kalanya aku rasa aku terasa jemu dengan ujian yang menimpa menimpa ni...tapi itulah rahmat yang telah tuhan turunkan kepada ku...mungkin juga dengan adanya ujian ini ianya akan menjadi penyajaran dalam hidup ku....macam ustat Roslan kata ujian adalah guru yang tidak bercakap...dan bersabarlah dalam menghadapi segala ujian yang telah allah turunkan kepada kamu...kerana orang yang diuji olih allah adalah orang yang mampu menghadapinya.....ada kalanya aku benar benar menginginkan kedamaian hinggap dilubuk hati ku...walau apapun sebagai saorg muslimah aku harus percaya qadak dan qadar...Tuhan masih sayangkan diriku olih itu aku perlu diberi ujian untuk mengukur sejauhmana kesabaranku menghadapainya.. Sabar itu setengah dari iman.... semoga bila fajar menyengsing ada sinar suria yang menerangi dan bila malam menjelma ada cahaya bulan yang menemaninya........

26.3.10

BAHANA FACEBOOKS

Zaman saiber ni..macam macam ada dan teknoloji changgih yang terbaru adalah Facebooks.....sejak masing masing ada facebooks ni kebanyakkan staf kat pejabat pantang ada masa terluang terus aja buka facebooks....sanggup berjam jam tanpa keluar makan tengahari dan ada yang balik lambat semata mata melayari facebooks...itulah bahana teknoloji moden........tengoklah cucu cucu aku pun sampai naik melopong bila tengok kartun diastro....sampai aku ni tak bolih nak tengok canel lain kat TV bila diaorang ada dan takde chan nak buka komputer bila dia adikberadik menghadap komputer main games kat intenet...hai pandai diaorang dari aku bila mencari sesautu diintenet...itulah anak zaman seiber dan teknoloji moden........semoga otaknya juga sebijak teknoloji moden

10.3.10

DUHAI HATI

Duhai hati mengapa sejak akhir akhirnya ketengan yang ada agak tergugat.....berbagai bagai bayangan buruk sentiasa melingkari hati ini..walaupun diwajah mu ada keriangan...ada kalanya aku ni ibarat kiambang...dudukmu diair yang tenang....bertemankan sang rambulan......melambangkan wajah keriangan...walaupun sebenarnya kau dalam kesunyian...
Duhai hati....ku sentiasa berdoa semoga ada ketenangan...dan aku berdoa agar ada kesabaran dalam menghadapi cabaran ketika menempuh perjuangan hidup ini.....

5.3.10

CABARAN...DEMI CABARAN

Dalam kehidupan yang kita lalui berbagai cabaran kita tempohi...ada kalanya ianya bolih mencabar ketenagan dan kesabaran jiwa.....Tapi satiap cabaran harus kita tangani dengan berfikiran positif agar ianya dapat memberi kemenafatan terdapat diri kita khasnya.....Tapi kita harus ingat tuhan tidak akan membebani sesaorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya....surat al baqarah...ayat 286.
Namum begitu ada kalanya aku sendiri sudah tidak sangup untuk mengharungi cabaran cabaran yang membuat kerungsingan fikiran...tapi aku sendiri tidak bolih lari dari itu semua......Ya tuhan kau bagilah petunjuk kepada ku untuk menyelesaikan kesemua cabaran dalam kehidupan ku ini dengan memberi laluan yang mudah kepadaku dan tidak melukakan mana mana pihak....rintihan hati lara....

11.2.10

SUASANA KETENANAGAN


Inilah suasana ketenanagan yang selalu ku impikan...suasana sahdu....suasana rindu dan penuh keayuan diambang sore nan menawan....tapi sayangnya aku belum pun merasai dan menekmati suasana yang begini.dialam nyata...mungkin satu hari nanti...satiap saat tetap ku nantikan.......Tuhan dengarlah kelohan dan jeritan hati ini yang selalu mengharapkan keluhoran..agar aku menjadi insan yang tabah ketika menghadapi sebarang cabaran hidup.......bersehkanlah hatiku dan kalau aku mati matikanlah aku dalam keimanan....ada kalanya aku terasa teraninya olih insan insan yang lebeh berkeleber dariku..teruk sangatkah aku...?semoga tuhan membukakan hati hati mereka itu kearah kebaikkan dan semoga mereka juga merasa bagaimana yang aku rasa......kelohan tanpa makna

2.2.10

EGOKAH AKU?.....

Insan didunia ni memang mudah melebelkan apa pun pada orang lain tanpa mahu muasabah diri sendiri...terutama lelaki...yang begelar "suami"...sering dengan mudah meleberkan para isterinyanya ego...berlagak pandai...menanggapnyapara suami tunggul ..kononnya bila para isteri telah membuat kesilapan tanpa memaklumkan terlebeh dahulu kepada suami...tahukah mereka adakalanya para para suami ini tidak bolih nak ajak berbincang secara baik...dia aja yang nak menang...dan bila seisteri ingin mengemukakan masaalah atau minta pendapat bukan penyelesaian yang isteri dapat tapi...cemuhan..ejekkan..hentaman..dan ada kalanya kata kata sinis yang tajam menerejak ketelinga isteri...jadi macamana nak beritahu masalah yang dihadapai pada suami...egokkah isteri bila mereka sendiri terpaksa berfikir dan berusaha menyelesaikan masalah nya sendiri tanpa memberitahu suami?egokkah?.....biarpun ada kalanya penyelesaian itu tidak memihak kepada seisteri.....berlagakkah isteri jika ini terjadi?.....sedarkah para suami yang sering menunggulkan para isteri..kemana pergi tanpa mahu memberitahu isteri..biarkan telah banyak kemudahan....membuat apa keputusan tanpa berbincang dengan isteri......mahu tak mahu seisteri terpaksa akur dengan apa juga keputusan....tidak kah itu juga ego?...entahlah sama samalah kita fikir fikirkan.....

21.1.10

KEK DIHARI PERSANDINGAN FAKRUL & SYASYA

Inilah kek untuk dipotong dihari persandingan fakrul & Syasya.....bertuah anak anak zaman sekarang semasa emaknya dulu tak mampu buat kek setinggi ini....

SEMOGA BERBAHAGIA KEKAL ABADI SAHINGGA AKHIR HAYAT

Majlis Persandingan anak lelaki keduaku Mohd Fakrul Radzi bin Ahmad Nawi dengan Sayafina bte Tajiddin pada 17/1/2101 di S26,Jln Kayu Manis, Taman Bedena, Sg Besar Selangor. Semoga kekal abadi sahingga akhir hayat...itulah doa ibu buat kalian berdua dan semoga hubongan kalian dirahmati allah dunia dan akhirat...

IMPIAN SAORANG IBU BUAT ANAKNYA

Inilah impian saorang ibu buat anaknya...ingin melihat anaknya diarak dengan menggunakan kereta mini kesayangan suaminya dihari perkahwinannya...impian ku selama ini telah tertunai dengan perarakan perkahwinan anak lelaki keduaku dengan menggunakan kenderaan mini kesayangan my hubby pada 17/01/2101 (Ahad)....terharu..bila melihatnya...tanpa ku sangka semuanya bolih menjadi kenyataan..bersyukur aku kepada tuhan....segala kepenatan terubat sudah dan satelah sekian lama ruangan blog ini menyepi kerana tuan punya diri sibok untuk menguruskan majlis perkahwinan anaknya...kini segalanya telah pun selesai....

4.1.10

HATI HENDAK DAYA TIADA

Lama tak buka blog ni...sekarang ni tengah sibok menyediakan persiapan terakhir untuk majlis persandingan anak lelaki keduaku..Mohd fakru Radzi...semua hendak dibuat tapi adakalanya aku tak terdaya kerana fakta umur yang makin meningkat tua....leteh sangat..semoga majlis tu nanti berjalan lancar dan sejak akhir akhirnya sakit gesterik ku kerap menyerang....ada masanya rasa tak larat sangat..apa kan daya..nanti bila ada kesempetan aku akan sambong..selamat tahun baru dan terima kaseh diatas semua ingatan ikhlas yang mengucapkan selamat hari lahir ku pada 1.12010 ini.

17.12.09

RAUP WAJAH YG HAMPIR SERUPA - SERASI JADI ANAK ANAKKU

Wajah yang hampir serupa..macam adik beradik..serasi jadi anak anak
perempuanku....teringat ketika kami bertiga membeli kueh raya
penjual kueh tu kata kami anak beranak....haa ...seronok kalau ada anak
perempuan ..agaknya.....

KENANGAN DIKUALA TRENGGANU - PERSANDINGAN PAKU & SYASYA

Terasa macam kita pulak yang bersanding..heheee..
kata mu hubby..yelah kami dulu tak merasa macam ni hebatnya.....
tuah anak anak zaman sekarang

BERSAMA RAKAN RAKAN KU DARI TELUK INTAN

Rakan rakan sekerjaku yang datang dari Teluk Intan ke Kuala Trengganu dipersandingan Paku & Syasya...Terima kaseh dan jasa anda semua akan kekal dalam ingatanku..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJJRAH 1431


Setelah tenggalamnya Matahari pada petang ini 17/12/2009 maka berlalulah tahun 2009 bersamaan 1430 hijjrah dan apabila terbitnya matahari pada esokhari 18/12/2009 maka bermulalah 1Muharam 1431 tahun baru yang bakal kita semua tempohi..Semalam yang berlalu tinggal kenanagan dan esok yang mendatang adalah harapan yang belum dapat menjanjikan apa apa buat kita.. kita berdoa semoga biarlah esok membawa seribu sinar kejayaan..kebahagian...serta keceriaan..Penghijrahan dari yang tak baik kepada baik dari yang baik kepada yang lebeh baik dari sedeh kepada gembira serta diiringi dengan kesyukuran kepada allah diatas kurniaannya..semoga kita semua akan diberkati didunia dan diakhirat....Aminn....Semoga ada sinar yang membanggakan..(seronok juga tengok Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam pertandingan bola)..

KATA HATI DIMALAM MAAL HIJJRAH 1431

Hati berdetik dan berjanji kepada diri sendiri dimalam awal Muharam ini agak menjadi orang yang baik baik..menebalkan iman didada dan berdoa agar dipanjangkan umur dan menggunakan umur yang dianugerahkan allah itu dipergunakan dengan sebaikbaiknya dipermudahkan untuk mencari rezeki yang halal..tabah serta dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadat...dan seterusnya dapat pula menjejakkan kaki sekali lagi dibumi Mekah dan Madinah..merasai sejuta ketenangan didepan Raudhah dan menginsafi diri yang kerdil dihadapan makam Nabi.....itulah kata hati ini semoga tuhan merestuinya...aminn.

LEKA MENDENGAR UCAPAN BOSS

Leka mendengar ucapan Boss ketika Perhimpunan Bulanan Des 2009.....Rasa rasanya bolih tak menghayati kata kata boss tuuu...?

PERHIMPUNAN BULANAN DESEMBER 2009

Hari ini ada Perhimpunan bulanan yang terakhir untuk tahun 2009 dan saperti selalu Ketua Jabatan ku akan memberi ucapan diperhimpunan ini...Hari ini aku agak tersentoh dengan kata kata ucapan yang disampaikan olih Ketua jabatanku iaitu Tuan Goh Kok Liang saorang yang berbangsa cina yang memberi ucapan "agar semua pekerja datap melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas kerana kerja itu juga satu ibadah..jangan lah membuat kerja saperti melepaskan batuk ditangga dan berkerjalah dengan sesungguhnya semasa anda semua masih diperlukan agar tidak menyesal bila kita telah bersara nanti kerana teringat ketia kita masih berkerja kita tidak melakukan dengan keikhlasan serta kesempunaan.....tabik spreng aku terhadapnya walaupun beliau berbangsa asing namum elemen elemen keagamaan sering dimuatkan dalam satiap ucapannya...terasa malu pun ada...tapi berrapa ramai yang mengambil pot tentang ucapan sinir yang dilemparkan kepada anakbuahnya yang mojiritinya berbangsa Melayu serta berugama Islam.....renong..renongkanlah...aku sendiri masih merenongkan kata katanya dan muasabah diri.

16.12.09

BERSATUNYA DUA HATI ...SEMOGA KEKAL ABADI

Alhamdulillah..satelah lebah kurang 12 tahun mereka berkawan akhirnya kedua dua sejoli ini disatukan dengan ikatan suami isteri....buat anak anak ku ibumu ini tetap mendoakan agar ikatan perkahwinan ini kekal abadi buat selama lamanya....selesailah sudah upacara akadnikah dan persandingan anak lelaki ku dirumah pengantin perempuan pada 4hb dan 5hb.des 2009 yang lalu diKuala Trengganu....hmm...10 jam aku sekeluaraga meredah hujan untuk sampai keKuala trengganu melalui jalan Kuala Lumpur kuantan..kegambang dan diKemaman kami terkandas selama dua jam kerana jalan rosak tidak dapat dilalui....begitulah cubaaanya..olih itu wahai anak anakku hargailah kebahagian serta keharmonian alam rumah tangga yang baru dibina agar kekal sahingga akhir hayat..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..kesabaran..tololensi..kesefahamanan dan hormat menghormati anatara satu sama lain amat penting untuk mengekakalkan sabuah keutuhan dalam alam perkahwinan..Kini aku tengah sibuk untuk mengurusakan persandingan dirumahku pulan pada 17/1/2010 ni....

13.12.09

RINDU SERINDUUUUU NYA....

Terasa lama aku tak buka blog ni...sibuk pasal uruskan pernikahan anak lelaki ku yang kedua dan sejak akhir akhir ni ramai pula jiran jiranku yang membuat kenduri kahwin anak anak mereka bolih dikatakan tiap tiap minggu aku pergi gejubus kenduri..maklumlah adat berjiran sudah menjadi lumrahnya...dan yang paling membuat aku stress line intenet aku ni mengalami problem selalu tak dapat ......kalau dapat pula suami ku yang mengahadap komputer ni mengalahkan saorang programer...bila tengok intenet....terasa rindu...serinduuunya....nantilah bila ada masa lapang aku akan muatkan beberapa kenangan manis sapanjang bulan november dan desember 2009 ini....dan terasa aku semakin tua kerana tahun 2009 akan menghilang dan 2010 akan menjelma bermakna umur ku akan meningkat lagi......semoga tuhan akan memanjangkan umur ku agar aku dapat mengabadikan diri dan menambah segala amalan yang tertunggal dimasa yang lalu....amin...