Lama tak layar kat blog ni...rindu juga rasanya...dok sibok FB aje sejak akhir akhir ni..sampai tak der masa nak layar ka blog...tapi nantilah satu masa akan saya abadikan satiap kanengan kat blog ni..kerana bagi saya blog ni adalah dairy hati ini....hari ni mood utk berkemas dan nak buat apa apa kat rumah takde...hadaplah komputer ni....walau apa pun dihati ini masih banyak impian yg belum tertunai atau tak akan tertunai...namon diri ini tetap menyulam mimpi indah bagi meneruskan kehidupan ini...semoga tuhan mempermudahankan semua urusan ku dunia dan akhirat...amin...
17.7.10
RINDU
Lama tak layar kat blog ni...rindu juga rasanya...dok sibok FB aje sejak akhir akhir ni..sampai tak der masa nak layar ka blog...tapi nantilah satu masa akan saya abadikan satiap kanengan kat blog ni..kerana bagi saya blog ni adalah dairy hati ini....hari ni mood utk berkemas dan nak buat apa apa kat rumah takde...hadaplah komputer ni....walau apa pun dihati ini masih banyak impian yg belum tertunai atau tak akan tertunai...namon diri ini tetap menyulam mimpi indah bagi meneruskan kehidupan ini...semoga tuhan mempermudahankan semua urusan ku dunia dan akhirat...amin...
3.6.10
Majlis Persandingan lain drp yg lain
Ini merupakan majlis persandingan anak buahku..aku rasa cara persiapan majlis mereka agak berbeza dengan cara majlis persandingan yang biasa dilakukan olih orang orang dikampongnya....sekarang ni dah jarang pengantin tak pakai tudong...dan rasanya kurang sesuai mereka mengunakan baju yang sexsy dimajlis persandingan dikampong....tapi itulah kehendak anak saudara ku yang satu ini..mereka sekeluaraga sukar untuk ditegur or dinasihat..enatahlah walaapa pun sebagai anak yang sulong aku telah melaksanakan tugasku untuk menasihati adik ku( ibu pengantin) tapi..apakan daya....segala idea tak digunapakai.....kesihan emak dan bapaku yang telah tua dan uzur tu....mereka agak malu serta sedeh melihat semua persiapan mereka....katanya..."jadi bualan orang kamping"...sabarlah bu....itulah pilihannya.
26.5.10
Kumpulan KIK _ BERSEH IPD H/PERAK

inilah hasil usahaKumpulan ku KIK Berseh telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan kovensen kumpulan inovasi keriatif kontijen Perak pada 26 - 27/4/2010 di Mes Pegawai Ipoh Perak...tasangka bolih menang..itulah hasil usaha drp 4 org wanita yang bertungkuslumus dan memerah otak bagi menjayakan pembentengannya walaupun dalam kumpulan ini terdapat 5 org lagi lelaki ..hanya bos Tuan Mokhtar sahaja yang sentiasa memberi perangsang untuk kita org meneruskan projek ini...hampir hampir nak serenderlah...sebab membuat kerja yang tak paham dan terpaksa merujuk buku dan juga slot slot contoh sahaja...menangis tak belagu waktu membuatnya dan berbagai dugaan dilalui semasa menyiapkan projek ni...tapi betul kata bos...satiap yang susah itu akan diakhiri dengan kejayaan serta penyajaran yang mengembirakan....kami telah mendapat tempat ketiga daripa 22 peserta projek...syabas..
5.5.10
SATU KENYATAAN.....KEHILANGAN
Ini lah gambar kenanagan terakhir Hairy(adik iparku) bersama kedua anak saudaraku dan adikku Ipah yang ada dalam simpananku ..kini semuanya tinggal kenangan - alfatihah
Wajah wajah yang telah ditinggalkan....kini adik bongsuku dan juga anak anak saudaraku telah ditinggalkan olih org yang disayangi selama ini...Pada 2/5/2010 suami adik bongsuku telah pun pergi buat selama lamanya akibat kemalangan ketika menyertai sukan memandu pancuan empat roda (power drive 4wd) di kulai johor jam 4.00 ptg...maka tinggalah mereka bertiga untuk terus mengharongi segala dugaan hidup dialam maya ini...semoga adikku Ipah bersabar serta tabah mengahadapi segala rintangan hidup sebagai saorang balu serta menjaga 2 org anak yatim....mungkin ada rahmat yg tersirat dan tersurat dalam segala musibah yg kita hadapi....Tuhan lebeh mengetahwi segalanya walaupun sebijak mana rancangan kita..dan tuhan lebeh menyayangi dia....semoga dia(hairy) ditempatkan dikalangan org org yang beriman.
19.4.10
LELAKI INI
Lelaki ini yang tidak mahu mengerti...atau senyaja tidak mahu mengerti..lelaki ini yang tidak pernah menghargai....atau senyaja tidak mahu meanghargai....
Lelaki ini yang sering menyalahkan tanpa mahu disalahkan...
Lelaki ini yang tidak pernah mahu mendengar rintihan..kelohan...dan permasalaahan......
lelaki ini yang hanya mahu menerima tanpa mahu meberi.....
Lelaki ini yang terlalu ego.....
Lelaki ini juga yang tidak pernah mencintai.....mungkin....
lelaki ini yang tidak pernah berkorban......
lelaki ini yang tidak mahu mengalah.....
Semuanya kerana LELAKI INI..........
3.4.10
UJIAN OH UJIAN
26.3.10
BAHANA FACEBOOKS
Zaman saiber ni..macam macam ada dan teknoloji changgih yang terbaru adalah Facebooks.....sejak masing masing ada facebooks ni kebanyakkan staf kat pejabat pantang ada masa terluang terus aja buka facebooks....sanggup berjam jam tanpa keluar makan tengahari dan ada yang balik lambat semata mata melayari facebooks...itulah bahana teknoloji moden........tengoklah cucu cucu aku pun sampai naik melopong bila tengok kartun diastro....sampai aku ni tak bolih nak tengok canel lain kat TV bila diaorang ada dan takde chan nak buka komputer bila dia adikberadik menghadap komputer main games kat intenet...hai pandai diaorang dari aku bila mencari sesautu diintenet...itulah anak zaman seiber dan teknoloji moden........semoga otaknya juga sebijak teknoloji moden
10.3.10
DUHAI HATI
Duhai hati mengapa sejak akhir akhirnya ketengan yang ada agak tergugat.....berbagai bagai bayangan buruk sentiasa melingkari hati ini..walaupun diwajah mu ada keriangan...ada kalanya aku ni ibarat kiambang...dudukmu diair yang tenang....bertemankan sang rambulan......melambangkan wajah keriangan...walaupun sebenarnya kau dalam kesunyian...Duhai hati....ku sentiasa berdoa semoga ada ketenangan...dan aku berdoa agar ada kesabaran dalam menghadapi cabaran ketika menempuh perjuangan hidup ini.....
5.3.10
CABARAN...DEMI CABARAN
Dalam kehidupan yang kita lalui berbagai cabaran kita tempohi...ada kalanya ianya bolih mencabar ketenagan dan kesabaran jiwa.....Tapi satiap cabaran harus kita tangani dengan berfikiran positif agar ianya dapat memberi kemenafatan terdapat diri kita khasnya.....Tapi kita harus ingat tuhan tidak akan membebani sesaorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya....surat al baqarah...ayat 286.Namum begitu ada kalanya aku sendiri sudah tidak sangup untuk mengharungi cabaran cabaran yang membuat kerungsingan fikiran...tapi aku sendiri tidak bolih lari dari itu semua......Ya tuhan kau bagilah petunjuk kepada ku untuk menyelesaikan kesemua cabaran dalam kehidupan ku ini dengan memberi laluan yang mudah kepadaku dan tidak melukakan mana mana pihak....rintihan hati lara....
11.2.10
SUASANA KETENANAGAN
2.2.10
EGOKAH AKU?.....
21.1.10
KEK DIHARI PERSANDINGAN FAKRUL & SYASYA
SEMOGA BERBAHAGIA KEKAL ABADI SAHINGGA AKHIR HAYAT
Majlis Persandingan anak lelaki keduaku Mohd Fakrul Radzi bin Ahmad Nawi dengan Sayafina bte Tajiddin pada 17/1/2101 di S26,Jln Kayu Manis, Taman Bedena, Sg Besar Selangor. Semoga kekal abadi sahingga akhir hayat...itulah doa ibu buat kalian berdua dan semoga hubongan kalian dirahmati allah dunia dan akhirat...
IMPIAN SAORANG IBU BUAT ANAKNYA
Inilah impian saorang ibu buat anaknya...ingin melihat anaknya diarak dengan menggunakan kereta mini kesayangan suaminya dihari perkahwinannya...impian ku selama ini telah tertunai dengan perarakan perkahwinan anak lelaki keduaku dengan menggunakan kenderaan mini kesayangan my hubby pada 17/01/2101 (Ahad)....terharu..bila melihatnya...tanpa ku sangka semuanya bolih menjadi kenyataan..bersyukur aku kepada tuhan....segala kepenatan terubat sudah dan satelah sekian lama ruangan blog ini menyepi kerana tuan punya diri sibok untuk menguruskan majlis perkahwinan anaknya...kini segalanya telah pun selesai....
4.1.10
HATI HENDAK DAYA TIADA
Lama tak buka blog ni...sekarang ni tengah sibok menyediakan persiapan terakhir untuk majlis persandingan anak lelaki keduaku..Mohd fakru Radzi...semua hendak dibuat tapi adakalanya aku tak terdaya kerana fakta umur yang makin meningkat tua....leteh sangat..semoga majlis tu nanti berjalan lancar dan sejak akhir akhirnya sakit gesterik ku kerap menyerang....ada masanya rasa tak larat sangat..apa kan daya..nanti bila ada kesempetan aku akan sambong..selamat tahun baru dan terima kaseh diatas semua ingatan ikhlas yang mengucapkan selamat hari lahir ku pada 1.12010 ini.
17.12.09
RAUP WAJAH YG HAMPIR SERUPA - SERASI JADI ANAK ANAKKU
KENANGAN DIKUALA TRENGGANU - PERSANDINGAN PAKU & SYASYA
BERSAMA RAKAN RAKAN KU DARI TELUK INTAN
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJJRAH 1431

Setelah tenggalamnya Matahari pada petang ini 17/12/2009 maka berlalulah tahun 2009 bersamaan 1430 hijjrah dan apabila terbitnya matahari pada esokhari 18/12/2009 maka bermulalah 1Muharam 1431 tahun baru yang bakal kita semua tempohi..Semalam yang berlalu tinggal kenanagan dan esok yang mendatang adalah harapan yang belum dapat menjanjikan apa apa buat kita.. kita berdoa semoga biarlah esok membawa seribu sinar kejayaan..kebahagian...serta keceriaan..Penghijrahan dari yang tak baik kepada baik dari yang baik kepada yang lebeh baik dari sedeh kepada gembira serta diiringi dengan kesyukuran kepada allah diatas kurniaannya..semoga kita semua akan diberkati didunia dan diakhirat....Aminn....Semoga ada sinar yang membanggakan..(seronok juga tengok Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam pertandingan bola)..KATA HATI DIMALAM MAAL HIJJRAH 1431
Hati berdetik dan berjanji kepada diri sendiri dimalam awal Muharam ini agak menjadi orang yang baik baik..menebalkan iman didada dan berdoa agar dipanjangkan umur dan menggunakan umur yang dianugerahkan allah itu dipergunakan dengan sebaikbaiknya dipermudahkan untuk mencari rezeki yang halal..tabah serta dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadat...dan seterusnya dapat pula menjejakkan kaki sekali lagi dibumi Mekah dan Madinah..merasai sejuta ketenangan didepan Raudhah dan menginsafi diri yang kerdil dihadapan makam Nabi.....itulah kata hati ini semoga tuhan merestuinya...aminn.
Langgan:
Catatan (Atom)
