29.5.11
HAPPY HOUR & SELAMAT HARI LAHIR
Selamat bersara buat teman seperjuangan Puan Supiah bte Abd Majid yang akan bersara pilihan sendiri pada 01/07/2011 dan Selamat menyambut Hari lahir buat semua rakan rakan yg menyambut hari lahirnya dari January hingga Mei 2011..semoga anda semua sentiasa diberkati olih allah dalam menjalani kehidupan seharian....amin
MAJLIS PERTUKARAN PEG AWAM 27/05/2011
Perpisahan terjadi kerana adanya pertemuan.. berjumpa dan berpisah adat manusia biasa..sempena dengan pertukaran/persaraan rakan peg awam diIpd Hilir Perak kami telah mengadakan jamuan rengkas untuk mengucapkan selamat berpisah kepada mereka yang terlibat disamping itu juga kami telah meraikan ulang tahun kelahiran kepada semua rakan rakan yg menyambut hari lahirnya dari jan hingga mei 2011.
28.5.11
KENANGAN SEMALAM YANG SENTIASA DIINGATAN
Family Day Bahgian Pengurusan bergabong tenaga dengan kelab kta IPD H/Perak yang diadakan pada 29hb.Mei 2011 yang lalu di D'Muara Sg Derani Sg Besar,Selangor...biarpun tidak semua staf yang dapat hadzir namun ianya tetap meriah walaupun agak penat..
KEPUASAN JIWA
Lama rasanya saya tidak update blog saya ne...hati rasa dah macam merajuk dengan reka blog yang semak dan berkecamuk tapi dengan azam yang kuat dan berusaha sahingga pada malam ini aku telah berjaya memulihkan kesemakan serta mengubahsuai kembali reka blog ini sahingga semangat jiwa ini terpujuk untuk terus menulis diblog ini..benar kata pepatah usaha itu tangga kejayaan dan hanya dengan berharap tanpa usaha adalah perkerjaan yang sia - sia dan kepuasan jiwa kerana mencari pengetahwan itulah kepuasan yang sejati....yesssss !!!!
7.4.11
BENGKEL PEG AWAM IPD HILIR PERAK SIRI 01/2011
>
Pada 6hb.April 2011 berjaya juga aku melialisasikan impian utk mengadakan bengkel bagi semua Peg Awam yg baru di IPD H/Perak.Tujuan bengkel ini utk memberi lebeh kefahaman kepada mereka tentang tugasan yg harus mereka laksanakan dalam perkhidmatan dan utk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka dimasa akan datang.
Terima kaseh buat semua yang terlibat utk sama sama menjayakan program ini.Buat Fatimah saya sunguh2 kagum dgn semangatnya yg sentiasa memberi komitmen dlm apa juga program yg dipertanggongjawabkan kepadanya utk dilaksanakan walaupun dlm sarat mengandong...terima kseh...kenangan bertugas bersama kalian amat sukar utk dilupakan dlm lipatan sejarah kerjaya saya.
2.2.11
ADUHAI...TERUJA NAK BUAT PERKEMAHAN DIKEBUN
Sempena Cuti hari Raya cina ne..kami sekeluaraga akan membuat perkemehan di kebun Sg Manila H/Melintang,Perak.Semua anak anak,menantu dan cucu akan diajak sekali olih suamiku..orang yang paling sibok menyediakan perkhemahan ini adalah suamiku.Dia begitu teruja sekali untuk merialisasikan impan nya berkemah di kebun tu sejak dua bulan yang lalu.
Sejak minggu lepas dia buat persiapan dengan membeli ayam..ikan dan berbagai peralatan yang perlu dibawa..mungkin dengan cara begitu suamiku ingin menerangkan dengan anak anaknya bertapa dia telah bersusahpayah untuk menyediakan bekalan dihari tua buat mereka dengan membeli serta membuat kebun dan kebun kebun inilah yang akan diserahkan kepada mereka buat bekalan didunia daripadanya. Begitulah sayang saorg ayah kepada anak anak...aku menghargainya dan aku berharap agar perkhemahan ini akan berjalan lancar serta dapat memuaskan hati semua terutama hati suamiku yang telah sekian lama menimpikan perkhemahan saperti ini.
Sejak minggu lepas dia buat persiapan dengan membeli ayam..ikan dan berbagai peralatan yang perlu dibawa..mungkin dengan cara begitu suamiku ingin menerangkan dengan anak anaknya bertapa dia telah bersusahpayah untuk menyediakan bekalan dihari tua buat mereka dengan membeli serta membuat kebun dan kebun kebun inilah yang akan diserahkan kepada mereka buat bekalan didunia daripadanya. Begitulah sayang saorg ayah kepada anak anak...aku menghargainya dan aku berharap agar perkhemahan ini akan berjalan lancar serta dapat memuaskan hati semua terutama hati suamiku yang telah sekian lama menimpikan perkhemahan saperti ini.
16.1.11
SELAMAT BERSARA BUAT TEMAN SEPERJUANGAN
Pada 4hb.Jan 2011 ( Selasa) yg lalu tertunailah hajat kami semua Peg Awam di IPD Hilir Perak untuk mengadakan Jamuan Persaraan dan pertukaran bagi teman teman kami yang bersara dan yang bertukar..majlis Budimu disanjong jasa mu dikenang telah dijayakan dengan sempurnanya dan saya berpuashati dengan kerjasama semua rakan rakan yang sama sama ingin merialisasikan majlis itu agar meriah dan akan dirasai olih mereka yang diraeikan.
Kepada yang bersara saya ingin mengucapkan selamat bersara semoga penghidupan selepas ini akan lebeh memberi makna kepada anda semua.
Kepada yang bersara saya ingin mengucapkan selamat bersara semoga penghidupan selepas ini akan lebeh memberi makna kepada anda semua.
31.12.10
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010
Selamat tinggal tahun 2010...Perpisahan terjadi kerana adanya pertemuan
"Ada pertemuan ada perpisahan"
"Bukan perpisahan yg ku tangisi..namun
"Pertemuan yang ku kesali"...Walau apapun
"Jadikanlah perpisahan ini sebagai sabuah kenangan yang tidak dilupakan"
"Selamat tinggal sayang..Tahun 2010"..segala kenangan pahit manis yangdilalui
"Ku simpan dalam lipatan dairy hati"
"akan ku bawa sahingga kaakhir hayat ni'
"Ku pohon pada mu wahai tuhan ku"
Tabahkahlah hati ku...sabarkanlah jiwa ku"
"Tegohkanlah iman didada ku"
"Sahingga aku menunuju kedistenasi yang pasti"
"Ada pertemuan ada perpisahan"
"Bukan perpisahan yg ku tangisi..namun
"Pertemuan yang ku kesali"...Walau apapun
"Jadikanlah perpisahan ini sebagai sabuah kenangan yang tidak dilupakan"
"Selamat tinggal sayang..Tahun 2010"..segala kenangan pahit manis yangdilalui
"Ku simpan dalam lipatan dairy hati"
"akan ku bawa sahingga kaakhir hayat ni'
"Ku pohon pada mu wahai tuhan ku"
Tabahkahlah hati ku...sabarkanlah jiwa ku"
"Tegohkanlah iman didada ku"
"Sahingga aku menunuju kedistenasi yang pasti"
15.12.10
REKA BENTUK BLOG
Hmm..apalah nak jadi dengan reka bentuk blog ku yg dah hang ne...aku dah tak bolih nak tukarganti tentang rekabentuk blog aku ne...aduhhhh...nak buat camana ye agaknya?..siapalah nak bolih bantu aku ne?..kawan2 kat office dah cuba bantu tapi tak bolih..tulah aku ne suka sangat cuit sana cuit sini..gatal tangan
hmm..rungsing betul lah..nak buat blog baru sayang pulak..hee rasa nak hempok aje komputer ne...nasib ...nasib...
hmm..rungsing betul lah..nak buat blog baru sayang pulak..hee rasa nak hempok aje komputer ne...nasib ...nasib...
7.12.10
RENUNGAN HIJRAHKU
Sempana maalhijah ini...sejuta perkara tersemat diharsatku untk berhijrah..tapi mampukan aku berhijrah....walauapa pun aku mesti kuatkan tekat untuk berhijrah kearah yg lebeh positif ditahun 1432 m ini..dan ini juga bermakna umurku semakin meningkat...hari bersara samakin hampir ..dan aku masih merenong jauh apakah yg harus ku lakukan salepas aku bersara nanti selain drp meningkatkan lagi amalan ku...dan untuk aku menjejakkan kaki sekali lagi ditanah suci mekah...apakah impian ku ingin membina sabuah taman yg berlanskapkan sayuran sayuarn dan buah buahan berjaya...dan apakah impian ku untuk membina perniagaan keluaraga berjaya?.....entahlah....walauapapun aku masih berdoa agar aku diberi kesihatan yang baik serta cerdas selepas persaraan ku dan dapat melalui semua yang ku harapan dengan lancar....renongan perjalanan kehidupan yg masih jauh dan kabur....
SALAM MAALHIJRAH

Selamat menyambut maalhijrah buat semua teman dan rakan yg menyunjongi ruang blog saya yg tidak saperti ini...Saya berdoa agar perjalanan kehidupan kita semua akan direstui olih tuhan yg maha esa dunia dan diakhirat..dan sama samalah kita semua berhijrah kearah sebagi pendakwa dgn menyajak semua kepada kebaikkan dan kebenaran sp yg di ajar dalam islam dan janganlah kita jadi penghukum dgn menghukum insan yg lain yg kononnya tidak berbuat baik ..kerana kita sendiri belum tahu dimana duduknya disisi allah....semoga ditahun hijrah yg akan datang kita semua dilimpahi ketenangan..kebahagian..dan doa yg dimakbulkan...
26.11.10
MENJAGA PERASAAN ORG PERASAAN SENDIRI TERABAI

Menjaga perasaan org lain memang dituntut dlm Islam malah itulah yg terbaik utk kita semua...tapi ada kalanya kerana terlalu menjaga perasaan org lain perasaan kita sendiri terguris luka...merintih hiba...dan membara dijiwa....dan memendam rasa...kenapa org org yg kita sayang tidak bolih menerima teguran secara terbuka sedangkan mereka bolih meluahkan apa yg dirasa kepada kita tanpa mengira hati dan perasaan kita?...kenapa harus diluahkan apa yg terpendam dibelakang2....menagapa selalu menganggap satiap teguran itu memusnahkan serta menjatuhkan..bukan kah teguran drp org yg terdekat itu adalah satu teguran ikhlas untk penyajaran dan kerana kerana kita sayanglah maka kita buat teguran.....
Menunjukkan penghargaan dan ucapan terima kaseh kepada insan insan yg sentiasa menyayangi serta berbudi kepada kita biarlah semasa org itu masih ada didunia....agar mereka tahu yg mereka itu dihargai...bagi ku menghargai kebaikkan org yg telah tiada hanya akan menjadi satu kenangan indah buat diri kita namum masa tidak akan bolih diputar lagi.....Ada kalanya yg terbuku tidak terluah..banyak cerita dlm kehidupan yg tidak dapat dituliskan dan ada kalanya luka dihati bolih diubatai namum parutnya nampak juga ...begitulah sakitnya sayang bak lauahan rasa "Norhayati Berahim".Banyak yg tersirat dlm yg tersurat ..namum aku tidak bisa melukiskannya...kerana aku bukanlah saorg pelukis dan bukanlah saorg penulis...hanya ku simpan dlm lipatan dairy hati...geludakkan hati bak kochakan air dikali yg tenang.
CATATAN SUKA & DUKA KEHIDUPAN
Dalam kehidupan ini kita sering dikejutkan dengan seribu dugaaan yang acap kali mencabar kesabaran.... sering menerima hinaan..juga cemohan tanpa bertepi...salahkah klu kita ingin menekmati keindahan alam semula jadi dan kurniaan tuhan kepada kita sebagai hambanya...benarkah rezeki yg kita cari itu tak berkat...padahal ketidak cukupan apa yg kita dapat adalah kerana memenohi keperluan orang oramg yg kita sayang.....apakah benar org org yang dilempahkan rezeki melimpah ruah dan murah olih tuhan itu org yg benar benar hebat disisi mata insan dan disisi tuhan....kurangkah pengorbanan yg dicurahkan utk org yg disayangi walaupun tanpa ucapan terima kaseh dan pengertian ianya tetap dilakukan?....salahkah jika kita melayani hobi yg kita minati dan salahkah jika kita merealisasikan angan angan yg bolih jadi kenyataan....apakah benar kita tidak tergolong dlm org yg beriman dan apakah benar segala ibadat kita tidak dinalai olih tuhan ?....kata kata sp ini sering menghantui telinga bila diucapkan olih org yg menanggap dirinya penuh dengan keredaan tuhan kerana amalanya.....siapakah aku disisimu wahai tuhan ku dan siapa aku disisi mu wahai org org yg ku sayang?...siapa?....
16.11.10
SELAMAT HARI RAYA ADILADHA 2010
Hidup ini bagai sebuah pelayaran..ada masanya kita singah dipelabuhan yg indah ada kalanya pula kita singah dipelabuhan yg mengecawakan..begitulah penghidupan kita..ada masanya suka...ada duka..kecawa...berjaya dan ada keyikanya kita perlu melakukan pengorbanan demi kejayaan...dan demi semua insan insan yg kita sayangi...walauapapun bukan semua pengorbanan itu diakhiri dengan kejayaan...atau kebahagian...namun satiap kejayaan yg kita perolihi mesti perlukan pengorbanan...pengorbanan saorang ibu buat kehidupan anak anaknya...pengorbanan isteri buat kejayaan suami..dan berbagai bagai lagi pengorbanan....biarlah pengoraban yg anda buat untuk sesiapapun dilakukan dengan keikhlasan...dan kesabaran agar ianya akan tetap dikenang olih insan insan yg tersayang...SELAMAT HARI RAYA ADILAHA...semoga segala yg kita korbankan akan direstui olih allah...aminnn
6.10.10
SOAL HATI
Tiba tiba terkenang kisah saorg insan yg sering mengharapkan "ada org yg menyayanginya sebagimana ia menyayangi org lain"....katanya padaku...Aku ni sampai mati pun tak akan merasa ada insan lain yg benar2 menyayanginya...sahingga sanggup buat apa aje demi membuktikan kaseh sayangnya pada ku atau membuktikan kata kata sayangnya seiring dengan perbuatannya yg dilakukan padaku".....aduhhhh kesiannya...katanya lagi selama ini pun mereka yg menyayangi dirinya kerana apa yg ada padanya serta dia bolih membawa keuntungan pada org yg menyayanginya....."Kau terpegun melihat wajahku yang riang selalu...tapi dalam ketawa hatiku terluka"....walauapapun hanya doaku mengiringinya selalu semoga apa yg diharapkan akan ujud dalam alam kenyataan kehidupanya...dan kataku "kedua ibubapamu tetap menyayangimu dan menerima mu dalam apa jua kaedaan....percayalahhhh...dan aku percaya "kau akan dikenang olih mereka mereka satelah diri mu tidak ujud lagi dikalangan mereka......Tuhan tetap bersama dan tetap menalai apa yg kamu lakukan dengan keikhlasan....percayalahhh.....
27.9.10
NALAI CINTAMU......
Pernah ku fikirkan tanpa cinta...tak mengapa?....tapi sebenarnya CINTA juga memainkan peranaan penting dalam kehidupan...Hidup tanpa Cinta ibarat pokok usang yg tidak menghasilkan apa2 buat untuk kehidupan disekelilinginya...Cinta..pengertiannya amat luas...cinta pada tuhan yg maha esa...cinta pada negara dan bangsa...cinta pada insan2 disekeliling kita...dan cinta pada keluaraga...begitulah juga rasa Bapa ku mencintai seluruh ahli keluaraganya....memang terbukti bagi ku ku Bapaku saorang yang mengutamakan cinta pada kami anak anaknya...kerana cinta juga dia tidak mahu kami adik beradik begadong berebut harta jika sekiranya dia telah tiada...dan pada Sabtu lalu dia telah memanggil aku dan adik adik ..untuk ditunjukkan bahagian tanah tanah yg telahpun dibahagikan nama dan dia akan membahagikan lagi tanah tanah yg masih diatas namanya kepada kami sebagi tambahan..kerana katanya dia sudah tidak mahu nama tanah2 itu atas namanya...aduh...terkedu..sayu...dan berbagai rasa ada dihatiku...itulah pengorbananan saorg bapa yg sentiasa memikirkan apa yg patut ditinggalkan utk anak2nya satelah pemergiannya nanti...tapi adakah anak2 memikirkan apakah sumbangan dan balasan terhadap kedua ibu bapanya satelah mereka tiada didunia nanti dan apakah bekalan yg harus diberikan kepada utk makanan diakhirat...?Fikirkan wahai adik2 ku...bertapa besarnya pengorbanan saorg bapa mencorakkan kebahagian..kesejahteraan ..kejayaan agar anak2nya berjaya dunia dan akhirat.....semoga kita semua menghargai pengorbanannya dan menjaga harta2 yg ditinggalkan kepada kita mengikut lunas keimanan kepada tuhan....
23.9.10
6.9.10
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF LAHIR BATIN
Sempena menyambut hari baik bulan baik ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf lahir batin kepada semua insan insan yang sering berurusan dengan saya..mungkin sepanjang kita berurusan saya ada terkasar bahasa terlanjut cara serta terluah rasa yang tidak senyaja...sabagai saorg insan biasa sudah tentu saya banyak melakukan kesalahan serta kesilapan...dan saya berdoa agar kita semua dapat menyambut lagi hari raya ditahun tahun yg akan datang...semoga tuhan memanjang umur kita semua..namun tahun ini sejuta rasa ada berlegar difikiran saya...sedeh...kecawa..takut dan bertapa masa begitu cepat mengubah segalanya...walau apapun kita harus bersyukur kepada ilahi dengan apa yang ada pada kita sekarang dan saya mengharapkan agar negara kita terus aman..makmor selamanya...amin...
29.8.10
BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK ANAK DAN CUCU
Rasa seronok bila berbuka puasa bersama anak anak,menantu dan cucu...makanan pun penoh kat meja sampai tak cukup ruang...beginilah seronoknya hati orang2 tua bila anak anak balik berbuka puasa bersama samanya...tapi zaman sekarang ni dengan kesibukan masa berkerja anak anak dan emak bapak maka upacara berbuka bersama sama ini hanya dapat dilaksanakan sesekali sahaja disepanjang bulan ramadan ini..walau apapun kita harus bersyukur sesibok mana pun anak anak ini berkerja namum masa ada ruang yang diperuntukkan untuk berbuka bersama sama...terima kaseh semua buat anak,menantu dan cucuku...semua ianya akan berkekalan sebegini...
23.8.10
RAMADAN YANG MENGAMIT SEJUTA KENANGAN
ramadan menjelang lagi...syukur kehadrat tuhan yang maha esa kerana aku diberi kesempatan untuk menempoh ramadan sekali lagi ditahun ini...dan dipanjang usia..satiap ramadan menjelang pasti aku terkenang dimasa masa lampau terutama dizaman kanak kanak ku..sambutan menjelang ramadan dikampung amat indah buat ku...budaya kunjong menyunjong dan juga aku tetap teringat..dimana satiap petang aku akan menunggu penjual air batu ketul yang dibalut dengan habuk ketaman papan. Sipenjual akan melaungkan air batuuuuu...air batuuu dengan basikalnya...mereka berlumba2 menjual air batuuntuk mencari duit lebeh buat belanja hari raya dan persekolahan yang akan dibuka selepas hari raya nanti...dan sudah tentunya aku teringat kembali suasana malam 7 likor..seluruh kampong ku akanbermandikan chachaya lampu buatan sendiri...dan satiap peteng tugasku mengisi minyak gas kedalam lampu2 ini dan memasangnya selepas berbuka...ohhh indah sungoh waktu itu..dan pada masa inilah kami akan bertemu dengan rakan sebaya serta sempat mencuri masa untuk bermain..malangnya suasana saperti itu tidak akan kembali kedunia hidup ku ini... rakanrakan ku entah kemana hilangnya ada setengannya yg telah berpindah kebandar dan ada yang telah meninggal dunia....jika masa bolih berputar kembali ingin ku lalui sekali lagi masa itu...dimana aku pada masa itu tidak mengenal masaalah...dan kehidupan yg penuh dengan cabaran ini...sayang sekali tidak ada 2 kali masa yg sama dlm hidup kita
Langgan:
Catatan (Atom)









