12.6.11

MENCARI KELAINAN UNTUK DAPATKAN MOOD KERJA




Sejak akhir akhir ini mood untuk berkerja agak merosot..hilang entah kemana...dan saya berfikir bagaimana nak timbulkan mood balik waktu kerja..tiba tiba saorang rakan memberi idea pada saya agar saya buat susun atur fail supaya menarik....dengan mengunakan gambaran bunga atau pemandangan...saya pun terus buat dan inilah hasilnya....satiap pagi saya akan renong dulu fail fail ini dan saya akan tersenyum puas....
Bagi diri saya apapun yang saya buat adalah untuk kepuasan pada diri sendiri..biarpun  semasa menjalankan tugas seharian....gambar bawah adalah kedudukan asal fail fail dibilik saya yang bila dilihat agak membosankan.....

11.6.11

MENGHIAS PENTAS TAHUN 2011



Hiasan pentas sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina KPD Hilir Perak  tahun 2011

Membuat hiasan pentas sempena Mesyuarat Agung Perkep IPD Hilir Perak tahun 2011

Kenangan Indah semasa menghias pentas bagi majlis budimu disanjung jasamu dikenang sempena pertukaran dan persaraan kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 06/01/2011.

29.5.11

HAPPY HOUR & SELAMAT HARI LAHIR



Selamat bersara buat teman seperjuangan Puan Supiah bte Abd Majid yang akan bersara pilihan sendiri pada 01/07/2011 dan Selamat menyambut Hari lahir buat semua rakan rakan yg menyambut hari lahirnya dari January hingga Mei 2011..semoga anda semua sentiasa diberkati olih allah dalam menjalani kehidupan seharian....amin

MAJLIS PERTUKARAN PEG AWAM 27/05/2011

Perpisahan terjadi kerana adanya pertemuan.. berjumpa dan berpisah adat manusia biasa..sempena dengan pertukaran/persaraan rakan peg awam diIpd Hilir Perak kami telah mengadakan jamuan rengkas untuk mengucapkan selamat berpisah kepada mereka yang terlibat disamping itu juga kami telah  meraikan ulang tahun kelahiran kepada semua rakan rakan yg menyambut hari lahirnya dari jan hingga mei 2011.

28.5.11

KENANGAN SEMALAM YANG SENTIASA DIINGATAN

Family Day Bahgian Pengurusan bergabong tenaga dengan kelab kta IPD H/Perak yang diadakan pada 29hb.Mei 2011 yang lalu di D'Muara Sg Derani Sg Besar,Selangor...biarpun tidak semua staf yang dapat hadzir namun ianya tetap meriah walaupun agak penat..

KEPUASAN JIWA

Lama rasanya saya tidak update blog saya ne...hati rasa dah macam merajuk dengan reka blog yang semak dan berkecamuk tapi dengan azam yang kuat dan berusaha sahingga pada malam ini aku telah berjaya memulihkan kesemakan serta mengubahsuai kembali reka blog ini sahingga semangat jiwa ini terpujuk untuk terus menulis diblog ini..benar kata pepatah usaha itu tangga kejayaan dan hanya dengan berharap tanpa usaha adalah perkerjaan yang sia - sia  dan kepuasan jiwa kerana mencari pengetahwan itulah kepuasan yang sejati....yesssss !!!!

7.4.11

BENGKEL PEG AWAM IPD HILIR PERAK SIRI 01/2011


>
Pada 6hb.April 2011 berjaya juga aku melialisasikan impian utk mengadakan bengkel bagi semua Peg Awam yg baru di IPD H/Perak.Tujuan bengkel ini utk memberi lebeh kefahaman kepada mereka tentang tugasan yg harus mereka laksanakan dalam perkhidmatan dan utk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka dimasa akan datang.
Terima kaseh buat semua yang terlibat utk sama sama menjayakan program ini.Buat Fatimah saya sunguh2 kagum dgn semangatnya yg sentiasa memberi komitmen dlm apa juga program yg dipertanggongjawabkan kepadanya utk dilaksanakan walaupun dlm sarat mengandong...terima kseh...kenangan bertugas bersama kalian amat sukar utk dilupakan dlm lipatan sejarah kerjaya saya.

2.2.11

ADUHAI...TERUJA NAK BUAT PERKEMAHAN DIKEBUN

Sempena Cuti hari Raya cina ne..kami sekeluaraga akan membuat perkemehan di kebun Sg Manila H/Melintang,Perak.Semua anak anak,menantu dan cucu akan diajak sekali olih suamiku..orang yang paling sibok menyediakan perkhemahan ini adalah suamiku.Dia begitu teruja sekali untuk merialisasikan impan nya berkemah di kebun tu sejak dua bulan yang lalu.
Sejak minggu lepas dia buat persiapan dengan membeli ayam..ikan dan berbagai peralatan yang perlu dibawa..mungkin dengan cara begitu suamiku ingin menerangkan dengan anak anaknya bertapa dia telah bersusahpayah untuk menyediakan bekalan dihari tua buat mereka dengan membeli serta membuat kebun dan kebun kebun inilah yang akan diserahkan kepada mereka buat bekalan didunia daripadanya.  Begitulah sayang saorg ayah kepada anak anak...aku menghargainya dan aku berharap agar perkhemahan ini akan berjalan lancar serta dapat memuaskan hati semua terutama hati suamiku yang telah sekian lama menimpikan perkhemahan saperti ini.

16.1.11

SELAMAT BERSARA BUAT TEMAN SEPERJUANGAN

Pada 4hb.Jan 2011 ( Selasa) yg lalu tertunailah  hajat kami semua Peg Awam di IPD Hilir Perak untuk mengadakan Jamuan Persaraan dan pertukaran bagi teman teman kami yang bersara dan yang bertukar..majlis Budimu disanjong jasa mu dikenang telah dijayakan dengan sempurnanya dan saya berpuashati dengan kerjasama semua rakan rakan yang sama sama ingin merialisasikan majlis itu agar meriah dan akan dirasai olih mereka yang diraeikan.
Kepada yang bersara saya ingin mengucapkan selamat bersara semoga penghidupan selepas ini akan lebeh memberi makna kepada anda semua.

31.12.10

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010

Selamat tinggal tahun 2010...Perpisahan terjadi kerana adanya pertemuan
 "Ada pertemuan ada perpisahan"
"Bukan perpisahan yg ku  tangisi..namun
"Pertemuan yang ku kesali"...Walau apapun
"Jadikanlah perpisahan ini sebagai sabuah kenangan yang tidak dilupakan"
"Selamat tinggal sayang..Tahun 2010"..segala kenangan pahit manis yangdilalui
"Ku simpan dalam lipatan dairy hati"
"akan ku bawa sahingga kaakhir hayat ni'
"Ku pohon pada mu wahai tuhan ku"
Tabahkahlah hati ku...sabarkanlah jiwa ku"
"Tegohkanlah iman didada ku"
"Sahingga aku menunuju kedistenasi yang pasti"

15.12.10

REKA BENTUK BLOG

Hmm..apalah nak jadi dengan reka bentuk blog ku yg dah hang ne...aku dah tak bolih nak tukarganti tentang rekabentuk blog aku ne...aduhhhh...nak buat camana ye agaknya?..siapalah nak bolih bantu aku ne?..kawan2 kat office dah cuba bantu tapi tak bolih..tulah aku ne suka sangat cuit sana cuit sini..gatal tangan
hmm..rungsing betul lah..nak buat blog baru sayang pulak..hee rasa nak hempok aje komputer ne...nasib ...nasib...

7.12.10

RENUNGAN HIJRAHKU

Sempana maalhijah ini...sejuta perkara tersemat diharsatku untk berhijrah..tapi mampukan aku berhijrah....walauapa pun aku mesti kuatkan tekat untuk berhijrah kearah yg lebeh positif ditahun 1432 m ini..dan ini juga bermakna umurku semakin meningkat...hari bersara samakin hampir ..dan aku masih merenong jauh apakah yg harus ku lakukan salepas aku bersara nanti selain drp meningkatkan lagi amalan ku...dan untuk aku menjejakkan kaki sekali lagi ditanah suci mekah...apakah impian ku ingin membina sabuah taman yg berlanskapkan sayuran sayuarn dan buah buahan berjaya...dan apakah impian ku untuk membina perniagaan keluaraga berjaya?.....entahlah....walauapapun aku masih berdoa agar aku diberi kesihatan yang baik serta cerdas selepas persaraan ku dan dapat melalui semua yang ku harapan dengan lancar....renongan perjalanan kehidupan yg masih jauh dan kabur....

SALAM MAALHIJRAH


Selamat menyambut maalhijrah buat semua teman dan rakan yg menyunjongi ruang blog saya yg tidak saperti ini...Saya berdoa agar perjalanan kehidupan kita semua akan direstui olih tuhan yg maha esa dunia dan diakhirat..dan sama samalah kita semua berhijrah kearah sebagi pendakwa dgn menyajak semua kepada kebaikkan dan kebenaran sp yg di ajar dalam islam dan janganlah kita jadi penghukum dgn menghukum insan yg lain yg kononnya tidak berbuat baik ..kerana kita sendiri belum tahu dimana duduknya disisi allah....semoga ditahun hijrah yg akan datang kita semua dilimpahi ketenangan..kebahagian..dan doa yg dimakbulkan...

26.11.10

MENJAGA PERASAAN ORG PERASAAN SENDIRI TERABAI


Menjaga perasaan org lain memang dituntut dlm Islam malah itulah yg terbaik utk kita semua...tapi ada kalanya kerana terlalu menjaga perasaan org lain perasaan kita sendiri terguris luka...merintih hiba...dan membara dijiwa....dan memendam rasa...kenapa org org yg kita sayang tidak bolih menerima teguran secara terbuka sedangkan mereka bolih meluahkan apa yg dirasa kepada kita tanpa mengira hati dan perasaan kita?...kenapa harus diluahkan apa yg terpendam dibelakang2....menagapa selalu menganggap satiap teguran itu memusnahkan serta menjatuhkan..bukan kah teguran drp org yg terdekat itu adalah satu teguran ikhlas untk penyajaran dan kerana kerana kita sayanglah maka kita buat teguran.....
Menunjukkan penghargaan dan ucapan terima kaseh kepada insan insan yg sentiasa menyayangi serta berbudi kepada kita biarlah semasa org itu masih ada didunia....agar mereka tahu yg mereka itu dihargai...bagi ku menghargai kebaikkan org yg telah tiada hanya akan menjadi satu kenangan indah buat diri kita namum masa tidak akan bolih diputar lagi.....Ada kalanya yg terbuku tidak terluah..banyak cerita dlm kehidupan yg tidak dapat dituliskan dan ada kalanya luka dihati bolih diubatai namum parutnya nampak juga ...begitulah sakitnya sayang bak lauahan rasa "Norhayati Berahim".Banyak yg tersirat dlm yg tersurat ..namum aku tidak bisa melukiskannya...kerana aku bukanlah saorg pelukis dan bukanlah saorg penulis...hanya ku simpan dlm lipatan dairy hati...geludakkan hati bak kochakan air dikali yg tenang.

CATATAN SUKA & DUKA KEHIDUPAN

Dalam kehidupan ini kita sering dikejutkan dengan seribu dugaaan yang acap kali mencabar kesabaran.... sering menerima hinaan..juga cemohan tanpa bertepi...salahkah klu kita ingin menekmati keindahan alam semula jadi dan kurniaan tuhan kepada kita sebagai hambanya...benarkah rezeki yg kita cari itu tak berkat...padahal ketidak cukupan apa yg kita dapat adalah kerana memenohi keperluan orang oramg yg kita sayang.....apakah benar org org yang dilempahkan rezeki melimpah ruah dan murah olih tuhan itu org yg benar benar hebat disisi mata insan dan disisi tuhan....kurangkah pengorbanan yg dicurahkan utk org yg disayangi walaupun tanpa ucapan terima kaseh dan pengertian ianya tetap dilakukan?....salahkah jika kita melayani hobi yg kita minati dan salahkah jika kita merealisasikan angan angan yg bolih jadi kenyataan....apakah benar kita tidak tergolong dlm org yg beriman dan apakah benar segala ibadat kita tidak dinalai olih tuhan ?....kata kata sp ini sering menghantui telinga bila diucapkan olih org yg menanggap dirinya penuh dengan keredaan tuhan kerana amalanya.....siapakah aku disisimu wahai tuhan ku dan siapa aku disisi mu wahai org org yg ku sayang?...siapa?....

16.11.10

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA 2010

Hidup ini bagai sebuah pelayaran..ada masanya kita singah dipelabuhan yg indah ada kalanya pula kita singah dipelabuhan yg mengecawakan..begitulah penghidupan kita..ada masanya suka...ada duka..kecawa...berjaya dan ada keyikanya kita perlu melakukan pengorbanan demi kejayaan...dan demi semua insan insan yg kita sayangi...walauapapun bukan semua pengorbanan itu diakhiri dengan kejayaan...atau kebahagian...namun satiap kejayaan yg kita perolihi mesti perlukan pengorbanan...pengorbanan saorang ibu buat kehidupan anak anaknya...pengorbanan isteri buat kejayaan suami..dan berbagai bagai lagi pengorbanan....biarlah pengoraban yg anda buat untuk sesiapapun dilakukan dengan keikhlasan...dan kesabaran agar ianya akan tetap dikenang olih insan insan yg tersayang...SELAMAT HARI RAYA ADILAHA...semoga segala yg kita korbankan akan direstui olih allah...aminnn

6.10.10

SOAL HATI

Tiba tiba terkenang kisah saorg insan yg sering mengharapkan "ada org yg menyayanginya sebagimana ia menyayangi org lain"....katanya padaku...Aku ni sampai mati pun tak akan merasa ada insan lain yg benar2 menyayanginya...sahingga sanggup buat apa aje demi membuktikan kaseh sayangnya pada ku atau membuktikan kata kata sayangnya seiring dengan perbuatannya yg dilakukan padaku".....aduhhhh kesiannya...katanya lagi selama ini pun mereka yg menyayangi dirinya kerana apa yg ada padanya serta dia bolih membawa keuntungan pada org yg menyayanginya....."Kau terpegun melihat wajahku yang riang selalu...tapi dalam ketawa hatiku terluka"....walauapapun hanya doaku mengiringinya selalu semoga apa yg diharapkan akan ujud dalam alam kenyataan kehidupanya...dan kataku "kedua ibubapamu tetap menyayangimu dan menerima mu dalam apa jua kaedaan....percayalahhhh...dan aku percaya "kau akan dikenang olih mereka mereka satelah diri mu tidak ujud lagi dikalangan mereka......Tuhan tetap bersama dan tetap menalai apa yg kamu lakukan dengan keikhlasan....percayalahhh.....

27.9.10

NALAI CINTAMU......

Pernah ku fikirkan tanpa cinta...tak mengapa?....tapi sebenarnya CINTA juga memainkan peranaan penting dalam kehidupan...Hidup tanpa Cinta ibarat pokok usang yg tidak menghasilkan apa2 buat untuk kehidupan disekelilinginya...Cinta..pengertiannya amat luas...cinta pada tuhan yg maha esa...cinta pada negara dan bangsa...cinta pada insan2 disekeliling kita...dan cinta pada keluaraga...begitulah juga rasa Bapa ku mencintai seluruh ahli keluaraganya....memang terbukti bagi ku ku Bapaku saorang yang mengutamakan cinta pada kami anak anaknya...kerana cinta juga dia tidak mahu kami adik beradik begadong berebut harta jika sekiranya dia telah tiada...dan pada Sabtu lalu dia telah memanggil aku dan adik adik ..untuk ditunjukkan bahagian tanah tanah yg telahpun dibahagikan nama dan dia akan membahagikan lagi tanah tanah yg masih diatas namanya kepada kami sebagi tambahan..kerana katanya dia sudah tidak mahu nama tanah2 itu atas namanya...aduh...terkedu..sayu...dan berbagai rasa ada dihatiku...itulah pengorbananan saorg bapa yg sentiasa memikirkan apa yg patut ditinggalkan utk anak2nya satelah pemergiannya nanti...tapi adakah anak2 memikirkan apakah sumbangan dan balasan terhadap kedua ibu bapanya satelah mereka tiada didunia nanti dan apakah bekalan yg harus diberikan kepada utk makanan diakhirat...?Fikirkan wahai adik2 ku...bertapa besarnya pengorbanan saorg bapa mencorakkan kebahagian..kesejahteraan ..kejayaan agar anak2nya berjaya dunia dan akhirat.....semoga kita semua menghargai pengorbanannya dan menjaga harta2 yg ditinggalkan kepada kita mengikut lunas keimanan kepada tuhan....

6.9.10

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF LAHIR BATIN

Sempena menyambut hari baik bulan baik ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf lahir batin kepada semua insan insan yang sering berurusan dengan saya..mungkin sepanjang kita berurusan saya ada terkasar bahasa terlanjut cara serta terluah rasa yang tidak senyaja...sabagai saorg insan biasa sudah tentu saya banyak melakukan kesalahan serta kesilapan...dan saya berdoa agar kita semua dapat menyambut lagi hari raya ditahun tahun yg akan datang...semoga tuhan memanjang umur kita semua..namun tahun ini sejuta rasa ada berlegar difikiran saya...sedeh...kecawa..takut dan bertapa masa begitu cepat mengubah segalanya...walau apapun kita harus bersyukur kepada ilahi dengan apa yang ada pada kita sekarang dan saya mengharapkan agar negara kita terus aman..makmor selamanya...amin...