pelangi petang
HANYA AKU YANG TAHU SIAPA AKU
15.9.14
29.4.14
TUGAS SEMASA LATIHAN MENEMBAK PELESEN 2014 YANG TERAKHIR SEBELOM BERSARA
Sejak bertugas Di IPD Hilir Perak saya telah melibatkan diri disetiap aktiviti terutamanya untuk aktiviti latihan menembak pelesen. Mula memegang tugas sebagai Urusetia aktiviti ini dari tahun 1990 sahinggalah sekarang ini dan tahun ini pada 29 dan 30/4/2014 merupakan tahun terakhir saya melibatkan diri dalam aktiviti ini sebelom bersara wajib pada Des 2014 ini.
Semuanaya akan tinggal kenangan.
28.4.14
HADZIRNYA CUCU KESAYANGAN
masa begitu pantas..tanpa ku sedari kini aku telah pun bergelar nenek kepada lima teruna yang comel comel..kehadzirannya membuat hidup ini lagi berseri semoga allah memanjangkan usia ku dan semoga allah sentiasa memberi rahmat dalam kehidupan ini dengan ketakwaan..kebahagian dan kesihatan...aminnn
PUISI KENANGAN TERINDAH SEMASA BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN
suatu masa yang tak akan pernah tenggelam
sebuah cerita yang tak tertelan oleh waktu
Sepenggal kenangan yang selalu terukir
Kenangan indah antara Aku dan kalian
Aku bahagia bisa mengenal kalian
Aku juga bahagia pernah hadir sebagai teman kalian
mengukir kisah demi kisah
yang tersusun dalam kenangan indah
kini, biarkanlah segala kisah silam itu....
menjadi dairi dalam kehidupan ku ..
satelah aku tiada disisi kalian...
Terima kaseh rakan....
26.4.14
Jasamu dikenang nama diberi
Buat merai teman bestari
Anda sahabat yang kami kasihi
Jasa anda amat dihargai
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
24.4.14
22.4.14
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
9.11.13
“Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum. Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” kata Abdullah Abdul Karim, 74, menantu kepada Maheran Jaafar. Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.
“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid. “Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” kata Abdullah. Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.
“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.
Untuk renongan kita bersama
“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid. “Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” kata Abdullah. Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.
“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.
Untuk renongan kita bersama
26.6.13
KENANGAN BERSAMA PEGAWAI AWAM IPD HILIR PERAK SEMASA MESYUARAT AGUNG PACSU DIIPOH PADA 25/6/2013
Kenangan semasa bersama sama pegawai awam IPD Hilir Perak semasa menghadziri mesyuarat agung Pacsu di Dewan Pengkalan Udara Ipoh Perak pada 25/6/2013 yang lalu.Syabas dan tahniah buat semua Pegawai Awam IPD Hilir perak yang sentiasa mempamerkan rasa setia kawan dan bersatu. Semoga sikap sebegini akan terus berpanjangan selamanya" BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH'.
20.6.13
KENANGAN SEMASA FAMILY DAY PENGURUSAN 2013 DITELUK BATIK
Kenangan semasa family day Pengurusan 2013 di Teluk Batik, manjong...besama rakan rakan diPengurusan
Dengan rakan rakan wanita..isteri dan angguta warga Pengurusan semasa Family Day 2013
KENANGAN BERSAMA SEMASA TAHUN BARU CINA 2013
Kenangan bersama sama rakan rakan sekerja semasa sambutan Tahun Baru Cina 2013 dipekarangan IPD Hilir Perak .Kenangan bersama anda semua akan saya abadikan dalam album hati saya dan saya akan merindui anda semua setelah saya bersara nanti...
Bersama sama Sarah Aziz ,Hawadan farah staf Pengurusan digerai Laksa ching ho...lakuuu...hmmm seronok
Bersama sama Sarah Aziz ,Hawadan farah staf Pengurusan digerai Laksa ching ho...lakuuu...hmmm seronok
1.1.13
01/01/2013 - HARI LAHIR KE58TH
01/01/2013 - Genaplah umurku menjangkau ke 58 th...Syukur aku kepada mu ya allah kerana masih memberi kesempatan untuk aku bernafas dimuka bumi mu ini..Akan ku gunakan masa yang ada ini bagi menambah bekalan untuk aku menghadapi mu ya ilahi.Bagilah pada aku ya allah..keberkatan..keimanan..ketakwaan.keikhlasan...dan berilah kerahmatan keoada aku semoga aku akan menjadi orang yang lebih baik daripada sekarang.
Terima Kasih juga buat rakan rakan dipejabat yang membuat kejutan hari lahir sehari sebelum menjelang hari lahirku...Walaupun begitu ringkas tapi ianya bermakna buat diri ini sahingga aku merasa terharu atas ingatan mersa dan kasih sayang anda semua.
Kan ku jadiakan ianya satu kenangan indah satelah aku bersara nanti dan kenangan sebegini amat sukar untuk ku lupakan.
Langgan:
Catatan (Atom)