21.8.09

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK

Selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak semoga ramadan tahun ini adalah yang terbaik dan semoga allah panjangkan umur untuk ramadan yg akan datang.Penuhilah ramadan dengan amal,solat terawih, bersedekah, membaca alquran dan memohon keampunan serta tidak lupa untuk kedua ibu bapa kita...itulah azamku pada Ramadan tahun ini...Tanpa ku sedari tahun berlalu begitu laju..dan masa amat bermakna buat kita semua kerana esok belum tentu dapat menjanjikan apa apa kepada kita..... nampaknya tahun ini aku tertinggal lagi untuk sama sama berpuasa di Mekah Mukaromah..kerana my hubby pergi berumrah serta berpuasa di Mekah dan Madinan tanpa membawa ku bersama... sayang sekali ......Jarang sekali aku di ajak serta ditaja sepenuhnya olih my hubby untuk pergi kemana mana olihnya...Kalau aku nak pergi bolih....tapi sendiri mau keluar duitlahhh......"APAKAH KEHADZIRANKU SELAMA 33 TH TIDAK MEMBERI APA APA MAKNA BUATNYA?..... Sedeh juga....biarpun aku redha apapun yang ku lalui.."Lupakanlah dan Selamat berpuasa buat semua...dari saya....

14.8.09

INGIN MENCARI KETENANGAN

Sejak akhir akhir ini bermacam macam kejadian melanda negara..H1N1 begitu membimbangkan semua insan dibumi Malaysia ni..termasuklah aku..kadang kadang aku terfikir mungkin bala menimpa kita semua kerana kita kurang bersyukur dan sujud kepada allah yang maha esa...Kehilangan insan insan yang kita kenali dengan begitu mendadak juga membantutkan fikiran..Yasmin Ahmad...Ustat Asri ...dan juga Param..membuat aku berfikir mungkinkah aku akan kehilangan insan insan yang aku sayangi dengan begitu medadak atau aku sendiri akan hilang dengan cara mendadak...entahlah hanya tuhan yang lebeh mengerti....walauapapun aku tetap berdoa agar tuhan memberi aku umur yang panjang dan dapat aku menafaatkan usia ku dengan kebaikan dunia dan mencari bekalan diakhirat...hidupni perjuanagan sesaolah kita menerajui pelayaran dilauatan dan ada kalanya dipukul gelombang....itulah yang terselet dihati kecilku.....

12.8.09

MENCARI HIBURAN HATI DISAAT KESUNYIAN


P - anda saorang yang mudah berkawan serta mudah memahami org lain
A - Ada masanya anda bolih menjadi saorg yang terlalu pendiam jika ada sesuatu dalam fikiran anda
W -ada kalanya anda suka menyendiri
I - anda mudahsenyum dan bolih membuat org lain tersenyum
T - anda mempunyai fikitan terbuka dan bersikap canggih....
haahaahaaa itulah tafsiran makna disetiap huruf yang aku baca di intenet..saja seronok seronok adakalanya menepati juga keperibadian sesaorang tuu..walauapapun kita kena berfikiran positif semua ini hanya sebagai garis panduan aja.......SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA.... dan ingatlah gunakan bulan ramadan ini untuk kita menyejar seberapa banyak amalan ibadat yang bolih kita lakukan dan kita tidak pasti masih adakah kita ujud dibumi ini pada ramadan akan datang......sedeh huahuahua......
JIKA MASA BOLIH KU PUTAR KEMBALI..... teringat bulan puasa semasa aku remeja bersama kedua orang tua dan adik beradik ku...seronok sekali walaupun pada masa itu kami belum lagi diperkenalkan dengan berbagai kemudahan kehidupan saperti yang ada sekarang....

11.8.09

ERTI KASEH SAYANG

Lama tameluahkan isihati diblog ni...walaubagaimanapun aku hari hari sentiasa mengikuti kisah kisah orang lain diblog ni..Hari ini aku ingin berkongsi rasa tentang satu cerita dari saorang rakan tentang makna kaseh Sayang..Rakan tu bertanya saya perlukan kaseh sayang itu diucapkan terutama kaseh sayang dari saorang suami kepada isterinya.? soalan cepumas ni susah nak jawap kataku...Tapi bagi pendapat ku...adakalanya ianya perlu diluahkan dengan kata kata dan selebehnya diluahkan dengan perbuatan...Hmmm rakan ku menjawap..lepas tu dia berkata dengan mata yang agak berkaca kaca...tapi sejak aku kahwin suami aku tak pernah nak ucap kata kata keramat tu..sedeh tau perubatan pun tidak menyakinkan yang dia tu sayang kat aku..katanya lagi.. kau tau..... dia menyambong lagi cerita lagi "bila aku tanya katanya dia tak pandai nak tunjukan rasa kaseh sayang tu pada aku..tapi sebetulnya dia sayang aku"..boleh percaya ke?..sambil mengelengkan gelengkan kepalanya dia meneruskan ceritanya lagi.".kalau dengan anak cucu atau dengan keluarganya yang dia sayang bolihpun dia melahirkan rasa sayangnya walaupun tak dengan kata kata tapi perbuatanya pun pun orang bolih menbalai yang dia sayangkan mereka..aku ni tak pernah dia tanya ada duitke ?..tak sihat ke?laparke ?..dia macam tak kisah ...dan dia macam meanggap aku ni bolih mengurus diri sendiri satiap masa tanpa dia...."kadang kadang tu aku cakap dengan dia aku tabolih buat...tapi dia kata kalau hendak beribu daya..jadi terpaksalah aku buat sesautu tu sampai bolih? ..aku ni takut dan geli sangat dengan tikus tapi bolih dia buat deee aja bila aku melompat sekuat hati bila ternampak tikus...siap dia kata aku mengada gada..."aku biarkan saja rakan ku tu meluahkan emosinya...hanya diam mendengar...tapi lama lama dia meraung menangis sambil berkata"aku nak tanya kauni apa ertinya kaseh sayang sabenarnya dalam hidup ni hah?"agaknya sampai akhir hayat aku tidak akan mendapat dakapan kaseh sayang yang sebanr dari suamiku.." terkedu aku mendengar pertanyaan nya..dan tanpa ku sedari aku juga turut mengalirkan air mata sambil mendakap rakan ku tu..namun tiada jawapan yang keluar dari mutu ku..entahlah sukar untuk aku sendiri memberi jawapan kepadanya sebab aku sendiri pun tak tahu apa ertinya kaseh sayang sebenar dari saorang suami yang kedekut untuk mempamerkan rasa kaseh sayang samada dari ungkapan kata kata maupun dari perbuatannya...." entahlah itulah jwapanku padanya...kesiankan rakanku ku itu dan aku juga kesian dengan diriku..