30.9.09

Selamat Bersara- buat rakan seperjuangan

Jam 11.00pagi tadi tiba tiba Hj Puazil (rakan sekerja) yang telah lama tidak mahu bercakap denganku kerana apa aku pun tak tahu ..mungkin ada tindakkan atas penyeliaanku terhadapnya yang kurang disenanginya...tapi tapalah..bagi ku kawan ..tetap kawan dan tugas tetap tugas...Dia minta maaf kerana hari ini adalah hari terakhirnya berkerja sebagai penjawat awam dijabatan kami....dibahagian pengurusan tak ingat yang hari ini adalah hari terakhirnya berkerja...dia bercuti dan terus bersara...maka petang tadi kami buatlah upacara yg simpel sekali untuknya dengan beramai ramai menyaksikan dia punchcard untuk kali terakhir dan ada jamuan sadikit untuknya..tanpa ada hadiah untuknya...sedeh juga sebab dah 36 th dia bertugas....walau apapun aku terpaksa menyembunyikan rasa bersalah kerana kurang perhatin terhadap anakbuah yang ada dibawah penyeliaanku.....tapi takpalah aku akan membuat majlis yang agak bermakna nanti untuknya dan untuk saorang lagi staff yang telah bersara tanpa bersua muka dengan kami semua dihari akhir tugasnya.....Sedeh..juga rasanya..patutnya hari terakhir inilah yang benar benar bermakna serta meninggalkan kesan dihati mereka yang bersara jika dibuat majlis......Semoga mereka meraka ini akan lebeh berjaya dihari hari yang mendatang ..itulah doaku buatnya.

28.9.09

Hilang Mood Kerja

Hari ni aku dah mula bertugas satelah saminggu bercuti untuk menyambut Hari Raya..tapi malangnya hari ni aku tak ada mood untuk kerja..nak buka komputer pun malas..alangkah bagusnya kalau cuti am untuk hari raya ni sabulan...hahaaa..karut betul..Cuti lama pun boring..entah mengapalah Raya tahun ini betul betul tidak menyeronokkan...rasa kecawa pun ada..tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku kecawakan?ngapa ya?....entahlah .....mengapa?....tiada jawapan yang pasti...mungkin juga usiaku yang telah menjelang senja ini tidak dapat menghayati kemeriahan hari raya kot...Walau apapun aku tetap berdoa agar aku dapat menekmati serta melalui lagi ragam raya ditahun akan datang...kerana banyak lagi perjuanagan yang belum selesai....Amin.

22.9.09

Mohon Maaf Raya Ikut Adat Jawa

Aku masih ingat lagi ketika anak sulong ku berumur 4 tahun dia sering menunggu ditepi orang yang sedang bersalaman ketika hari raya dikampong ku...lepas tu dia tanya apa yang diaorang tu cakap panjang sangat dah tu tuduk pula tu?....aku pun menerangkan kepadanya itulah cara orang jawa memohon maaf ketika bersalam waktu hari raya...dia mohon maaf dalam bahasa jawa yang panjang..setengahnya aku pun tak tahu...heehee...sb aku ni dah jawa murtad..banyak bahasa dan adat adat jawa yang aku tak tahu.....akan pupuskah adat adat jawa lama ini disatu masa nanti..itulah persoalan yang terlekat difikiranku.

20.9.09

Sesuci Ros puteh

Saya suka dengan bunga Ros puteh ni...Ia melambangkan kesucian dan keikhlasan ..berseh tapi masih dapat menawan satiap insan yang melihatnya... Puteh Hijau warana kegmaran ku..begitu juga dengan mu wahai ros puteh.. hati ni agak tersentuh di pagi raya yang shyadu..redup dan tiada angin bertiup begitulah yang terjadi di tempat tu dipagi raya..Apakah tandanya..namum aku rasakan raya tahun ini disambuat dengan kesederhanaan olih satiap insan namum masih terasa kemeriahannya...mungkin kerana kaedaan ekonomi negara yang kurang menentu ketika ini..Tapi walauapa pun bagi ku kesederhaaan adalah yang terbaik walau dalam apapun yang kita lakukan.

18.9.09

Selamat Hari Raya Maaf Lahir dan Batin

Lama tak berkunjung kelaman blog ni...tak sempat agak sibuk dan kurang sihat semasa bulan Ramadan ni.... sayang tahun ini saya tak dapat nak memenuhi satiap malam dengan ibadat kena sering keletehan...Aku bermohon kepada tuhan agar dapat meberi keampunan kepada ku...dan aku berdoa agar aku dapat berjumpa Ramadan tahun depan.... Dikesempatan ini aku memohon keampunan kepada semua insan insan yang mengenali diri ini dan aku mengucapkan Selamat Hari Raya semoga tuhan sentiasa memberkati kehidupan anda semua.

5.9.09

Kerusi yang setia memantiku untuk berbuka

Kerusi inilah yang sentiasa setia menanti dan menjadi teman diri ini sewaktu berbuka puasa saorang diri...Aku kerap berbuka puasa saorang diri tapi aku dah lali...adakalanya berbuka sendiri itu lebeh memberi ketenagan pada diriku..kerana my hubby sering me3mbiarkan aku berbuka sendirian... dah nasib badan nak buat macamana... kasian aku..hmmm.

Membahagi - bahagikan bubur lambuk

Dah siap masak bubur lambuk tiba masa untuk dibahagi bahagikan kepada semua penghuni berek Polis IPD h/Perak yang berhajat...Penat tapi seronok dan terasa kepuasan.

Majlis berbuka puasa Bahagian Pengurusan IPD Hilir Perak

Semangat bersatu Bahg Pengurusan IPD H/Perak sentiasa berkerja bersama sama untuk menjayakan majlis berbuka puasa..gotongroyong buat bubur lambok..hmm sedappp tapi tawar..hahahaaa..

Gotong Royong untuk kenduri menyambuat puasa dipejabat

Satu hari nanti semua ini akan menjadi kenangan dalam hidup ku...Gotong royong sembelih lembu dan kambing untuk menyambut puasa tahun 2009 di pekarangan rumah boss di IPD Hilir Perak..bila aku bersara nanti ianya akan menjadi satu kenangan indah.