27.11.09

KERINAH BUDAK BUDAK

Sayang qayum kat umi dia...suap kek pada umi.hmmm potong kek ye qayummm..........
Kesiannn adam sampai tertidur nak tungguu abang potong kek hari jadi..abang pulak nak tunggu nenek balik kerja baru potong kek..kalau ku tahu aku balik awal hari tuu..

Selamat Hari raya Aidil Adha..27/11/2009

Selamat hari raya Aidil Adha buat semua terutama kepada mereka yang sudi menjengah ke blog saya...agak lama saya tak sentuh blog ni...sibuk dengan tugas dan hal hal peribadi...Semoga semua pengorbanan yang kita lakukan sama ada untuk kerjaya..bangsa..ugama..dan keluaraga akan diberkati olih allah..dan semoga apa yang kita lalui selama ini dapat memberi penyajaran kepada kita untuk lebeh tabah lagi dimasa masa akan datang....dan tidak lupa buat Qayyum...selamat hari lahir ke empat tahun pada 24/11/2009 yang lalu..semoga satu hari nanti anda akan menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara..nenek berharap serta sentiasa berdoa agar nenek dipanjangkan umur dan dapat melihat qayum membesar. Aminnn

6.11.09

Emosi yang bercampur adok

Entah mengapa hari ini emosi aku bercampur aduk tanpa menentu...Rasa tidak puas hati dengan situsi sekeliling begitu membuak buak....Sekarang ni nak tengok TV pun malas ..warta berita pun sekarang ni aku malas nak tengok ...begitu juga dengan surat khabar..jarang nak selak... entah mengapa jadi begitu padahal aku tahu sepatutnya aku mengikuti semua media media ini bagi menambahkan pengetahwanku ...bosan tau tak? dengan berita berita yang tak habis habis pasal pertelingkahan politik dinegara ni...tak habis kondem mengkondem antara satu sama lain.... walaupun aku ni bukan ahli politik dan tidak berminat untuk bergiat dalam politik namum aku sentiasa mengikuti perkembangan politik dari zaman Dr mahadhir sahinggalah sekarang....tapi sekarang ni lebeh kepada menuding jari kesalahan kepada orang lain..sapatutnya walaupun fahaman kita berbeza namum apa salahnya ada kalanya kita duduk bersama berbincang secara kekeluaragaan untuk menambahbaikkan lagi sistem sistem tertentu terutama mengenai masyarakat Melayu Islam...Kita juga sapatutnya berbangasa dengan adanya pembangkang dinegara ini...kerana dengan bangkangannyalah kerajaan dapat meneliti dan mengubah sesautu sesytem yang kurang berkesan kepada lebeh berkesan...pembangkang juga harus berbangga ...Tapi jangan semua perkara yang kerajaan buat tu salah sepatutnya kalau yang dibuat tu betul...kita harus akur ..dan bangkakanglah mana yang tak betul sahingga ada perubahan pembetulan dibuat...membangkang secara sehat lebeh memberi menafaat....bagi saya semua politik dizaman sekaran ni kurang membanggakan.....itu pasal politik
Emosi ditempat kerja pula......rasa tidak puas hati tetap terselit dihati ini dengan cara pentadbiran yang ada ditempat aku bertugas entah dimana silapnya pun aku tak tahu..aku rasakan antara orang orang diatas sendiri kurang bersefahaman antara satu sama lain dan yang menjadi mangsa orang orang dibawah sp aku ni....arahan tak tegas....orang yang suka mengampu dan berpura pura lebah dipercayai daripada orang yang benar benar membuat kerja.....lebeh banyak pegawai yang lepas tangan dan tolak kerja...pembahagian kerja yang tak betul....yang tak kaki lawan banyak sangat kerja...yang pandai hipokrit tak ada kerja tapi depan bos macamlah dia saorang yang sampai tertiarap dihempap tugasan....menyampah aku..... Lagi satu orang yang suka sangat mempertakaikan "itu bukan kerja or tugas saya". Padahal masa didalam semua senarai tugas mereka tu..perkataan yang terakhir berbunyi" Anda dikehendaki menjalankan tugas yang diarah olih pegawai yang lebeh atas daripada anda"......faham ke tidak dia orang ni?...heeee gerammmm betulahhh.....Dia orang tu pun harus ingat takkanlah bos tu nak beri kerja yang diluar kemampuan diaotang atau tugas yang tidak masuk akal.... Wahai rakan rakan ku...berkerja itu pun satu ibadah....Jika anda ikhlas melaksanakan nya aku percaya tuhan akan memberi balasan yang setimpal dengan apa yang kamu buat.....walaupun balasan itu tanpa anda sedari.....percayalahhhh.... tapi mengapa mereka tidak mahu menghayati falasafah yang telah tuhan dah janjikan tuuu..... Kadang kala rasa nak ku goncang aja bangunan pejabat tempat aku bertugas tu..tapi siapalah saya? dan apakan dayaku......
Aku rasa bila pentadbiran tak betul semua akan jadi tidak seimbang...dimana pun samada di sabuah organisasi maupun dalam rumah tangga.....itulah lumrahnya....aku tahu mana ada manusia yang betul betul sempurna....tapi jika kita sama sama menerima kelemahan orang lain dan kita sama sama menerima pendapatan dari semua golongan demi kebaikkan kepentingan perkhidmatan .....aku rasa ianya bolih melahirkan perjalanan pentadbiran yang bagus serta cermelang walaupun ianya tidak dapat memuaskan semua pihak..."itu memang lumah alam"..kita tidak bolih nak puaskan semua orang dan kita juga tidak dapat nak puaskan hati sendiri."...tapi apakan dayaku....harapan ku untuk kearah pentadbiran yang profesional hanya tinggal harapan...hua..huaaa huaaa......sedehhhhhh betulllllll lahhhhh.......

3.11.09

Aksi cucu sulong atok


./.
Cucu sulong atuk tiba aja dalam kapalterbang terus tidur..hmm lena sekali dia.....masa nak naik tak sabar sabar..
hooo bergaya sungguh cucuk atuk yeee....tuah badan kecik kecil lagi dah bawak melancong kesana kesini naik kapal terbang..nenek ni dah kutai ni baru nak rasa naik kapal terbang tauuuuu.....tuah anak sekarang.