17.12.09

RAUP WAJAH YG HAMPIR SERUPA - SERASI JADI ANAK ANAKKU

Wajah yang hampir serupa..macam adik beradik..serasi jadi anak anak
perempuanku....teringat ketika kami bertiga membeli kueh raya
penjual kueh tu kata kami anak beranak....haa ...seronok kalau ada anak
perempuan ..agaknya.....

KENANGAN DIKUALA TRENGGANU - PERSANDINGAN PAKU & SYASYA

Terasa macam kita pulak yang bersanding..heheee..
kata mu hubby..yelah kami dulu tak merasa macam ni hebatnya.....
tuah anak anak zaman sekarang

BERSAMA RAKAN RAKAN KU DARI TELUK INTAN

Rakan rakan sekerjaku yang datang dari Teluk Intan ke Kuala Trengganu dipersandingan Paku & Syasya...Terima kaseh dan jasa anda semua akan kekal dalam ingatanku..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJJRAH 1431


Setelah tenggalamnya Matahari pada petang ini 17/12/2009 maka berlalulah tahun 2009 bersamaan 1430 hijjrah dan apabila terbitnya matahari pada esokhari 18/12/2009 maka bermulalah 1Muharam 1431 tahun baru yang bakal kita semua tempohi..Semalam yang berlalu tinggal kenanagan dan esok yang mendatang adalah harapan yang belum dapat menjanjikan apa apa buat kita.. kita berdoa semoga biarlah esok membawa seribu sinar kejayaan..kebahagian...serta keceriaan..Penghijrahan dari yang tak baik kepada baik dari yang baik kepada yang lebeh baik dari sedeh kepada gembira serta diiringi dengan kesyukuran kepada allah diatas kurniaannya..semoga kita semua akan diberkati didunia dan diakhirat....Aminn....Semoga ada sinar yang membanggakan..(seronok juga tengok Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam pertandingan bola)..

KATA HATI DIMALAM MAAL HIJJRAH 1431

Hati berdetik dan berjanji kepada diri sendiri dimalam awal Muharam ini agak menjadi orang yang baik baik..menebalkan iman didada dan berdoa agar dipanjangkan umur dan menggunakan umur yang dianugerahkan allah itu dipergunakan dengan sebaikbaiknya dipermudahkan untuk mencari rezeki yang halal..tabah serta dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadat...dan seterusnya dapat pula menjejakkan kaki sekali lagi dibumi Mekah dan Madinah..merasai sejuta ketenangan didepan Raudhah dan menginsafi diri yang kerdil dihadapan makam Nabi.....itulah kata hati ini semoga tuhan merestuinya...aminn.

LEKA MENDENGAR UCAPAN BOSS

Leka mendengar ucapan Boss ketika Perhimpunan Bulanan Des 2009.....Rasa rasanya bolih tak menghayati kata kata boss tuuu...?

PERHIMPUNAN BULANAN DESEMBER 2009

Hari ini ada Perhimpunan bulanan yang terakhir untuk tahun 2009 dan saperti selalu Ketua Jabatan ku akan memberi ucapan diperhimpunan ini...Hari ini aku agak tersentoh dengan kata kata ucapan yang disampaikan olih Ketua jabatanku iaitu Tuan Goh Kok Liang saorang yang berbangsa cina yang memberi ucapan "agar semua pekerja datap melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas kerana kerja itu juga satu ibadah..jangan lah membuat kerja saperti melepaskan batuk ditangga dan berkerjalah dengan sesungguhnya semasa anda semua masih diperlukan agar tidak menyesal bila kita telah bersara nanti kerana teringat ketia kita masih berkerja kita tidak melakukan dengan keikhlasan serta kesempunaan.....tabik spreng aku terhadapnya walaupun beliau berbangsa asing namum elemen elemen keagamaan sering dimuatkan dalam satiap ucapannya...terasa malu pun ada...tapi berrapa ramai yang mengambil pot tentang ucapan sinir yang dilemparkan kepada anakbuahnya yang mojiritinya berbangsa Melayu serta berugama Islam.....renong..renongkanlah...aku sendiri masih merenongkan kata katanya dan muasabah diri.

16.12.09

BERSATUNYA DUA HATI ...SEMOGA KEKAL ABADI

Alhamdulillah..satelah lebah kurang 12 tahun mereka berkawan akhirnya kedua dua sejoli ini disatukan dengan ikatan suami isteri....buat anak anak ku ibumu ini tetap mendoakan agar ikatan perkahwinan ini kekal abadi buat selama lamanya....selesailah sudah upacara akadnikah dan persandingan anak lelaki ku dirumah pengantin perempuan pada 4hb dan 5hb.des 2009 yang lalu diKuala Trengganu....hmm...10 jam aku sekeluaraga meredah hujan untuk sampai keKuala trengganu melalui jalan Kuala Lumpur kuantan..kegambang dan diKemaman kami terkandas selama dua jam kerana jalan rosak tidak dapat dilalui....begitulah cubaaanya..olih itu wahai anak anakku hargailah kebahagian serta keharmonian alam rumah tangga yang baru dibina agar kekal sahingga akhir hayat..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..kesabaran..tololensi..kesefahamanan dan hormat menghormati anatara satu sama lain amat penting untuk mengekakalkan sabuah keutuhan dalam alam perkahwinan..Kini aku tengah sibuk untuk mengurusakan persandingan dirumahku pulan pada 17/1/2010 ni....

13.12.09

RINDU SERINDUUUUU NYA....

Terasa lama aku tak buka blog ni...sibuk pasal uruskan pernikahan anak lelaki ku yang kedua dan sejak akhir akhir ni ramai pula jiran jiranku yang membuat kenduri kahwin anak anak mereka bolih dikatakan tiap tiap minggu aku pergi gejubus kenduri..maklumlah adat berjiran sudah menjadi lumrahnya...dan yang paling membuat aku stress line intenet aku ni mengalami problem selalu tak dapat ......kalau dapat pula suami ku yang mengahadap komputer ni mengalahkan saorang programer...bila tengok intenet....terasa rindu...serinduuunya....nantilah bila ada masa lapang aku akan muatkan beberapa kenangan manis sapanjang bulan november dan desember 2009 ini....dan terasa aku semakin tua kerana tahun 2009 akan menghilang dan 2010 akan menjelma bermakna umur ku akan meningkat lagi......semoga tuhan akan memanjangkan umur ku agar aku dapat mengabadikan diri dan menambah segala amalan yang tertunggal dimasa yang lalu....amin...