15.9.14

kenapalah blog saya ni jadi teruk dan semua gambar hilang?..ada sesiapa bolih bantu saya tak

29.4.14

TUGAS SEMASA LATIHAN MENEMBAK PELESEN 2014 YANG TERAKHIR SEBELOM BERSARA

Sejak bertugas Di IPD Hilir Perak saya telah melibatkan diri disetiap aktiviti terutamanya untuk aktiviti latihan menembak pelesen. Mula memegang tugas sebagai Urusetia aktiviti ini dari tahun 1990 sahinggalah sekarang ini dan tahun ini pada 29 dan 30/4/2014 merupakan tahun terakhir saya melibatkan diri dalam aktiviti ini sebelom bersara wajib pada Des 2014 ini. Semuanaya akan tinggal kenangan.

28.4.14

HADZIRNYA CUCU KESAYANGAN

masa begitu pantas..tanpa ku sedari kini aku telah pun bergelar nenek kepada lima teruna yang comel comel..kehadzirannya membuat hidup ini lagi berseri semoga allah memanjangkan usia ku dan semoga allah sentiasa memberi rahmat dalam kehidupan ini dengan ketakwaan..kebahagian dan kesihatan...aminnn

PUISI KENANGAN TERINDAH SEMASA BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN

suatu masa yang tak akan pernah tenggelam sebuah cerita yang tak tertelan oleh waktu Sepenggal kenangan yang selalu terukir Kenangan indah antara Aku dan kalian Aku bahagia bisa mengenal kalian Aku juga bahagia pernah hadir sebagai teman kalian mengukir kisah demi kisah yang tersusun dalam kenangan indah kini, biarkanlah segala kisah silam itu.... menjadi dairi dalam kehidupan ku .. satelah aku tiada disisi kalian... Terima kaseh rakan....

26.4.14

Jasamu dikenang nama diberi Buat merai teman bestari Anda sahabat yang kami kasihi Jasa anda amat dihargai Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan kami tak lupa Sudah terpahat di dalam hati

24.4.14

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan dan dalam Hidup ini tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

22.4.14

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.