13.3.12

TAKZIAH BUAT SAHABAT BAIK KU


Takziah buat sahabatku Puan Khatijah bte Yub atas kematian suaminya pada hari Ahad 11hb.Mac 2012 jam 1.00 tgh di hospital Teluk Intan, Perak semoga arwah suaminya ditempatkan dalam golongan org org yg soleh Al fatihah..Kawan renongilah kata kata ini buat semangat untuk kamu meneruskan kehidupan ini... kematian sesuatu yg pasti..dan "Di sebalik segala duka itu tersimpanlah  hikmah yang bisa kita petik pelajaran..dan di sebalik segala suka duka itu maka tersimpan juga hikmah yang mungkin tidak pernah terlintas difikiran kita hanya dia yang maha esa sahaja mengetahwainya.bersabarlah untuk menghadapainya. Walauapapun  diri ini masih terkilan kerana ketika sahabat ini memerlukan bahu utk ianya bersandar melepaskan kesedihanya diri ini tidak dapat bersamanya ketika itu kerana sesautu sebab yang tidak dapat dielakkan...Apapun diri ini tetap mendoakannya kesejahteraanya dari jauh...Tiada sesiapa  menyangka bahawa perjalanan hidup kita  begini...

7.3.12


Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

6.3.12

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.”dan “Kecantikan yang abadi itu terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”serta“Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.” ~sayang sekali...buat tatapan semua dan renong2kanlah bersama.... Biarkanlah satiap kesalahan kita itu mengalir saperti mengalirnya air sungai itu dan kita bina azam yang baru utk memperbaiki segalanya demi kecermelangan kita...

5.3.12

WAHAI HATI....


Hati itu raja dalam diri manusia
Baik hati baiklah pekerti
Penuh kasih sayang dan simpati
Akhlak yang indah memikat hati
Sesiapa sahaja yang mendekati


Siapalah yang tahu apa dihati ini..
Kerana hati ku hati jua....
Tiada siapa yang akan memahaminya
Kecuali diri sendiri....

3.3.12

ERTI SABUAH PERSAHABATAN






Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

SENYUM ITU PENAWAR


Sambutlah semua orang yang anda temui dengan senyuman mesra.  Biarpun betapa sibuk diri anda, jangan bergegas apabila bertemu dengan rakan-rakan sekerja, keluarga dan kawan-kawan.  Bercakaplah dengan perlahan.  Dengar dengan penuh perhatian.  Aturlah laku seolah-olah setiap perbualan anda adalah perkara terpenting bagi anda hari ini.  Pandang anak dan pasangan anda tepat pada mata apabila mereka bercakap dengan anda.  Usaplah kucing dan belailah anjing.  Limpahkan kasih sayang ke atas setiap benda hidup yang anda temui.  Lihatlah bagaimana lainnya perasaan anda pada penghujung har