3.12.11

TINGGAL KENANGAN

Inilah bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah yang lama terletak di Jln Maharaja lela, Teluk Intan, sayangnya bangunan ini sekarang telah dirubohkan dan tanah tempat bangunan ini telah pun diratakan..tiada lagi kenangan...sayang sekali sapatutnya bangunan diperbaiki semula dan bolih digunkan sebagai pejabat atau mezium yang berkaitan dengan PDRM .Sekurang kurangnya ada kenangan yang bolih diceritakan dan ditunjukan kepada anak cucu bagi mereka yang pernah bertugas ditempat ini.
Sekarang ini Pejabat IPD H/Perak telah berpindah ketempat baru di Jln Kg Bahagia, Teluk Intan. Banyak peristawa manis..pahit...suka dan duka yang telah ditinggalkan dibangunan lama selama saya bertugas dari tahun 1986 sahinggalah jan 2006.Tapi itu semua tinggal dikenangan..sayang sekali hanya gambar yang ada dalam simpanan.

7.11.11

NUN JAUH DISUDUT HATI

Nun jauh disudut hati....
terbentang sabuah hamparan harapan...
yang belum pasti akan kesampaian.....
nun jauh disudut hati......
terhampar sagulong persoalaan...
yang belum pasti ada jawapan....
nun jauh disudut hati.....
sajuta keresahan tanpa penyelesaian...
nun jauh disudut hati.....
terselit secebis kesedihan.....
yang tidak ada kesudahan....
berbagai pengorbanan telah dilakukan...
dalam kehidupan.....namum tiada penghargaan
walau apapun penghidupan perlu diteruskan..
untuk mencari sadetik ketenangan.....buat  diri dan hati sendiri...

13.10.11

SENYUM

Satiap pagi aku  mendengar radio sinar dlm kereta ketika memandu utk pergi kerja..bermacam macam kisah lucu yg ku dengar dari  3 org DJ radio Sinar yg bolih menghiburkan hati ku dan bolih membuat aku selalu tersenyum senyum walau saorg diri..aku tetap happy walaupun hatiku dilanda resah gelisah bila mendengar coleteh dari konti pagi sinar...terima kaseh khril..Kak engku dan Sy. Senyumlah selalu ..kerana senyum juga bolih mengubat jiwa kacau kita dan senyum juga bolih membuat sesaorg itu awet muda..senyum juga adalah ubat penawar kepada kedukaan hati.Siapa tahu jiwa kita parah namum bibir kita tetap mesra dengan senyuman.
Ada kalanya aku rindu utk menulis diblog tapi sejak akhir akhir ini aku agak kesuntukan masa dan buah fikiran maklomlah bebanan tugas dipejabat agak bertambah dan jiwaku sendiri agak berkecamuk memeikirkan berbagai bagai masaalah yg melanda. Ada kalanya aku terfikir mungkinkah aku akan kecundang atau aku akan bangkin utk menentang arus segala permasaalahan ini...entahlah..walauapapun pun aku tetap berpegang dgn perinsip dan kata kata ini "Sesungguhnya bersama kepayahan itu ada kesenagan".."Barang siapa bersunguh-sungguh maka dia akan dapat"..dan "Kalau tak dipecahkan ruyong masakan mendapat sagunya".Semoga aku akan dapat mengatasi segala permasalahan hidup ini dengan seberapa segera yang bolih.

25.8.11

MAJLIS BERBUKA PUASA PENGURUSAN TAHUN 2011

Sejak tahun 2006 yang satiap bulan puasa menjelang bahagian Pengurusan di Pejabat saya akan mengadakan majlis berbuka puasa dan sejak tahun itu jugalah kami telah bersepakat bila majlis berbuka puasa ini diadakan kami akan bergotong royong dalam menyediakan juadah berbuka serta more dan juga lain persiapan.
Tahun ini kami buat majlis berbuka puasa pada 13hb.Ogos 2011 bersamaan hari Khamis.
Menu tahun ini agak berlainan .. kami buat rengkas sahaja iaitu daging masak kerutup, nenas masak pejeri, ikan masin goreng ikan keli bakar cicah air asam dan jantung rebus cicah sambal belacan.
Dari awal pagi lagi kami telah bersama sama dalam penyediaan juadah dan persiapan tempat. Mungkin tahun ini kami lebeh meriah lagi sb segala kemelut dalam pengurusan telah dapat diselesaikan dan kami telah kembali bersatu saperti dulu. 
Semoga suasana saperti ini akan terus berkekalan ..bersatu teguh bercerai roboh..dlm kehidupan ada sudah tentu ada pasang surutnya dan sudah tentu ada gelombang yg beralun..dan tidak disangka pada malam itu kehadziran tetamu memang agak ramai dan juadah yg disediakan cukup2 sahaja tiada lebeh banyak.  terima kseh buat semua.

25.7.11

TAMPA KU SEDARI

tanpa ku sedari selama ini semua pertelingkahan bermula dari diri ku...tanpa ku sedari juga selama ini aku berkawan mencari org yang berkelulusan..tanpa ku sedari selama ini aku sering menengking orang....semuanya tanpa ku sedari selama ini....tapi tahukah mereka selama ini aku ini memang kasar orangnya walaupun nun jauh disudut hati aku punya sejuta perasaan... tahukah insan lain apa yg ada dijiwa ini...tahukah?...huuuuu..kesedihan.....kesabaran.....dan ada kalanya hati ini sangup diperkotakkatikkan demi...itu...demi ini....ohhhhh  tuhannnnnnn.....amat terluka sekali...hati ini..namum aku bisa memaafkan tapi utk melupakan memang amat sukar sekali......biar ku sematkan dalam dairi kehidupan ini dan sepatutnya aku perlu mengalah dalam semua hal kerana aku adalah ibu kepada  kalian..... tapelahhh walaupun sukan tapi aku tetap melangkah dan terus melangkah....

5.7.11

KETANDUSAN IDEA BUAT BLOG KESAYANGAN

Akan ku biarkan sementara waktu blog ini sepi tanpa utusan kata kata hati dari ku...buat masa ini aku masih ketandusan idea dan  satelah bercambah idea dikotak fikiran ini nanti akan ku coretan segala lukisan hati disini buat tatapan mata hati ku sendiri....

12.6.11

MENCARI KELAINAN UNTUK DAPATKAN MOOD KERJA




Sejak akhir akhir ini mood untuk berkerja agak merosot..hilang entah kemana...dan saya berfikir bagaimana nak timbulkan mood balik waktu kerja..tiba tiba saorang rakan memberi idea pada saya agar saya buat susun atur fail supaya menarik....dengan mengunakan gambaran bunga atau pemandangan...saya pun terus buat dan inilah hasilnya....satiap pagi saya akan renong dulu fail fail ini dan saya akan tersenyum puas....
Bagi diri saya apapun yang saya buat adalah untuk kepuasan pada diri sendiri..biarpun  semasa menjalankan tugas seharian....gambar bawah adalah kedudukan asal fail fail dibilik saya yang bila dilihat agak membosankan.....

11.6.11

MENGHIAS PENTAS TAHUN 2011



Hiasan pentas sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina KPD Hilir Perak  tahun 2011

Membuat hiasan pentas sempena Mesyuarat Agung Perkep IPD Hilir Perak tahun 2011

Kenangan Indah semasa menghias pentas bagi majlis budimu disanjung jasamu dikenang sempena pertukaran dan persaraan kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 06/01/2011.

29.5.11

HAPPY HOUR & SELAMAT HARI LAHIR



Selamat bersara buat teman seperjuangan Puan Supiah bte Abd Majid yang akan bersara pilihan sendiri pada 01/07/2011 dan Selamat menyambut Hari lahir buat semua rakan rakan yg menyambut hari lahirnya dari January hingga Mei 2011..semoga anda semua sentiasa diberkati olih allah dalam menjalani kehidupan seharian....amin

MAJLIS PERTUKARAN PEG AWAM 27/05/2011

Perpisahan terjadi kerana adanya pertemuan.. berjumpa dan berpisah adat manusia biasa..sempena dengan pertukaran/persaraan rakan peg awam diIpd Hilir Perak kami telah mengadakan jamuan rengkas untuk mengucapkan selamat berpisah kepada mereka yang terlibat disamping itu juga kami telah  meraikan ulang tahun kelahiran kepada semua rakan rakan yg menyambut hari lahirnya dari jan hingga mei 2011.

28.5.11

KENANGAN SEMALAM YANG SENTIASA DIINGATAN

Family Day Bahgian Pengurusan bergabong tenaga dengan kelab kta IPD H/Perak yang diadakan pada 29hb.Mei 2011 yang lalu di D'Muara Sg Derani Sg Besar,Selangor...biarpun tidak semua staf yang dapat hadzir namun ianya tetap meriah walaupun agak penat..

KEPUASAN JIWA

Lama rasanya saya tidak update blog saya ne...hati rasa dah macam merajuk dengan reka blog yang semak dan berkecamuk tapi dengan azam yang kuat dan berusaha sahingga pada malam ini aku telah berjaya memulihkan kesemakan serta mengubahsuai kembali reka blog ini sahingga semangat jiwa ini terpujuk untuk terus menulis diblog ini..benar kata pepatah usaha itu tangga kejayaan dan hanya dengan berharap tanpa usaha adalah perkerjaan yang sia - sia  dan kepuasan jiwa kerana mencari pengetahwan itulah kepuasan yang sejati....yesssss !!!!

7.4.11

BENGKEL PEG AWAM IPD HILIR PERAK SIRI 01/2011


>
Pada 6hb.April 2011 berjaya juga aku melialisasikan impian utk mengadakan bengkel bagi semua Peg Awam yg baru di IPD H/Perak.Tujuan bengkel ini utk memberi lebeh kefahaman kepada mereka tentang tugasan yg harus mereka laksanakan dalam perkhidmatan dan utk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka dimasa akan datang.
Terima kaseh buat semua yang terlibat utk sama sama menjayakan program ini.Buat Fatimah saya sunguh2 kagum dgn semangatnya yg sentiasa memberi komitmen dlm apa juga program yg dipertanggongjawabkan kepadanya utk dilaksanakan walaupun dlm sarat mengandong...terima kseh...kenangan bertugas bersama kalian amat sukar utk dilupakan dlm lipatan sejarah kerjaya saya.

2.2.11

ADUHAI...TERUJA NAK BUAT PERKEMAHAN DIKEBUN

Sempena Cuti hari Raya cina ne..kami sekeluaraga akan membuat perkemehan di kebun Sg Manila H/Melintang,Perak.Semua anak anak,menantu dan cucu akan diajak sekali olih suamiku..orang yang paling sibok menyediakan perkhemahan ini adalah suamiku.Dia begitu teruja sekali untuk merialisasikan impan nya berkemah di kebun tu sejak dua bulan yang lalu.
Sejak minggu lepas dia buat persiapan dengan membeli ayam..ikan dan berbagai peralatan yang perlu dibawa..mungkin dengan cara begitu suamiku ingin menerangkan dengan anak anaknya bertapa dia telah bersusahpayah untuk menyediakan bekalan dihari tua buat mereka dengan membeli serta membuat kebun dan kebun kebun inilah yang akan diserahkan kepada mereka buat bekalan didunia daripadanya.  Begitulah sayang saorg ayah kepada anak anak...aku menghargainya dan aku berharap agar perkhemahan ini akan berjalan lancar serta dapat memuaskan hati semua terutama hati suamiku yang telah sekian lama menimpikan perkhemahan saperti ini.

16.1.11

SELAMAT BERSARA BUAT TEMAN SEPERJUANGAN

Pada 4hb.Jan 2011 ( Selasa) yg lalu tertunailah  hajat kami semua Peg Awam di IPD Hilir Perak untuk mengadakan Jamuan Persaraan dan pertukaran bagi teman teman kami yang bersara dan yang bertukar..majlis Budimu disanjong jasa mu dikenang telah dijayakan dengan sempurnanya dan saya berpuashati dengan kerjasama semua rakan rakan yang sama sama ingin merialisasikan majlis itu agar meriah dan akan dirasai olih mereka yang diraeikan.
Kepada yang bersara saya ingin mengucapkan selamat bersara semoga penghidupan selepas ini akan lebeh memberi makna kepada anda semua.