29.8.10

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK ANAK DAN CUCU

Rasa seronok bila berbuka puasa bersama anak anak,menantu dan cucu...makanan pun penoh kat meja sampai tak cukup ruang...beginilah seronoknya hati orang2 tua bila anak anak balik berbuka puasa bersama samanya...tapi zaman sekarang ni dengan kesibukan masa berkerja anak anak dan emak bapak maka upacara berbuka bersama sama ini hanya dapat dilaksanakan sesekali sahaja disepanjang bulan ramadan ini..walau apapun kita harus bersyukur sesibok mana pun anak anak ini berkerja namum masa ada ruang yang diperuntukkan untuk berbuka bersama sama...terima kaseh semua buat anak,menantu dan cucuku...semua ianya akan berkekalan sebegini...

23.8.10

RAMADAN YANG MENGAMIT SEJUTA KENANGAN

ramadan menjelang lagi...syukur kehadrat tuhan yang maha esa kerana aku diberi kesempatan untuk menempoh ramadan sekali lagi ditahun ini...dan dipanjang usia..satiap ramadan menjelang pasti aku terkenang dimasa masa lampau terutama dizaman kanak kanak ku..sambutan menjelang ramadan dikampung amat indah buat ku...budaya kunjong menyunjong dan juga aku tetap teringat..dimana satiap petang aku akan menunggu penjual air batu ketul yang dibalut dengan habuk ketaman papan. Sipenjual akan melaungkan air batuuuuu...air batuuu dengan basikalnya...mereka berlumba2 menjual air batuuntuk mencari duit lebeh buat belanja hari raya dan persekolahan yang akan dibuka selepas hari raya nanti...dan sudah tentunya aku teringat kembali suasana malam 7 likor..seluruh kampong ku akanbermandikan chachaya lampu buatan sendiri...dan satiap peteng tugasku mengisi minyak gas kedalam lampu2 ini dan memasangnya selepas berbuka...ohhh indah sungoh waktu itu..dan pada masa inilah kami akan bertemu dengan rakan sebaya serta sempat mencuri masa untuk bermain..malangnya suasana saperti itu tidak akan kembali kedunia hidup ku ini... rakanrakan ku entah kemana hilangnya ada setengannya yg telah berpindah kebandar dan ada yang telah meninggal dunia....jika masa bolih berputar kembali ingin ku lalui sekali lagi masa itu...dimana aku pada masa itu tidak mengenal masaalah...dan kehidupan yg penuh dengan cabaran ini...sayang sekali tidak ada 2 kali masa yg sama dlm hidup kita