25.8.11

MAJLIS BERBUKA PUASA PENGURUSAN TAHUN 2011

Sejak tahun 2006 yang satiap bulan puasa menjelang bahagian Pengurusan di Pejabat saya akan mengadakan majlis berbuka puasa dan sejak tahun itu jugalah kami telah bersepakat bila majlis berbuka puasa ini diadakan kami akan bergotong royong dalam menyediakan juadah berbuka serta more dan juga lain persiapan.
Tahun ini kami buat majlis berbuka puasa pada 13hb.Ogos 2011 bersamaan hari Khamis.
Menu tahun ini agak berlainan .. kami buat rengkas sahaja iaitu daging masak kerutup, nenas masak pejeri, ikan masin goreng ikan keli bakar cicah air asam dan jantung rebus cicah sambal belacan.
Dari awal pagi lagi kami telah bersama sama dalam penyediaan juadah dan persiapan tempat. Mungkin tahun ini kami lebeh meriah lagi sb segala kemelut dalam pengurusan telah dapat diselesaikan dan kami telah kembali bersatu saperti dulu. 
Semoga suasana saperti ini akan terus berkekalan ..bersatu teguh bercerai roboh..dlm kehidupan ada sudah tentu ada pasang surutnya dan sudah tentu ada gelombang yg beralun..dan tidak disangka pada malam itu kehadziran tetamu memang agak ramai dan juadah yg disediakan cukup2 sahaja tiada lebeh banyak.  terima kseh buat semua.