9.11.13

“Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum. Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” kata Abdullah Abdul Karim, 74, menantu kepada Maheran Jaafar. Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur. 

“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid. “Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” kata Abdullah. Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah. 

“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.

Untuk renongan kita bersama

26.6.13

KENANGAN BERSAMA PEGAWAI AWAM IPD HILIR PERAK SEMASA MESYUARAT AGUNG PACSU DIIPOH PADA 25/6/2013

Kenangan semasa bersama sama pegawai awam IPD Hilir Perak semasa menghadziri mesyuarat agung Pacsu di Dewan Pengkalan Udara Ipoh Perak pada 25/6/2013 yang lalu.Syabas dan tahniah buat semua Pegawai Awam IPD Hilir perak yang sentiasa mempamerkan rasa setia kawan dan bersatu. Semoga sikap sebegini akan terus berpanjangan selamanya" BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH'.

20.6.13

KENANGAN SEMASA FAMILY DAY PENGURUSAN 2013 DITELUK BATIK

Kenangan semasa family day Pengurusan 2013 di Teluk Batik, manjong...besama rakan rakan diPengurusan
Dengan rakan rakan wanita..isteri dan angguta warga Pengurusan semasa Family Day 2013

KENANGAN BERSAMA SEMASA TAHUN BARU CINA 2013

Kenangan bersama sama rakan rakan sekerja semasa sambutan Tahun Baru Cina 2013 dipekarangan IPD Hilir Perak .Kenangan bersama anda semua akan  saya abadikan dalam album hati saya dan saya akan merindui anda semua setelah saya bersara nanti...

Bersama sama Sarah Aziz ,Hawadan farah staf Pengurusan digerai Laksa ching ho...lakuuu...hmmm seronok

1.1.13

01/01/2013 - HARI LAHIR KE58TH

01/01/2013 - Genaplah umurku menjangkau ke 58 th...Syukur aku kepada mu ya allah kerana masih memberi kesempatan untuk aku bernafas dimuka bumi mu ini..Akan ku gunakan masa yang ada ini bagi menambah bekalan untuk aku menghadapi mu ya ilahi.Bagilah pada aku  ya allah..keberkatan..keimanan..ketakwaan.keikhlasan...dan berilah kerahmatan keoada aku semoga aku akan menjadi orang yang lebih baik daripada sekarang.
Terima Kasih juga buat rakan rakan dipejabat yang membuat kejutan hari lahir sehari sebelum menjelang hari lahirku...Walaupun begitu ringkas tapi ianya bermakna buat diri ini sahingga aku merasa terharu atas ingatan mersa dan kasih sayang anda semua.
Kan ku jadiakan ianya satu kenangan indah satelah aku bersara nanti dan kenangan sebegini amat sukar untuk ku lupakan.