27.12.08

MENCARI UBAT FATBENER

Hari ini Sabtu 27.12.2008 aku dan suami pergi kekenduri kahwin kawannya di Bagan Serai. Telanjur tu suami terus meluncur laju ke Bukit Mertajam untuk mencari ubat fatbener untuk diri ku...puas pusing pusing dah 2 jam tapi tak jumpa ...lastnya cari Pejabat Pos minta tunjuk arah daripada Posman....Dapat jumpa Taman Perindustrian Usahajaya Lorong binajaya no 11A...tapi malangnya dah tidak beroperasi.....Punyalah kami tadi berpusing pusing dari lorong kelorong tiba jumpa tempatnya dan tutup...aku betul betul kecawalah.....nasibku ada penyakit yang sampai berminggu minggu tak boleh buang air besar,,,, hanya ubat ini yang rasi..tapi malangnya kini telah tiada dipasaran...balik tu pusing pusing Taiping tapi tak ada.....nak buat camneee.....tanggunglahhh.

23.12.08

RENUNGAN DIAKHIR TAHUN 2008

Renungilah bertapa indah dan tenangnya puncak gunung Kinabalu...begitulah yang ku harapkan kehidupan ku ditahun tahun yang mendatang.....Pagi itu aku dan PAKU berkejar ke temapat kerjanya untuk menrakam keindahan puncak gunong kinabalu Sabah...tapi sayang agak terlambat...Hanya ini saja yang dapat dirakam...adakalanya ku rasakan puncak kinabalu mengamit hati ku dikala rindu bak puisi ini....
Dikala rinduku kepadamu....
ku sebut namamu dalam doaku.....
kugambarkan keagonganmu diotakku..
kusatukan hajat dihatiku........
Agar kau melimpahkan kurniamu....
kepadaku.............oh tuhan ku.....
restuilah kehidupanku...........

KENANGILAH HARI INI UNTUK HARI ESOK


Telah dua hari aku takada mood untuk berkerja otakku gelap untuk memikirkan apapun tugas...bergitu juga lah gelapnya hati untuk menerima mereka merek ayang sentiasa mencari dimana salahnya aku...Aku kena menjaga hati mereka tapi sedarkah mereka apa yang diaorang buat melukakan aku...adakalanya aku ini tidak diumpakan....sebagai ketua mereka....tapi segalanya aku simpan kemas nun jauh disudut hati... aku percaya satu hari nanati mereka juga akan merasa apa yang aku rasa cuma masa saja yang menentukan...HARI INI TETAP KU KENANG UNTUK MENGHADAPAI KEHIDUPAN HARI ESOK... Walaupun HARI ESOK BELUM DAPAT MENJAMINKAN APA APA BUAT AKU...

18.12.08

FAMILY AZIL (Anak Sulong ku)


Inilah wajah kelauarga bahagia Along dan menantuku..Semoga mereka akan terus bahagia disamping anak anak yang soleh..berjaya dunia dan akhirat....Sayangggg semua....Sayanggg ibuuu juga......Teringat aku iklan diradio sinar ......emakkkk kakak ambil( entah tak ingat pulak )...

Entah apa yang difikirkan ...Dausss Dausss

Enatah apalah yang difikirkan olehnya....Hari hari menghadap komputer dengan berbagai bagai aksi..begini...itulah Dausss anak bungsuku...Semoga segala cita cita mu dalam bidang animasi tercapai sayangg..tapi biarlah pelajaran mu dulu diutamakan...Hmmm entah macamana anakku ini belajar diunitan dalam bidang kejuruteran Makenekal bolih minat dalam animasi...Emak sering teringatkan mu bila emak kesunyian..

WAJAH IBU KESAYANAGAN

Inilah wajah Ibu kesayangan ku...Orang yang melahirkan aku kedunia sahingga aku dapat melalui asam garam dan liku liku hidup maupun pahit atau manis....Dimana kan ku cari ganti satelah kau tiada nanti ibu....dan wajah inilah yang banyak menyimpan segala dukalara akibat kerinah anak anaknya....Aku sentiasa berdoa agar ibu dipanjangkan umur serta dapat melihat kejayaan ku dan juga anak anakku.....Ibuuu engkaulah ratu hatiku... terkenang nanyian alahyarham Dato P.Ramle

BANGGA DAN TERHARU DENGAN KEJAYAANMU

Bersuykur kerana allah masih sayang dan menerima doaku untuk anak anak ku...Hari yang dinantikan buat PAKU menerima sagulung isziazah BACHELOR OF ELECTRICAL POWER ENGINEERING ( HONS ) dari UNITAN pada 21/4/2007... Ibu mana yang tidak terharu sayang.Terasa semua pengorbanan ku selama ini telah pun beroleh kejayaan...dan ku harap pergilah derita semoga kebahagian menjelma...Ibu tetap mendoakan agar dikau sentiasa diberi rahmat oleh allah...seringkali kerinduan ku pendam ketika kau diperantau dibumi Puteri Setubong dan dibumi bawah bayu sabah.

15.12.08

JAUH DISUDUT HATI

nun Jauh disudut hati hari ini aku benar benar terkilan dengan sikap orang orang disekeliling ku yang benar benar mencabar kesabaran ku dan aku sendiri tidak menyangka selama ini rupanya memang mereka ini tidak pernah mahu menerima teguran yang membina ....mungkin dia menanggap aku bukan saorang ketua yang berwibawa..kesal atas tuduhannya...membunuh....bengongkan orang lain...tanpa berfikir...tidak menerima pendapat...dendem...dan membuat keroni berpuak puak...siapa yang menujudkan ini semua mereka atau aku...salahkah jika aku memberi sedikit pandangan dan teguran yang ikhlas jika semuanya untuk kebaikkan... salah ke ?

11.12.08

TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA


kenangan Manis sewaktu diIstana untuk menerima Anugerah PPN olih Agong. Tapi tahukah anda bukan mudah untuk ketahap penghidupan yang aku ada sekarang..berbagai bagai dugaan/peristawa yang dilalaui dan ada kalanya kita kejam demi kejayaan orang lain.Hidup ini saperti Pelangi petang walaupun tidak berchachaya namun tetap dapat menyenari hidup ini.

8.12.08

Terkenang wajah Paku diperantauan diPagi Raya Korban

HARI RAYA KORBAN 2008

Bila aku terdengar sahaja takbir raya bergema hati ku mula gundah..sedeh dan satiap kali gema takbir raya berkumandang hati ku akan berkata "Mungkinkah Raya tahun ini merupakan raya yang terakhir untuk aku bersama kalian"....dan aku sentoasa berdoa agar ianya tidak berakhir buat ku kerana banyak lagi perjuangan yang belum selesai...Walau apapun Raya korban tahun ini aku merasai keseronakan kerana semua adik beradik dan anak anak saudaraku berkumpul di kampong bersama ibu dan bapak....Keseronokkan itu dapat dapat ku gambarkan kerana sejak akhir akhir ini kami jarang berkumpul dengan kesemua adik beradik..hanya yang tidak ada anak keduaku Paku yang kini berada diKucing Serawak....Semoga tahun depan kami dapat berkumpul seperti itu...Insaalaah..

6.12.08

ANAK BUNGSUKU

Sejuta kenanagan manis ku simpan dalam dairy kehidupan ku bersama sama anak anak ku...sejuta resahan juga ku sisihkan untuk mu wahai anak anak ku...apakah esok masih ada diriku untuk bersama sama menjalani kehidupan bersama kalian?...Doaku agar akau dapat melihat kejayaan kesemua anak anak ku termasuk mu daus sebelum emak menutup mata.

2.12.08

kENANGAN pERCUTIAN DIkARAMABUNAI

MENEKMATI PERCUTI DISABAH

HATI YANG GUNDAH

Hari ini entah mengapa hati ini agak gundah dan sahdu...leteh tapi masih berhajat untuk meneruskan perjuang yang belum selesai dalam kehidupan..Petang ini juga aku marah kepada diriku sendiri yang mempunyai sifat pelupa sahingga aku tidak membawa balik novel yang belum habis dari pejabat...geramlah dengan sifat lupa ini..Aku juga masih teringatkan senyuman bulan diupuk langit petang semalam..Enta pa yang tersirat dan tersurat disebalik kejadian semalam..Walau apapun aku tetap menanti lembayung senja dan sering menghayati keindahan suasana senja satiap hari kerana ada rahsia disebalik senja .