21.1.10

KEK DIHARI PERSANDINGAN FAKRUL & SYASYA

Inilah kek untuk dipotong dihari persandingan fakrul & Syasya.....bertuah anak anak zaman sekarang semasa emaknya dulu tak mampu buat kek setinggi ini....

SEMOGA BERBAHAGIA KEKAL ABADI SAHINGGA AKHIR HAYAT

Majlis Persandingan anak lelaki keduaku Mohd Fakrul Radzi bin Ahmad Nawi dengan Sayafina bte Tajiddin pada 17/1/2101 di S26,Jln Kayu Manis, Taman Bedena, Sg Besar Selangor. Semoga kekal abadi sahingga akhir hayat...itulah doa ibu buat kalian berdua dan semoga hubongan kalian dirahmati allah dunia dan akhirat...

IMPIAN SAORANG IBU BUAT ANAKNYA

Inilah impian saorang ibu buat anaknya...ingin melihat anaknya diarak dengan menggunakan kereta mini kesayangan suaminya dihari perkahwinannya...impian ku selama ini telah tertunai dengan perarakan perkahwinan anak lelaki keduaku dengan menggunakan kenderaan mini kesayangan my hubby pada 17/01/2101 (Ahad)....terharu..bila melihatnya...tanpa ku sangka semuanya bolih menjadi kenyataan..bersyukur aku kepada tuhan....segala kepenatan terubat sudah dan satelah sekian lama ruangan blog ini menyepi kerana tuan punya diri sibok untuk menguruskan majlis perkahwinan anaknya...kini segalanya telah pun selesai....

4.1.10

HATI HENDAK DAYA TIADA

Lama tak buka blog ni...sekarang ni tengah sibok menyediakan persiapan terakhir untuk majlis persandingan anak lelaki keduaku..Mohd fakru Radzi...semua hendak dibuat tapi adakalanya aku tak terdaya kerana fakta umur yang makin meningkat tua....leteh sangat..semoga majlis tu nanti berjalan lancar dan sejak akhir akhirnya sakit gesterik ku kerap menyerang....ada masanya rasa tak larat sangat..apa kan daya..nanti bila ada kesempetan aku akan sambong..selamat tahun baru dan terima kaseh diatas semua ingatan ikhlas yang mengucapkan selamat hari lahir ku pada 1.12010 ini.