26.10.12

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban tahun 2012 kepada semua rakan rakan saudara mara dan kepada semua umat Islam di serata dunia.Semoga segala Pengorbanan anda didunia yang dilakukan dengan keikhlasan akan dapat ditunai diakhirat kelak.Setiap kejayaan juga perlukan sabuah pengorbanan namum kita harus ingat dengan kehendak nya juga "tidak semua pengorbanan itu diakhiri dengan kejayaan"..Olih itu kita harus berusaha dan berserah kepada yang maha esa dan doa saya buat semua semoga Raya Qurban ini bukan yang terakhir untuk kita semoga kita dapat bertemu lagi diraya qurban ditahun tahun yg mendatang .

19.9.12

PEMANDANGAN YANG INDAH

Pemandangan bangunan yg indah dan memberi ketenangan....entah bila saya nak sampai ketempat ini...namun azam tetap dibuat agar satu hari nanti saya akan menjejakkan kaki ketempat ini....

12.9.12

BERSYUKURLAH WAHAI KAWAN....

Aku hairan mengapa zaman sekarang ini manusia semakin tidak reti bersyukur dgn apa yang ada danmereka juga cepat lupa dengan apa yang orang buat untuknya.mereka hanya tahu apa yang kononnya dia buat utk orang lain.Kita seharusnya sesekali meneliti diri sendiri dan selalu2lah memandang kebelakang...apa yang terjadi sebelumnya pada diri kiita...apakah diri kita ini sempurna....atau sebagai insan biasa kita banyaqk kekurangan...ada masanya kita memberi dan ada masanya kita menerima...jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan yg telah kita buat...sedarlah bahawa apa pun yang kita lakukan didunia akan dinalai bukan sahaja olih allah tetapi olih insan lain...tak perlu kita gembargemburkan...orang lain bolih menelai kita.....Dunia ini bulat kawan...satu hari kita bolih diatas dan satu masa kita bolih dibawah...jangan terlalu pentingkan diri sendiri..sebab apa yang kamu keluarkan itulah yang akan kamu dapat...percayalah..biarlah kita ibarat bunga kertas walaupun tidak berbau wangi tetapi dia sentiasa mekar berseri dan dapat menyinari kehidupan orang lain biarpun hanya kerana warnanya .Usah disesali jika satu hari orang lain tidak akan menghiraukan diri kita hanya kerana cara kita yang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain.

19.7.12

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN 2012

Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat pusa untuk tahun 2012 buat semua  umat Islam..Semoga tahun in i kita semua dapat menjalnkan ibadat ini dengan penuh ketenangan dan  rebutlah ramadan ini sebaik mungkin dgn amal kerana belum tahu ramadan akan dtg kita masih ada....Doa saya juga buat kedua org tua saya semoga ianya tetap sehat dan cergas dibulan ramadan ini...

8.6.12

KENANGAN BERSAMA DGN TUAN MOKHTAR HASIM -KBPD HILIR PERAK

Jam 4.30ptg pada 8/6/2012 -di D'Diomen Club IPD Hilir Perak semua Staf Bah Pengurusan IPD Hilir Perak telah bersetuju untuk mengadakan Jamuan mini sempana Pertukaran bos kami KBPD Tuan Mokhtar Hashim ke IPK Perak mulai Isnin ini..majlis ini dibuat untuk menunjukkan tanda terima kaseh dan penghargaan kita semua kpd bos yg telah banyak menyumbang bakti dlm kerjaya yg sama sama kita cerburi.
Saya dan rakan ingin mengucapkan ribuan terima kaseh atas kesudian bos yg sering berkongsi ilmu dan juga pengalaman dlm kerjaya serta mengiringi perpisahan ini dgn doa semoga tuhan sentiasa memberkati hidup kita semua dan juga semoga bos lebih berjaya di tempat baru dgn org sekeliling yg baru serta situasi baru.
Berjumpa dan berpisah ..adat manusia biasa hilang dimati dihati tidak lupa..berdoalah kita semoga semua sentosa dan semoga kita bersua dilain masa....
kenangan suka dan duka bersama tuansukar utk kami lupakan dan akan kami catat dlm dairy kehidupan ..
Semoga tuan maju jaya lagi ditempat baru dan salam perpisahan drp kami...

5.6.12

FAMILY HJ JAIS

Inilah wajah wajah ibu dan semua adik beradik family Hj Jais..berkumpul bersama semasa majlis berkhatan cucu cucu Hj Jais pada 3hb.June 2012 yang lalu diJalan Kenanga, Tg Karang Selangor...Bagi ku inilah detik detik paling manis  yg harus ku kenang sahingga bila bila...sb bukan senang untuk kami adik beradik berkumpul bersama memandangkan masing masing ada tanggongjawab dan kerjayanya sendiri.Walaupun ada kalanya pergolakan  ujud  namun aku tetap berdoa agar semua family ku sentiasa bersatu...amin...

13.3.12

TAKZIAH BUAT SAHABAT BAIK KU


Takziah buat sahabatku Puan Khatijah bte Yub atas kematian suaminya pada hari Ahad 11hb.Mac 2012 jam 1.00 tgh di hospital Teluk Intan, Perak semoga arwah suaminya ditempatkan dalam golongan org org yg soleh Al fatihah..Kawan renongilah kata kata ini buat semangat untuk kamu meneruskan kehidupan ini... kematian sesuatu yg pasti..dan "Di sebalik segala duka itu tersimpanlah  hikmah yang bisa kita petik pelajaran..dan di sebalik segala suka duka itu maka tersimpan juga hikmah yang mungkin tidak pernah terlintas difikiran kita hanya dia yang maha esa sahaja mengetahwainya.bersabarlah untuk menghadapainya. Walauapapun  diri ini masih terkilan kerana ketika sahabat ini memerlukan bahu utk ianya bersandar melepaskan kesedihanya diri ini tidak dapat bersamanya ketika itu kerana sesautu sebab yang tidak dapat dielakkan...Apapun diri ini tetap mendoakannya kesejahteraanya dari jauh...Tiada sesiapa  menyangka bahawa perjalanan hidup kita  begini...

7.3.12


Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

6.3.12

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.”dan “Kecantikan yang abadi itu terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”serta“Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.” ~sayang sekali...buat tatapan semua dan renong2kanlah bersama.... Biarkanlah satiap kesalahan kita itu mengalir saperti mengalirnya air sungai itu dan kita bina azam yang baru utk memperbaiki segalanya demi kecermelangan kita...

5.3.12

WAHAI HATI....


Hati itu raja dalam diri manusia
Baik hati baiklah pekerti
Penuh kasih sayang dan simpati
Akhlak yang indah memikat hati
Sesiapa sahaja yang mendekati


Siapalah yang tahu apa dihati ini..
Kerana hati ku hati jua....
Tiada siapa yang akan memahaminya
Kecuali diri sendiri....

3.3.12

ERTI SABUAH PERSAHABATAN






Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

SENYUM ITU PENAWAR


Sambutlah semua orang yang anda temui dengan senyuman mesra.  Biarpun betapa sibuk diri anda, jangan bergegas apabila bertemu dengan rakan-rakan sekerja, keluarga dan kawan-kawan.  Bercakaplah dengan perlahan.  Dengar dengan penuh perhatian.  Aturlah laku seolah-olah setiap perbualan anda adalah perkara terpenting bagi anda hari ini.  Pandang anak dan pasangan anda tepat pada mata apabila mereka bercakap dengan anda.  Usaplah kucing dan belailah anjing.  Limpahkan kasih sayang ke atas setiap benda hidup yang anda temui.  Lihatlah bagaimana lainnya perasaan anda pada penghujung har

1.1.12

TINGGALLAH 2011 SINAR 2012 MENJELMA

Sudah 2 hari sinar 2012 menjelma dalam kehidupan kita dan selamat tinggal tahun 2011 yang penuh dengan sejuta kenangan pahit manis dalam kehidupan ku ini.  Pertama sekali aku bersyukur  kepada mu ya allah kerana masih memberi peluang untuk aku terus menghidu udara didunia ini dan akan ku jadikan semua kenangan pahit manis di sepanjang tahun 2011 untuk tekatku mengharongi cabaran pada tahun 2012 dan semoga aku  lebih beroleh  kejayaan dan cermelang di dunia dan diakhirat.
Akan ku cuba dedicate dosa dosa ..akan ku cuba downloadkan segala amalan suci dan ketakwaan pada mu yang allah dan akan ku cuba semarakkan semangat persaudaraan yang suci dan akan ku cuba tanamkan bunga bunga keikhlasan dijiwa dalam apa juga yang dilakukan dan akan ku cuba bersihkan hati ini dengan bertakwa pada mu ya tuhan ku....berikan lah aku sinar keimanan..ketakwaan....kebahagian...kejayaan..dan juga kesabaran ditahun 2012 ini...hanya pada mu aku bermohon ya allah.
Aku juga berdoa agar ada kesejehteraan dalam kehidupan seluruh keluaraga ku...anak anak ku dan semua adik beradik ku dan semoga allah memanjang umur kedua ibubapaku dan kasihani dia sebagaimana dia mengkasihani aku...amin