15.9.14
29.4.14
TUGAS SEMASA LATIHAN MENEMBAK PELESEN 2014 YANG TERAKHIR SEBELOM BERSARA
Sejak bertugas Di IPD Hilir Perak saya telah melibatkan diri disetiap aktiviti terutamanya untuk aktiviti latihan menembak pelesen. Mula memegang tugas sebagai Urusetia aktiviti ini dari tahun 1990 sahinggalah sekarang ini dan tahun ini pada 29 dan 30/4/2014 merupakan tahun terakhir saya melibatkan diri dalam aktiviti ini sebelom bersara wajib pada Des 2014 ini.
Semuanaya akan tinggal kenangan.
28.4.14
HADZIRNYA CUCU KESAYANGAN
masa begitu pantas..tanpa ku sedari kini aku telah pun bergelar nenek kepada lima teruna yang comel comel..kehadzirannya membuat hidup ini lagi berseri semoga allah memanjangkan usia ku dan semoga allah sentiasa memberi rahmat dalam kehidupan ini dengan ketakwaan..kebahagian dan kesihatan...aminnn
PUISI KENANGAN TERINDAH SEMASA BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN
suatu masa yang tak akan pernah tenggelam
sebuah cerita yang tak tertelan oleh waktu
Sepenggal kenangan yang selalu terukir
Kenangan indah antara Aku dan kalian
Aku bahagia bisa mengenal kalian
Aku juga bahagia pernah hadir sebagai teman kalian
mengukir kisah demi kisah
yang tersusun dalam kenangan indah
kini, biarkanlah segala kisah silam itu....
menjadi dairi dalam kehidupan ku ..
satelah aku tiada disisi kalian...
Terima kaseh rakan....
26.4.14
Jasamu dikenang nama diberi
Buat merai teman bestari
Anda sahabat yang kami kasihi
Jasa anda amat dihargai
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
24.4.14
22.4.14
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Langgan:
Catatan (Atom)