30.9.09

Selamat Bersara- buat rakan seperjuangan

Jam 11.00pagi tadi tiba tiba Hj Puazil (rakan sekerja) yang telah lama tidak mahu bercakap denganku kerana apa aku pun tak tahu ..mungkin ada tindakkan atas penyeliaanku terhadapnya yang kurang disenanginya...tapi tapalah..bagi ku kawan ..tetap kawan dan tugas tetap tugas...Dia minta maaf kerana hari ini adalah hari terakhirnya berkerja sebagai penjawat awam dijabatan kami....dibahagian pengurusan tak ingat yang hari ini adalah hari terakhirnya berkerja...dia bercuti dan terus bersara...maka petang tadi kami buatlah upacara yg simpel sekali untuknya dengan beramai ramai menyaksikan dia punchcard untuk kali terakhir dan ada jamuan sadikit untuknya..tanpa ada hadiah untuknya...sedeh juga sebab dah 36 th dia bertugas....walau apapun aku terpaksa menyembunyikan rasa bersalah kerana kurang perhatin terhadap anakbuah yang ada dibawah penyeliaanku.....tapi takpalah aku akan membuat majlis yang agak bermakna nanti untuknya dan untuk saorang lagi staff yang telah bersara tanpa bersua muka dengan kami semua dihari akhir tugasnya.....Sedeh..juga rasanya..patutnya hari terakhir inilah yang benar benar bermakna serta meninggalkan kesan dihati mereka yang bersara jika dibuat majlis......Semoga mereka meraka ini akan lebeh berjaya dihari hari yang mendatang ..itulah doaku buatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan