23.6.09

MENGHAFAL SKRIP SEBELUM BERCAKAP..HAHAHA

Banyakjuga perstiwa yang lucu terjadi semasa majlis pertunagan anak kedua ku Paku diKuala Trengganu tempaoh hari - 12/6/2009...Semasa majlis tersebut suami ku buat pertama kali bercakap sendiri dalam majlis pertunagan tersebut...kami semua hairan mengapa tiba tiba dia bercakap dan terus bercakap tanpa berhenti hingga akhirnya pihak perempuan terpaksa memotong kata tentang wang hantaran yang terus disebut olih suamiku...suamiku kata wang hantaran akan dibawa semasa upacara akat nikah sebanyak RM:10,000.00....Kata pihak perempuan tidak ke itu terlalu banyak dan membebankan pihak lelaki...suamiku menjawap "Tidak..sb kamisekeluarga telah sepakat untuk memberikan sajumlah itu kepada pihak perempuan..dan selepas itu suami terdiam bila pihak perempuan bertanya sesautu kepadanya sahinggalah adik iparku mencuitnya dan berkata sesautu barulah suamiku bercakap lagi..... rupa rupanya dia gabrah sb semua ayat tadi dihafalnya.sejak pagi lagi berulang ulang kali ..kata adik perempuanku...bila kami tahu kami semua tergelak besar..hahaha..itulah pengorbanan saorang bapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan