9.10.09

Harsat hati

Sejak menerima berita kematian saorang rakan sekerja pada 6/11/2009 yang lalu otakku sering terbayang wajahnya yang ayu manis serta kesopanannya...orangnya masih muda 31tahun, belum berkahwin..dan saorang wanita yang cergas...sakit dengan tiba tiba..bengkak ..tidak larat nak makan..perut jadi besar...tapi hospital mengatakan dia tidak sakit...bermulalah berubat memandangkan dia tidak hadzir kerja selama 3 bulan tanpa cuti sakit maka kami paksa dia untuk kehospital dikampongnya diDungun trengganu kerana dia balik kekampong sejak sakit....sampai kehospital dia telah disahkan olih doktor menghidap barah hati...dan tidak sampai satu bulan dia dihospital dia telah meninggal dunia.....begitulah mudahnya manusia mati dizaman ini....dan aku tertanya tanya pada diri sendiri bilalagi aku nak kuatkan azam untuk mencapai harsat hati menjadi wanita Soleha sp Sumaiyyah....saorang wanita yang baik baik...kuat beribadat serta sanggup menghabiskan sebahagian malam dengan menghambakan diri beribadat pada tuhan...mempunyai keikhlasan hati dan sentiasa mensyukuri rahmat allah terdapat kehidupan ini...sampai bila aku harus begini?...mengapa aku tidak bermula dari sekarang?..Tuhan kau berikanlah aku hidayah..untuk aku melaksanakannya..ya tuhan..kesihanilah aku kerana jika hidayah itu tidak kau berikan padaku..nestaya aku akan rugi...Tuhan berikan kesempatan ini kepadaku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan