perempuanku....teringat ketika kami bertiga membeli kueh raya
penjual kueh tu kata kami anak beranak....haa ...seronok kalau ada anak
perempuan ..agaknya.....

Setelah tenggalamnya Matahari pada petang ini 17/12/2009 maka berlalulah tahun 2009 bersamaan 1430 hijjrah dan apabila terbitnya matahari pada esokhari 18/12/2009 maka bermulalah 1Muharam 1431 tahun baru yang bakal kita semua tempohi..Semalam yang berlalu tinggal kenanagan dan esok yang mendatang adalah harapan yang belum dapat menjanjikan apa apa buat kita.. kita berdoa semoga biarlah esok membawa seribu sinar kejayaan..kebahagian...serta keceriaan..Penghijrahan dari yang tak baik kepada baik dari yang baik kepada yang lebeh baik dari sedeh kepada gembira serta diiringi dengan kesyukuran kepada allah diatas kurniaannya..semoga kita semua akan diberkati didunia dan diakhirat....Aminn....Semoga ada sinar yang membanggakan..(seronok juga tengok Malaysia menang pingat emas sukan SEA dalam pertandingan bola)..
Hati berdetik dan berjanji kepada diri sendiri dimalam awal Muharam ini agak menjadi orang yang baik baik..menebalkan iman didada dan berdoa agar dipanjangkan umur dan menggunakan umur yang dianugerahkan allah itu dipergunakan dengan sebaikbaiknya dipermudahkan untuk mencari rezeki yang halal..tabah serta dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melaksanakan ibadat...dan seterusnya dapat pula menjejakkan kaki sekali lagi dibumi Mekah dan Madinah..merasai sejuta ketenangan didepan Raudhah dan menginsafi diri yang kerdil dihadapan makam Nabi.....itulah kata hati ini semoga tuhan merestuinya...aminn.
Alhamdulillah..satelah lebah kurang 12 tahun mereka berkawan akhirnya kedua dua sejoli ini disatukan dengan ikatan suami isteri....buat anak anak ku ibumu ini tetap mendoakan agar ikatan perkahwinan ini kekal abadi buat selama lamanya....selesailah sudah upacara akadnikah dan persandingan anak lelaki ku dirumah pengantin perempuan pada 4hb dan 5hb.des 2009 yang lalu diKuala Trengganu....hmm...10 jam aku sekeluaraga meredah hujan untuk sampai keKuala trengganu melalui jalan Kuala Lumpur kuantan..kegambang dan diKemaman kami terkandas selama dua jam kerana jalan rosak tidak dapat dilalui....begitulah cubaaanya..olih itu wahai anak anakku hargailah kebahagian serta keharmonian alam rumah tangga yang baru dibina agar kekal sahingga akhir hayat..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..kesabaran..tololensi..kesefahamanan dan hormat menghormati anatara satu sama lain amat penting untuk mengekakalkan sabuah keutuhan dalam alam perkahwinan..Kini aku tengah sibuk untuk mengurusakan persandingan dirumahku pulan pada 17/1/2010 ni....
Entah mengapa hari ini emosi aku bercampur aduk tanpa menentu...Rasa tidak puas hati dengan situsi sekeliling begitu membuak buak....Sekarang ni nak tengok TV pun malas ..warta berita pun sekarang ni aku malas nak tengok ...begitu juga dengan surat khabar..jarang nak selak... entah mengapa jadi begitu padahal aku tahu sepatutnya aku mengikuti semua media media ini bagi menambahkan pengetahwanku ...bosan tau tak? dengan berita berita yang tak habis habis pasal pertelingkahan politik dinegara ni...tak habis kondem mengkondem antara satu sama lain.... walaupun aku ni bukan ahli politik dan tidak berminat untuk bergiat dalam politik namum aku sentiasa mengikuti perkembangan politik dari zaman Dr mahadhir sahinggalah sekarang....tapi sekarang ni lebeh kepada menuding jari kesalahan kepada orang lain..sapatutnya walaupun fahaman kita berbeza namum apa salahnya ada kalanya kita duduk bersama berbincang secara kekeluaragaan untuk menambahbaikkan lagi sistem sistem tertentu terutama mengenai masyarakat Melayu Islam...Kita juga sapatutnya berbangasa dengan adanya pembangkang dinegara ini...kerana dengan bangkangannyalah kerajaan dapat meneliti dan mengubah sesautu sesytem yang kurang berkesan kepada lebeh berkesan...pembangkang juga harus berbangga ...Tapi jangan semua perkara yang kerajaan buat tu salah sepatutnya kalau yang dibuat tu betul...kita harus akur ..dan bangkakanglah mana yang tak betul sahingga ada perubahan pembetulan dibuat...membangkang secara sehat lebeh memberi menafaat....bagi saya semua politik dizaman sekaran ni kurang membanggakan.....itu pasal politik
Atukkkkkk....guntinglah rambut Qayum...qayum takmahu orang panggil qayum kakak....marah qayum...tukkkk !!! esok gunting rambut ye tukk...adang nak juga gunting tukkk....gunting adang ye tukkkk...begitulah kerenah cucu cucuku minta atuknya gunting rambutnya yang telah panjang ..abang tak mahu orang panggil dia kakak sebab rambutnya panjang dan mukanya ada perempuan..maklumklah aku nii tak ada anak perempuan cucu pulak semua lelaki....nak buat macam mana...adiknya kalau bercakap agak pelat sedikit namanya Adam tapi dia pangil dianya "Adang"..macam lidah trengganu pulak..maklumkan Pak Ngahnya nak kahwin dengan orang Trengganu.....Kadang kadang aku rinduu juga kalau tak jumpa mereka bertiga(sebenarnya cucuku ni tiga orang semua lelaki)...seronok dengan budak budak besar ni tapi mak..datuk penat dibuatnya...berdua aja dah macam kapal pechah dibuatnya




Tempat jatuh lagi dikenag inikan pula tempat dilahir...itulah salah satu kata kata orang tua tua...Inilah wajah rumah aku dilahirkan...walaupun dah diubahsuai namum semua kenanagan suka duka ku semadikan dirumah ini...tapi mungkinkah satu hari nanti rumah ini akan gersang ditinggal begitu sahaja satelah orang tua ku tiada nanati?....siapa yang akan mendudukinya.....aku sendiri tidak dapat nak memikirkannya.....begitulah nasib rumah rumah yang ditinggalkan .....anak anak telah berhijrah kemerata tempat dan terus bermastautin ditempat itu dan jarang yang pulang kekampong .....maka pupuskan segalanya...

Kenangan bersama penulis novel Noor Suraya dan juga Syud semasa di Pesta Buku diPKNS Shah Alam pertengahan awal Ogos 2009 yang lalu..Novel novel tulisannya menjadi koleksi almariku...Rasanya rugi kalau takbeli novel hasil tangannya...itulah minat namanya..kalau bolih satiap ada pesta buku aku akan cuba pergi dan membeli novel novel hasil tangan penulis kegemaranku..tapi adakalanya masa tidak mengizinkan untuk aku pergi kepesta pesta buku saperti ini kerana kaedaan yang tidak mengizinkan...semoga berjumpalagi dilain pesta..dan aku teringin sangat untuk bergambar bersama Norhayati Berahim....bila agaknya ......

Dalam hidup ini tidak semua perkara yang kita impikan tercapai begitu juga dengan doa...tidak semua doa akan dimakbulkan olih allah..satengah doa itu akan dibawa kehari kemudian..tetapi hamba allah kita harus sentiasa berdoa..kerana doa itu juga merupakan satu ibadah ......tiba tiba aku teringat kata kata ustat...malam ni aku agak resah dan tidak bolih nak tidor ...maklumlah dah tua .pastinya sakit lengoh lengoh tu memang ada..cuma kadang kadang aku tak layang sangat..selalunya bila aku resah dan bengang macamni aku akan mula membaca novel yang seronok seronok sekurang kurang aku akan tengelam dalam watak watak dalam novel tu jadi hilanglah segala stres dan ketepuan yang bersarang dalam otak ku.....bila dah hobi tu mulalah pantang ada novel keluaran baru aku akan beli walaupun aku adakalanya tidak ada masa untuk membacanya..jadi banyaklah susunan novel novel yang aku belum sempat baca..beli tetap beli..kalau tak beli aku akan teringat ingat sahingga tak bolih tidor....kalau bolih malam tu juga aku nak kekedai untuk membelinya...gilaaanak buat macamana ..itulah aku...simpanan novel novel ku telah mencecah ke 200 buah kesemuanya..dan aku berangan satelah aku bersara nanati aku inigin membuka cafe...atau kedai makan yang dilengkapi dengan perpustakaan sambil makan or minum sambil baca novel atau tengok majallah...atau buka nescery kanak - kanak yang dilengkapi dengan perpustakaan dan bacaan kanak kanak sebab anak bungsuku juga mempunyai hobi yang sama dengan mengkumpul buku komik doremon..walau dah masuk univisity pun dia masih suka baca doremon...entah apa yang istemawa katun jepun tu aku tak tahu..tapi aku sendiri suka tengok kisah doremon tu kat tv...katun betulll..heee..anak beranak sama aja....
Entah mengapa hari ni tiba tiba aku teringat saorang kawan yang dah lama takjumpa.....aku teringat lagi ketika aku jemput dia datang kenduri kat rumah aku dikampong..dia terkejut mengapa nasinya letak dalam dulang tu?macamana nak makan banyak sangat...itulah nasi ambeng orang jawa kenduri.....nasi tu akan dimakan bersama sama dengan emapat atau lima orang dibelah belah kemudaian masuklah dalam bekas atau dibungkus dengan daun untuk dibawa balik kataku......macam orang Arkam makan dalam talam tuuu...Dia teruja untuk melihat macamana diaorang makan nanati.....begitulah lain bagsa lain adat serta budayanya...yang menjadi masalah ni bila perkahwinan campuran berlainan adat...susah juga nak ikut..kalau salah saorangnya keraskepala tak mahu nak ikut adat serta kebudayaan pasangan....biarpun aku ni jawa jerman kampongan namum aku bolih masuk dan bolih campur dengan mana mana adat kebudayan lain rakan rakan ku.....senanagkan begitu..aku ni memang senang didekati tapi ada kalanya bila ditangkap lari.....
Kenanganku bersamamu...diwaktu engkau disampingku....duduk diatas kiri berbaju merah tu adik lelaki ku yang ketiga sementara yang duduk dihujong kiri bawah adik kedua perempuan.. aku merupakan anak sulong yang terdiri dari enam adik beradik empat perempuan dan dua lelaki..dua remaja tu adalah anak adik perempuan ku dan dua kanak kanak tu cucunya sementara wanita yang memegang anak tu adalah menantu dan cucuku....itulah kenangan kami bersama di raya tahun 2007 rasanya....bayangkanlah jika sunami melanda kita semua disini aku akan kehilangan mereka ..alangkah sedehnya...tak sampai hati nak tengok dan terlalu sebak rasanya bila mendengar tangisan kanak kanak dan mereka meraka yang dilanda sunami diSumantra dalam warta berita TV3 tadi...terlalu menyayat hatiku...Walaupun aku dilahirkan dalam keluaraga yang sederhana serta dibesarkan dalam seba kekurangan namun aku bersyukur kerana keadaan itu telah membuat aku berazam untuk mencapai impian kehidupan yang lebeh baik dan ingin keluar dari kepompong penderitaan dalam kehidupan...alhamdullah kini biarpun aku bukan jutawaan namum aku dapat menekmati kehidupan yang lebeh selesa secara sederhana...walauapapun sebenarnya banyak impianku yang belum terlaksana....esok aku sambong lagi kisah ini....
Jam 11.00pagi tadi tiba tiba Hj Puazil (rakan sekerja) yang telah lama tidak mahu bercakap denganku kerana apa aku pun tak tahu ..mungkin ada tindakkan atas penyeliaanku terhadapnya yang kurang disenanginya...tapi tapalah..bagi ku kawan ..tetap kawan dan tugas tetap tugas...Dia minta maaf kerana hari ini adalah hari terakhirnya berkerja sebagai penjawat awam dijabatan kami....dibahagian pengurusan tak ingat yang hari ini adalah hari terakhirnya berkerja...dia bercuti dan terus bersara...maka petang tadi kami buatlah upacara yg simpel sekali untuknya dengan beramai ramai menyaksikan dia punchcard untuk kali terakhir dan ada jamuan sadikit untuknya..tanpa ada hadiah untuknya...sedeh juga sebab dah 36 th dia bertugas....walau apapun aku terpaksa menyembunyikan rasa bersalah kerana kurang perhatin terhadap anakbuah yang ada dibawah penyeliaanku.....tapi takpalah aku akan membuat majlis yang agak bermakna nanti untuknya dan untuk saorang lagi staff yang telah bersara tanpa bersua muka dengan kami semua dihari akhir tugasnya.....Sedeh..juga rasanya..patutnya hari terakhir inilah yang benar benar bermakna serta meninggalkan kesan dihati mereka yang bersara jika dibuat majlis......Semoga mereka meraka ini akan lebeh berjaya dihari hari yang mendatang ..itulah doaku buatnya.
Hari ni aku dah mula bertugas satelah saminggu bercuti untuk menyambut Hari Raya..tapi malangnya hari ni aku tak ada mood untuk kerja..nak buka komputer pun malas..alangkah bagusnya kalau cuti am untuk hari raya ni sabulan...hahaaa..karut betul..Cuti lama pun boring..entah mengapalah Raya tahun ini betul betul tidak menyeronokkan...rasa kecawa pun ada..tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku kecawakan?ngapa ya?....entahlah .....mengapa?....tiada jawapan yang pasti...mungkin juga usiaku yang telah menjelang senja ini tidak dapat menghayati kemeriahan hari raya kot...Walau apapun aku tetap berdoa agar aku dapat menekmati serta melalui lagi ragam raya ditahun akan datang...kerana banyak lagi perjuanagan yang belum selesai....Amin.
Aku masih ingat lagi ketika anak sulong ku berumur 4 tahun dia sering menunggu ditepi orang yang sedang bersalaman ketika hari raya dikampong ku...lepas tu dia tanya apa yang diaorang tu cakap panjang sangat dah tu tuduk pula tu?....aku pun menerangkan kepadanya itulah cara orang jawa memohon maaf ketika bersalam waktu hari raya...dia mohon maaf dalam bahasa jawa yang panjang..setengahnya aku pun tak tahu...heehee...sb aku ni dah jawa murtad..banyak bahasa dan adat adat jawa yang aku tak tahu.....akan pupuskah adat adat jawa lama ini disatu masa nanti..itulah persoalan yang terlekat difikiranku.
Saya suka dengan bunga Ros puteh ni...Ia melambangkan kesucian dan keikhlasan ..berseh tapi masih dapat menawan satiap insan yang melihatnya... Puteh Hijau warana kegmaran ku..begitu juga dengan mu wahai ros puteh.. hati ni agak tersentuh di pagi raya yang shyadu..redup dan tiada angin bertiup begitulah yang terjadi di tempat tu dipagi raya..Apakah tandanya..namum aku rasakan raya tahun ini disambuat dengan kesederhanaan olih satiap insan namum masih terasa kemeriahannya...mungkin kerana kaedaan ekonomi negara yang kurang menentu ketika ini..Tapi walauapa pun bagi ku kesederhaaan adalah yang terbaik walau dalam apapun yang kita lakukan.
Kerusi inilah yang sentiasa setia menanti dan menjadi teman diri ini sewaktu berbuka puasa saorang diri...Aku kerap berbuka puasa saorang diri tapi aku dah lali...adakalanya berbuka sendiri itu lebeh memberi ketenagan pada diriku..kerana my hubby sering me3mbiarkan aku berbuka sendirian... dah nasib badan nak buat macamana... kasian aku..hmmm.